Hatinya Galau

Image result for clock photograph

detik masa tidak terkira
yang lepas sudah lepas
yang kini yang dirai
yang kemudian masih dicari
namun aku masih menghitung
detik-detik yang tersisa
entah berapa lama
entah bila dan bagaimana
hati ini bakal kembali berwarna
serasa gelap seakan menghampir
runsingnya hingga aku ingin sahaja
sembunyi di balik cahaya
biar sinarnya silau
menghangatkan hati yang galau












Puisi Tiga

Image result for butterfly photograph

Rama-rama..
hadirnya menghiasi taman
dengan warna yang menarik pandangan..
aku tahu kau hadir cuma sementara
kerana hayatmu tidak bertahan lama
tapi.. aku mahu ucap terima kasih kepada mu..
kerna, telah membuat ku tersenyum melihat kamu..


kau kata kau kuat,
kau bohong..
kau cuma berpura-pura senyum
padahal, kau dah jadi macam tin kosong..
yang bunyi saja kuat..
tapi dalamnya kosong..
kau tahu apa maksud ku itu?


apa yang kau nak?
sini kau kata sayang..
sana pun kau kata sayang..
kau tahu tak.. kau tamak..
semua kau nak.. dah bosan kau campak..



credit to: Azman Adalan




Study Week

Assalamualaikum
Hello, peeps!
Peh! Dah jadi tabiat ni makin jarang blogging.
Bak kata kawan Farahin macam lipas (?) hahaha
Tapi jangan risau. Jiwa blogger ni masih kental.

So tajuk post kali ini sudah jelas lagikan nampak.
STUDY WEEK, welcome home !
Pejam celik pejam celik pejam macam tak nak celik,
sem tiga dah nak habis.
Yes, now is study week.
Hmm study week lah sangat.
Duk marathon anime dengan drama korea je ni. Hehehe

Soo.. hidup sepanjang sem tiga ni as second year student
wasn't bad at all.
But banyak pula presentation semester ni. Ughh!
But Alhamdulillah things went well.
Group members supportive and cooperative. Hee

Erm.. apa lagi nak story?
Oh! Roommates.
Roommates untuk tahun ni semua lain fakulti dengan Farahin.
Dekan2 kimia semuanya. Huhu
Farahin sorang je komputer.
But I'm cool. After all, I'm a lone ranger. Hihi
Oh! diorang ni semuanya kaki drama. Ohmaii
Farahin pun kaki drama juga.
But macam tenggelam pula bila nak bandingkan dengan diorang ni. Haha
Anyway, diroang memang sporting and giler2.
Farahin pun pening nak layan. hahaha
But it's fun!

Better stop here lah.
Till we meet again!
wish me luck for the final!
Peace yo! bubye =)












Don't fool yourself just because you don't see it.
This world is wonderful till the smallest thing it has.









Tadaima

Assalamualaikum..

Image result for survive images

Tadaima! Ecehh... acah2 jepun pula. Huhu
I'm home! Rindu pula kat Super Junior.ᴱᴺᵀ. Hihi
Teringat dekat orang. Haha

Dah 3 minggu Farahin kat ump.
Officially second year student of computer. Ehem.
Bajet senior jap. Haha

My day is getting busier and exhausting.
But i'm fine.
No matter what, that's life.
Gonna get stronger!
Fight for myself. Yosh!

For tonight, I've assignment to submit.
Baru tahu hari ni. Haish.
Itulah. Jadi student kena alert.
Tapi tak alert juga. Haha
My bad.

Apapun, gonna get it done tonight!
Pray for my best, peeps!
Onegaisimasu! Huhu

Okay then. Pendek je kot post ni.
Dapat distraction dari roommates ni.
Riuh beno. Oh! Roommates?
Maybe gonna talk about them later.
Inshaallah.

Sayonara! Mata ne =)





LIFE is about survival.
So DON'T Give Up and keep SURVIVE!

















