Ada Bunyi


Assalamualaikum...
Hey, peeps! Hmm dah lama tak conteng-conteng kat Super Junior.ᴱᴺᵀ .
Rindu post Farahin tak? Hehe

Anyway, mata sekarang ni memang dah berat tapi digagahkan juga buat post untuk para readers yang suka stalk Super Junior.ᴱᴺᵀ . Perasan lebihlah Farahin ni kan. Haha

Tonight Farahin nak jadi penglipurlara kepada you guys. Hee

ADA BUNYI? Bunyi apa? Haa inilah yang nak cerita. Baca baik-baik okey.
Last Saturday, Farahin diserang demam urat lagi. Sepanjang hari badan kebas-kebas. Sakit sana, sakit sini. Huhu. Redha sajalah. Then that night, tidur memang macam udang kena rebus. Bengkok saja. Kipas off. Haa berpanaslah Farahin dengan selimut dan sweater. Basah batal and tilam. Bukan kencinglah. Tapi berpeluh.

Farahin started tidur pukul 10.00 pm. Jam 12.00 am tersedar. Yalah. Tidur dalam kepanasan. Demam pula tu. Sesiapapun takkan selesa. Then tried lelapkan mata tapi setakat tidur ayam saja. Suddenly Farahin ada dengar bunyi pelik di dalam rumah. Kuat. Tengok jam dah pukul 12.15 am.

Ting! Ting! Ting! Lebih kurang macam tu lah bunyinya. Bunyi macam penghadang tangga yang made by my dad from besi diketuk-ketuk atau berlaga dengan besi lain. Bunyinya bergema, kuat dan sedikit nyaring. Rentaknya sama saja. Tak lama selepas tu, senyap.

Farahin rasa tak sedap hati. So terkumit-kumitlah mulut Farahin baca ayat kursi and zikir sebanyak yang boleh. Tapi still felt uneasy. On lappy, buka surah-surah yang ada dalam mp3. Damn! Kalaulah bukan sebab Farahin lagi 'holiday' masa tu, memang kasi rembat yaasin baca kuat-kuat. Nak keluar bilik untuk ambil wuduk, takut 'tak jumpa' bilik balik nanti. So tak dapatlah Farahin nak heret al-Quran sekali.

Next day, Farahin tanya ayah. Ayah tidur pukul berapa? He said 11.00 pm dia dah started berdengkur. Lepas tu konfem dah tak ada bangun-bangun. Farahin mengadu pasal ni pada ayah. Ayah bagi alasan kata itu bunyi tali kelambu yang diikat pada penghadang tangga bergeser antara satu sama lain.

Konfem! Itu tipu! In this house, Farahin yang selalu tidur paling lambat. Paling lambat waktu tidur, 1.00 am. Paling awal, 12.00 am. Kalau lain-lain tu means Farahin penat sangat atau syok dengan lappy sampai lupa malam sedang berganti subuh. Hehe. So belum pernah Farahin dengar bunyi tu. Plus, pintu bilik Farahin memang selalu bertutup. But then bunyi tu sound like pintu bilik Farahin tak bertutup.

Yesterday, Farahin tidur pukul 4.00 am. Why? Farahin mengantuk tapi badan kepanasan. Tak selesa nak tidur. So Farahin curi masa mengemas bilik yang kian bersarang dan berserangga ni. Sama macam otak Farahin. Haha. Then, nothing weird I heard. Tak ada lagi 'bunyi' tu.

Di kepala Farahin tak ada benda lain melainkan fikir bunyi tu dibuat oleh unknown friend yang Farahin panggil Saka. It could be bukan dia. Maybe Jin lain yang sesat tak jumpa 'rumah'. Suka-suka masuk rumah kite pula.

Farahin shared this story with my buddy yang 'sekasut' dengan Farahin. Dia jangankan bunyi. Malah dipanggil-panggil lagi. Damn! Memang tercabut bulu roma macam tu. Jangankan meremang saja. Huhu


Cara Farahin: Kalau takut, jangan diamkan diri. Lawan ketakutan. Biar gigil sampai nak gugur jantung pun, jangan lupa kepada Allah. Lagipun, yang datang tu cuma satu sedang kita ada banyak malaikat yang diutus olehNya untuk melindungi kita. Ingat!




MERDEKA!

Ya Allah, Berilah Kemerdekaan kepada umat Nabi Muhammad..

Assalamualaikum...
MERDEKA! Eh! Farahin ni. Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-56 dah 2 minggu berlalu. Dah nak sambut Hari Malaysia yang ke-50 pun. Esok pula tu. Baru nak wish 'merdeka'. Huhu

Haa tu lah korang tak tahu. Ya ke tak tahu? Ke buat-buat tak tahu? Merdeka ni kan boleh digambarkan dalam pelbagai bentuk. Bukan setakat kibar Jalur Gemilang je.

