No Skool Not Cool

Good morning!
Haa...macam mana you guys baca tajuk tu?
No! Skool Not Cool.
Atau...No Skool, Not Cool?
Suka hatilah nak baca macam mana pun.
Teruskan membaca post ni.

Hmm...you guys perasan tak
Super Junior.ᴱᴺᵀ sekarang ni dah tak sarat dengan posts?
Macam dah tak ada live.

Yalah...nak live macam mana. Farahin dah tak pergi sekolah.
Dah tak ada jumpa kawan-kawan and our junior dekat stabk tu.
Dah tak ada benda bodoh hendak dibuat.
So no story...

Duduk je dekat rumah tanam biji anggur yang tak berbuah-buah.
Sometimes dengar bunyi enjin van sekolah berdezup depan rumah.
Dengan riuh-rendah budak-budak sekolah....
Miss nak pergi sekolah.

Miss nak jadi orang kedua tidur dalam makmal Bio.
I mean in my group....semeja empat orang.
Farahin selalu jadi yang 2nd tidur.

Miss nak pandang-pandang muka member
each time rasa mengantuk dalam kelas.

Miss nak masuk kelas lambat lepas rehat
and spent lot of time dekat surau.

Miss suasana kelas yang penuh patriotik
when Cikgu Subra ajar Sejarah.

Miss tak nak siapkan homework.

Miss nak biar kasut sekolah tak basuh berminggu-minggu.

Miss nak lambai tangan dekat budak-budak
yang cabut sekolah waktu rehat.
Tapi akhirnya kita tak dipedulikan.

Miss nak lari daripada Papa Dino aka guru disiplin
bila kantoi masih duduk dekat surau sedangkan waktu rehat dah habis.
Padahal Papa Dino tak kejar pun.

Miss nak dengar ceramah setiap pagi Jumaat.
Layan je dengar ustaz sindir Kpopers.

Miss nak buat muka blurr time belajar Fizik.

Miss karipap mak cik kantin yang kejap sedap, kejap tak sedap.

Miss nak curi-curi pandang my ex boyfriend
each time ternampak dia dekat mana-mana.
Sebab day by day dia makin matured, makin handsome.

Miss nak masuk kawad kaki.

Miss bau padang sekolah.

Miss nak salam cikgu tu, salam cikgu ni.

Miss nak on duty as librarian.

Senang cerita,
no skool, not cool.
Huhuhu




p/s: Miss giler dekat member Raff's gurlz :')


1 ulasan :

HeNRieTTa JoSe berkata...

Miss my skul time too...

Psss...details excepted....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...