Usang

Assalamualaikum...


wah wah wah.. lamanya Farahin hiatus.
sunyi beno gayanya blog ni. huhu

anyway, semester break dah nak habis.
Pahang dah memanggil-memanggil.
malam ni dah kena packing barang.
malasnya lahai.. huhu

Miss the day I used to be active blogging.
Apapun, not gonna let this blog die just like that.
At some times, Farahin mesti titipkan khabar di sini okey. Ecehh..

Hmm... nervous nak masuk semester 3 ni.
Ya... Farahin dah nak masuk tahun 2.
Mengejar degree yang menunggu di garisan penamat tiga tahun lagi.
Inshaallah.. forward to the best future ! Amiin

To you all, thank you sebab stay follow Super Junior.ᴱᴺᵀ.
Dah nampak dah ada beberapa orang dah pergi.
Never mind. Yang penting korang ada. Hihi

Till then, done here.
Ada masa, ada mood,
Farahin buat post lagi okey.
Assalamualaikum.
Bubye, cutiepie ^^







LIFE not always BEAUTIFUL
but we can make it BETTER.









Telinga Panas

Assalamualaikum..
Hello, peeps!
Lama betul Farahin tak update blog.
Maklum, busy dengan study. Huhu
Malam ni ringan pula jari nak menaip.

Straight to the point,
Farahin tak puas hati ni!
Tak puas hati sebab apa?
Recently, Farahin ada join group ni.
Farahin tak lah kenal semua member. But we're good.

Sehinggalah Farahin terdengar the members asyik mengata seseorang ni.
Farahin tak ambil port pun even Farahin kenal orang yang disebut-sebut tu.
Farahin diam je. Tak menyampuk. Tak senyum pun.
Kalau senyum pun sinis je. Shortly, I got annoyed with this kind of attitude.

Farahin memang cuba elak daripada mengata orang.
Sesekali mulut ni pun terlanjur juga, but then sampai situ je lah.
Tak ada hari ni mengata orang ni, esok sambung lagi, lagi lagi lagi.
Memang Farahin cuba elakkan. Sendiri mulut, sendiri jagalah kan.

But this group, the members....macam makin kerap pula mengata.
Sampai panas telinga Farahin ni mendengar. Serius k.
Memang rasa panas. Bukan nak kata suhu badan naik ke apa.
But really felt like telinga panas je.

At last, Farahin keluar dari group tu and duduk jauh2.
Buatlah apa pun. Konon haus, minum air ke. Main game.
Sumbat telinga dengan earphone then dengar lagu kuat2.
Sambil tu, Farahin berfikir.

Apalah gunanya mengata orang?
Puas hati ke? Makin panas ada lah kan.
Kurang ke rasa benci tu? Makin parah je kan.
Dosa pun bertambah.
Then, orang yang memang tak nak ambil port macam Farahin ni
terpaksa menahan rasa serba salah sebab tak buat apa-apa.
Di akhirat nanti pula, Farahin lah saksi kepada apa yang mereka ni katakan.
So kepada awak2 yang rasa2 kerap mengata orang tu,
fikir-fikirkan lah.

Bila kita suka kat seseorang,
boleh pula kepada pendam perap jadi pekasam dalam hati tu.
Jadi kenapa tak bila kita benci kat seseorang?
Jangan keji seseorang tu macam dia tak ada langsung kebaikan dalam diri dia.
Sedangkan najis mughalazah pun boleh disucikan.
Kain buruk yang lusuh koyak rabak tu pun,
masih boleh diguna sebagai kain pengelap.
Orang kata bentuk petak menggambarkan personaliti
seseorang yang suka memandang dari pelbagai sudut.
Pelbagai ke? Sudut petak ada 4 je.