So bagi budak konon sains tulen macam Farahin ni, merdekanya kami bila terlepasnya sesi pertempuran dengan empat subjek yang membunuh dalam peperiksaan. So Farahin baru je lepas membedil empat subjek membunuh tu minggu lepas dalam trial spm. Hihi

Add Math, Biologi, Kimia dan Fizik. Empat sekawan ni lah yang ajar belia macam Farahin ni kenal bom peledak masa dan manusia seperti Kyle XY. Eh! Bukan nak gertak. Beritahu je. Tapi memang betul. Nowadays, orang yang pandai tu lah banyak buat hal kan? Nau'zubillah.

Lepas je ambil paper Biologi last Thursday, semua senyum lebar keliling kepala. Hari Jumaat cuti aka ponteng sebab only Chinese ambil paper B.Cina. Haa jahat tak kami? This Wednesday, ada paper Sivik. So how about Selasa? Tu lah nak fikir-fikir ni. Hari Selasa kawan-kawan ERT dan Sains Sukan je ambil paper. Kami tak involve. So? In discussion. Haha

Lepas trial ni bolehlah main baling-baling tepung, telur, belon air dan sebagainya. Happening kan? Tapi maaf ya. Farahin tak involve kerja-kerja haram ni. Paling tidak pun cuma menari Bonamana plus Sorry Sorry plus Mr.Simple plus A-Cha plus Sexy Free and Single. Hee

Apapun, zaman dekolonisasi ni masih belum berakhir. Farahin and the gang masih berada di bawah perintah pekeliling SPM 2013. Darurat. Boleh clubbing waktu dhuha dan dating di antara zohor dan asar je. Kolot kan? Hahaha



Selamat Hari Malaysia yang ke-50! Hope Malaysia kekal dengan 13 buah negeri dan Inshaallah kalau diperbesarkan lagi mungkin lebih baik. Hope negara dan rakyat sejahtera sentiasa dan masing-masing ada semangat nasionalisme dan patriotisme yang mendalam dalam diri. Be proud, dude! =)





Dah baca poem 'Darah Selat Tenggara'? SINI

Darah Selat Tenggara

gambar cam tak kena...
Ombak di selat mengaum buas
bayu kayangan deruannya keras
embun mata tertitis laju
dinginnya air putih di gigi pantai
masih terasa hangatnya darahmu
senjata yang hitam rupanya
bagai menoreh-noreh luka di hati
korban jasadmu membebaskan bumi
tapi kasihku masih terkurung di sini
bunyi kuda-kuda putihmu
mencarik-carik pasir di kaki
rindu aku pada parasmu
lagi rindu pada keringat jihadmu
terima kasih
kasih dan korbanmu masih berbau
mengairi selat tenggara ini
jasadmu mati
nyawamu pergi
tapi baktimu kekal abadi



p/s: terharu dengan filem Hikayat Merong Mahawangsa :')



Lain Kali Jangan Tahan-tahan

Assalamualikum...
Woot Woot!
Amaran! Post ini selekeh tahu.
Aduhai! Pedih untut kite.
Tak apa. Yang penting pedih di perut sudah hilang.
Itulah padah menahan buang air besar.
Alamak! Skema sangat eh bunyinya?
I mean menahan berak lah.
Sepatutnya semalam sudah dibuang.
Tapi Farahin gatai menahan sampailah hari ni.
Malam-malam macam ni,
sedang sedap hadap lappy melayan past year questions Physics,
boleh pula toilet ajak date 10-15 minit.
Dua kali ulang-alik pula tu.
Pehh! Rasa macam nak terbelah kepala lutut. Haha
Okeylah. Tak nak bebel banyak-banyak.
Nanti ada yang berak atas lappy. Hahaha
Esok peperangan di antara Farahin dan Fizik akan bermula pada 7.35 pagi. Fuhh!
Lusa pula berperang dengan Add Math dan diikuti pada hari seterusnya, Biologi.
Hangus hangusss. huhu


p/s: To UPSR candidates, goodluck! 




Cara Budak Malas Belajar

Assalamualaikum...

Annyeong, chingudeul!
The title today is Cara Budak Malas Belajar. Siapalah Budak Malas tu? No other is Farahin lah. Hihi
Memandangkan jari-jemari Farahin yang panjang dan agak gemuk ini akan berasa gatal-gatal miang apabila tak main-main dengan keyboard lappy,
so I used this alternative to study.

Tadaa!
Haa. Now, I'm studying on physics. Next week will be The Best Week of Science. Farahin akan bertempur dengan Biologi yang suka meratah organ dan sel, Kimia si penghakis minda dan Fizik penyembelih terhebat di antara Kimia dan Biologi. Pehh! Memang perang habis macam ni. Oh! Tak lupa juga Add Math si virus pemusnah.

