LONGKANG 4

Assalamualaikum...
LONGKANG 4?!!
Oh, tidak...tidak...!
Farahin bukan hendak cerita pasal LONGKANG versi ke-4.
It's just....like...kesinambungan kepada LONGKANG 1,2 & 3. Huh?
Whateverlah. Sambung baca lagi...

Alhamdulillah. Apa yang dirancang terlaksana.
Hari ni dapat juga berjimba dengan buddyz.
But still kurang seorang. Raidah.
Hmm bilalah dapat berjimba dalam kuantiti yang cukup?
Aznie, Raidah, Farrah, Asminah dan Farahin.
Barulah happening nanti.
Ermm maybe someday, somewhere, sometime? Err

Apapun jalan-jalan dengan buddyz memang best.
Mengarut itu ini, merapu macam-macam,
just untuk eratkan our friendship.
And Farahin dapat rasakan we're all getting closer with Asminah, The New Member.
Well, secara rasminya Asminah bukanlah new member lagi.
She's already part of us. Love you, girl! Hihi

Kalau pergi jalan-jalan, sure tak best kalau tak beli komik.
Yep! Farahin beli komik lagi! And...
Mengalami delima lagi! Huhu
Singgah ke POPULAR di Kluang Mall.
Siapa yang tak pernah jejak kat Kluang,
Kluang Mall and Kluang Parade umpama syurga remaja.
Ramai budak-budak lepasan sekolah like us pergi ke sana.
Rasa macam KM dan KP belia yang punya! Haha
Okey, sambung...

Kat POPULAR I bought Perawan Pisces.
Actually ada dua komik yang buat Farahin jatuh hati,
Perawan Pisces and Toko...apa entah namanya.
Lupa sudah. Tapi nampak best.
Farahin siap minta Farrah decide whick komik nak beli.
Farrah pilih komik yang lagi satu.
Farahin pun dengan rasa yang still ragu-ragu letak Perawan Pisces balik ke rak
dan heret komik Toko(tak ingat tajuk) ke kaunter.
But then Farahin back to rak, ambil Perawan Pisces dan tinggalkan Toko.

Ternyata Perawan Pisces memang sebuah karya yang superb!
Jakun giler bila buka komik ni tengok ia sebuah komik berwarna.
First time beli dan baca komik berwarna. Sebab tu jakun.
Apatah lagi harga pun still standard, RM 7.50. Sweet kan...
Memang eksaited giler baca Perawan Pisces. (sebab berwarna)
Apapun, plot cerita menarik and of coz,
komik memang tak sah kalau tak mengarut dan merapu. haha
Sejam setengah, Farahin done habiskan Perawan Pisces.
Syabas Santa Fung! Saya suka Perawan Pisces!
Dan kucing awak juga! (rasanya tu gambar kucing Santa kat last page for certification)

Oh! Lupa nak beritahu why tajuk post LONGKANG 4.
Sebab kalau dikaji-kaji semula,
any post Farahin dengan tajuk LONGKANG,
the theme is all about FRIENDSHIP.
So samalah dengan yang ini.
That's why bagi tajuk post LONGKANG.
Dan lagi, any post bertajuk LONGKANG
pasti ada menceritakan peristiwa yang pelik dan unik.
And this time apa yang pelik dan uniknya ialah...
Dari Kluang Parade ke McD ke Kluang Mall,
kami asyik terserempak dengan cleaner yang sedang buat kerja mengemop.
Macam ada jodoh je.

Actually kami patut dah perasan
sejak first lagi kami jejak ke KP untuk berkaraoke. (Farahin duduk tahan telinga je)
Kami dapat bilik 24(bilik yang kedua last but near to kaunter). Masa masuk, tak perasan apa-apa.
Bila keluar, WANGINYAaa!
Sebab ada mop dan baldi yang berbau pencuci.
There! Dari situlah kisah kami terserempak dengan cleaners bermula!
Sebab kami nampak mop dan baldi. Err macam bodoh je bunyi. haha
Actually masa on the way ke tempat karaoke
kami memang ada terserempak dengan cleaner di KFC-KP. Hahaha

Same like other LONGKANG,
kami duduk dan berdiri dekat dengan longkang.
And then, something weird happened! Huhu
Unik dan hebatnya cara Allah aturkan perjalanan masa dan hidup kami.
Mungkin orang lain takkan nampak benda-benda macam ni.
But for me, benda-benda ni lah yang buat kisah kami yang kecil dan tidak menarik
menjadi unik dan paling terbaik! Yeah. Sangat sweet.



Apa yang kita ada hari ini, itulah yang terbaik. Alhamdulillah...





Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...