Kalau Farahin, jadikan bentuk bulatan tu sebagai contoh.
Pandang sesuatu dalam sudut 360 darjah.
Tiada mula. Tiada akhir. Tiada had.
Perhati dan nilai sendiri.
Yang buruk biar. Yang baik tu simpan.
Pengemis yang tak berpelajaran pun tahu
buang bahagian roti yang sudah berkulat dan cuma makan bahagian yang masih elok.
So kita yang sok kaya ilmu ni?
Kalau mata tu dah tak dapat nak buka besar2,
hati tu dah tertutup beku,
buka minda tu luas2.
Astaghfirullahalaziim.

Hmm...sampai sini je lah ye.
Ni nasihat tahu. Hihi
Bubye. Nitez =)



Something GOOD not always GOOD.
Something BAD not always BAD.







Yesung-Here I am MV


Assalamualaikum...

Finally!
My baby debuted his first solo!! o(^0^)o
Tabahkan hati tengok mv nih...
tak cukup dengan air mata Hae oppa dalam Evanescence mv,
sekarang terpaksa menahan sebak tengok air mata my lovely Yesung pula.
Bukan overreacted atau apa, Farahin just dunno why and how...
cannot tengok my Super Junior oppa menangis.
Nanti mesti sebak sendiri. Huhu

chukkahamnida, Kim Jong Woon!! \(^0^)/


























The Third Generation of Computer: Integrated Circuits (1965-1970)

Assalamualaikum...

This is an assignment on our Computer Architecture course so we are most pleasured if you hit the thumbs up as a sign of support to this work. Thank you for watching! ^^v




















Sebab Aku Anak Tunggal

Assalamualaikum...

Hello, peeps!
Hari ni Farahin nak bercerita pasal diri sendiri.
Let's say this is kind of reflection for myself.
To know myself better.
To understand her more than anyone. Huhu

Setiap kali Farahin pandang diri sendiri di hadapan cermin,
tak macam mereka yang ada adik-beradik,
wajah mereka ada iras-iras dengan adik-mereka,
tapi wajah Farahin tidak menyerupai sesiapa melainkan my parents.
Sebab Farahin anak tunggal.

Dari kecil Farahin dah biasa bersendirian,
main sendiri, hiburkan diri sendiri,
walaupun ada kawan tapi ada masa-masanya rasa diri ni macam dikhianati je.
Buat apa berkawan kalau asyik nak cakap belakang kemudian pinggirkan orang tiba-tiba.
Mungkin sebab itulah mula je sekolah rendah Farahin dah mula kurang berkawan.
Maksud Farahin I've no one that really close to me.
Seorang dua je. Itupun Farahin tak tunjuk sangat belang Farahin.
Sampailah sekolah menengah, then I know what does Friendship mean.

Farahin tak banyak cakap melainkan perlu.
Nak bual-bual kosong pun tengoklah mood. Hahaha
Tapi sebenarnya banyak yang Farahin pendamkan.
Mungkin sebab Farahin dah biasa kawal dan tenangkan diri sendiri.
Jadi Farahin jarang mengadu atau meluahkan perasaan kepada orang lain.
Sebab Farahin anak tunggal.

Farahin nampak macam suka pinggirkan diri.
Sebenarnya Farahin selalu cuba sesuaikan diri dengan persekitaran.
Gementar macam manapun, takut macam manapun, Farahin tetap cuba.
Kalau bukan Farahin yang melangkah ke hadapan dan tonjolkan diri,
siapa lagi? Betul tak?
Farahin sanggup ambil risiko
sekalipun tindakan Farahin macam askar tanpa senjata.
Bagi Farahin baik lakukan sesuatu.
Menang kalah, mati hidup, belakang cerita.
Lagipun, Farahin pinggirkan diri sebab
Farahin suka berikan ruang kepada diri sendiri.
Do what I want and like, think anything I could.
Sebab bila bersama seseorang atau berada dalam satu kelompok,
Farahin selalu belajar beri ruang kepada orang lain.
Sometimes, somehow I need my space too. Right?