Sambil study, Farahin sempat buang masa dengan HIGH CLASS *tak payahlah tahu apa tu*
dan dunia Kpop! Haha
Walaupun begitu, buku Oxford Physics setia berkawal di sisi.
Buku tetap tak boleh tinggal. huhu

Talk about Oxford Physics,
nak tahu tak actually buku ni selalu dianaktirikan Farahin. hehe

See!
Ada banyak bezanya di antara si kembar Oxford ni.
One of it,  Oxford Biology lebih kotor daripada Oxford Physics.
Jadi nampak sangatlah kan Farahin lebih banyak bermanja dengan siapa. Haha

Okeylah. Done here. Nak back melayan karenah si fizik. Hee



Document Cemerlang Ibnu Sina tu diemelkan oleh GC(guru cemerlang) Physics STABK merangkap Cikgu Fizik saya. Moden kan cikgu saya? Hihi




600.Untitle

Assalamualaikum...

Hey, peeps!
Fuhh! Another tiring day. Hari ini Farahin bertarung dengan paper Pend. Islam. Gila ah! Rasa nak meletup kepala. 2 jam menghadap kertas yang hitam putih tu. Kematu buntut duduk kat kerusi kayu tu.

Okey. Done pasal perih-jerih Farahin menghadapi SPM Trial for the third day. Now nak story tentang satu incident yang happend masa Farahin on the way nak keluar dari sekolah. Jeng jeng jeng.

Farahin jalan seorang diri saja. No one nak teman lah. Huhu. Masa Farahin sedang berjalan menuju ke gate, I saw a car. Nampak macam familiar. Tapi takkanlah. Setahu(since 3 years ago) Farahin kereta tu tak pernah menunggu di gate belakang sekolah. Hmm curious.

Farahin ignored kan saja about that car. Then bila Farahin dah hampir dengan gate, Farahin nampak a boy pun sedang menuju ke gate dalam jarak yang sama dengan Farahin. Farahin tak nampak muka sebab I just jeling-jeling je. Nampaklah kasut sekolah yang bertapak gajah tu. Haha

Bila Farahin sampai betul-betul di gate, me and that boy sama-sama keluar dari gate. We kinda closed to each other. Kira-kira 10-20 cm. Bahu pun macam hampir nak berlaga. So apa masalahnya Farahin oi? Actually, tak jadi masalah pun. I just surprised. Because that guy was Mr. S, my dear ex. Hihi

Mashaallah! Tingginya dia. Farahin dengan dia cuma paras bahu saja? Damn! 3 years ago dia lebih rendah than me. Wah! Itulah bukti he's growing up. Cayalah lu, mat! Plus, handsome boleh tahan. Hikhik. Gatal lah tu.

Well, honestly Farahin tiada apa untuk disimpan tentang dia. Apa yang Farahin ada cuma muka kanak-kanak dia dari 11 sampailah 14 years old. Farahin cuma ingat suara kanak-kanak dia dan ketawa dia yang sometimes macam kuda. Gedik kan?

Apa yang Farahin ada cuma peristiwa-peristiwa kecil like kami pernah accident basikal, dia pernah open kan window for me and dia pernah bagi Farahin bunga mati (-..-). Okey semuanya cerita zaman kanak-kanak tahun 2007 gitu. Bila dah masuk 2ndary school, nothing yang best pun. Kami ni couple malu-malu kucing. Wekkk!

Kami tak banyak berkomunikasi, lepak, apatah berdating. Oh, Shit! Malulah. Rasanya boleh kira berapa kali saja we talked to each other. Tapi maybe itulah puncanya dia tinggalkan kite. Bosan kan? Gwaenchana. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Ecececeh!

And today...Fuhh! Yeah, seriously memang ada rasa rindu pada dia. Tapi perasaan tu tak sama macam dulu. Hari demi hari, jantung pun dah tak berdegup lagi untuk dia. Kira-kira Farahin dah lupakan dia 90%. Itupun dalam tempoh 3 years. Well, it's worthy. Let bygones be bygones. I'm growing up. We're growing up! Hmm post semakin jiwang meleleh nampak.

Okeylah. Panjang ya amat dah ni. Nanti ada juga yang muntah horlicks depan laptop. Till then, apa yang Farahin nak sampaikan as a girl yang pernah admired Mr.S , I'm so impressed to see him growing up! Farahin pun growing up juga! Siapa kata tak boleh hidup tanpa si dia? Allah kan ada. Tengok kami. Sihat walafiat saja. Alhamdulillah.


Love is like drug. It'll be a cure for you if you used it in the right way. But it'll harm you if you misused it.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...