Farahin tak mudah terpengaruh dan dipengaruhi,
tapi Farahin selalu cuba pengaruh orang lain.
Farahin mahu mereka ingat Farahin. Sikit pun jadi.
Sebab Farahin hari ni berbeza dengan yang dulu.
Farahin yang dulu macam invisible and soooo distant.
But today I want people to know who and how I am.

I'm FREE!
Apa yang Farahin buat, semuanya atas kemahuan sendiri.
Anything. Everything.
Because I love to be me.
Biarlah orang nak cakap apapun,
I don't really care much.
Biarlah apa yang orang lain fikirkan,
I'm FREE as I am. Huhu

Farahin suka jadi berbeza.
Sebab Farahin cuma Farahin.
Farahin selalu fikir menjadi anak tunggal adalah sebuah keistimewaan.
There must be reasons why I was born!
Orang selalu kata jadi anak tunggal ni sunyi.
Tapi bagi Farahin dunia Farahin cukup bising dan meriah.
Sebab Farahin dengar apa yang orang lain tak nak dengar.
Farahin pandang apa yang orang lain kerap terlepas pandang.
Farahin selalu mahu faham apa yang orang lain tak nak faham.
Farahin keluarkan diri dari kelompok majoriti dan minoriti,
dan cuma berada di sudut sendiri.
Dunia Farahin berbeza dan Farahin sedia terima dunia orang lain.
Tapi tak semua orang sedia terima dunia Farahin =)



If people can love you, why can't you love yourself?




Dah Seminggu Pun

Assalamualaikum...

Hello, peeps!
I'm back.

Straight to the point,
title kali ni macam kat atas tu lah kan.
Ya. Dah seminggu pun Farahin kat ump nih.
Actually, seminggu dua hari. Huhu

So far so good.
Lecturers okey. Classmates okey.
Yang paling penting,
Farahin okey. Hihi

However,
Farahin tak dapat nak retake subject
yang sepatutnya Farahin retake
sebab subject yang Farahin kena retake ni
asyik clash dengan kelas2 lain.
Plus, Farahin dah tak sanggup nak rombak jadual.
Subjek2 yang Farahin ambil untuk sem ni pun
semuanya macam okey aje.
Nak2 lagi lecturers pun tiptop...kind hearted semua.
Sayang nak drop. Hehehehe
So gonna proceed with it. Hiphip!


And more shocking news,
untuk kelas Hubungan Etnik Farahin dilantik sebagai class monitor.
Andwaeeeeee! Alasannya sebab berdasarkan tarikh dan bulan lahir,
Farahin paling tua.
Yup! I'm a capricorn.
But not saying I'm crazy about my zodiac.
Just another name for me. Hee
Gementar juga jadi class monitor ni.
Farahin memang tak pernah harap
nak pegang jawatan besar2 ni.
Sekolah dulu jadi setiausaha puteri islam pun
terkedek-kedek aje duduk bawah pengerusi. Huhu

Memang dah lama sangat
Farahin cuci tangan pegang jawatan2 tinggi ni.
Sekolah agama dulu bolehlah act diva jadi pengawas.
Masa tu tak ada sense of responsibility.
Tahu2 kain dengan tudung merah.
Lain daripada student lain. hahahaha..
Apapun itu dulu...

Tapi memandangkan dah terlantiknya
sebagai class monitor ni,
terima aje lah.
Lecturer pun macam tak ada hint
nak beri chance untuk Farahin menolak jawatan yang diberi.
Let's say ni tuah Farahin yang lahir tak cukup bulan ni. Haha..

Yup! No matter what, I'll stay positive.
Recently, Farahin watched Kdrama Orange Marmalade.
Rasanya ada dialog macam ni....
"Don't try so hard to overcome your fear.
That's how your heart feels.
Why do you have to hate it?
Just let it be."
Kind like that larr...
Farahin ubah sikit aje kasi sedap. Hahaha

Lagipun, sebelum ni Farahin ada nasihatkan my buddy ni.
Apapun yang jadi.
Apapun yang Allah beri.
Semuanya ada kebaikan.
Inshaallah..

Farahin memang selalu ajar diri untuk positif.
Ya. Ada yang pernah kata.
Positive thinker ni sebenarnya
dia ada banyak benda negatif yang dia rasakan dalam diri dia.
That's quite true.

But to me putting yourself into negative,
just only make yourself try so hard.
Try so hard is not bad.
But for me, it's not good for myself.
I'll feel stressed and depressed at the same time...
hating myself, hating the world, hating everything...
After all, I tells based on my experiences.

No matter what,
Farahin selalu beritahu diri sendiri
"I LOVE YOU."





Kalau nak berkorban, biarlah ada sesuatu untuk dikorbankan.
Kalau kita sendiri sudah terkorban terlebih dahulu,
bagaimana kita mampu berkorban sesuatu?











Back to Semak

Assalamualaikum...
Hello, peeps!
Long time no see right.
I mean my post.
Well, macamlah orang demand sangat nak baca post kite. Haha
Okey. So before we proceed,
nak kasi korang ushar my selca. Hehe


Dah, dah tu. Jangan tengok lama2.
Nanti menyampah. Huhu

So, that's it.
Tadaima!
I'm back to semak!
Semak? Semak mana?
Well, who knows. Haha

Sebulan mereput di rumah,
now I'm back to ump.
Ya. Ump. Kampus Gambang. Kuikui
Students ump memang dah diajar dengan trademark
"universiti dalam semak"...
"universiti tepi lebuhraya" all those stuff since
minggu orientasi lagi. Hahaha

So Alhamdulillah...
selamat sampai kat ump ni.
Sampai2 aje, parent pun dah balik,
mulalah tangan gataii cuit camera.
so tu lah lahirnya gadis act diva konon tu. Hihi
Yalah. Bukan selalu pakai cantik2 ni.
Jadi kenalah menggedik buat selca. lol

Isnin ni mulalah Tahun 1 Semester 2.
Fuhh! Berdebar ni.
Classmates baru, lecturers baru....
Ahh! Cannot think.
Hopefully, semuanya berjalan lancar.
And I can adapt well to the surrounding.
Inshaallah

Kejap. Ada yang tanya about my Sem 1 result ke?
Hmm. Macam terpijak najis yang dah kering.
Eh! Not that worst lah.
Farahin bersyukur dengan apa yang Farahin dapat.
Dah buat silap, pandai2 lah buat iktibar. Kan?

Awal2 study main2.
So lepas ni janji...
kurangkan main!
No no no...mana boleh berhenti main.
Nanti stress! Farahin tak suka stresskan diri.
Let's chill and make it good.
Inshaallah

But still nervous.
Tak dapat bayangkan macam mana hari Isnin nanti.
Ugh! Cannot talk about it. Don't even think!

Okeylah. Done here.
Oh! Ganbate to student yang baru masuk universiti
and yang akan mulakan sem baru. Fighting!
Bubye!





Life is not always good. But Allah knows what is good for you and your life.








Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg. 6)

Assalamualaikum...

"TERIMA KASIH." Ucap dia dengan mata tunduk ke lantai. Mungkin segan mahu bertentang mata dengan aku. Mungkin juga dia memang sengaja berbuat demikian. Biarlah.
       "Aku tak sangka kau setuju nak keluar dengan aku." Sambungnya lagi. "Aku tak serius pun. Tapi akhirnya kau datang juga dan kita berjumpa." Dia mengangkat mukanya dan berpaling ke arah aku. "Terima kasih." Dia senyum.
       Aku membalas senyumannya. Tetapi mata aku pula mula berkaca. Tak boleh! Jangan menangis. Tiada sebab untuk kau tumpahkan air mata. Tersentuh? Tak kiralah apapun alasannya. Jangan menangis! Jangan!
       "Sama-sama." Ucap aku. "Aku pun bukannya serius sangat. Saja aje. Lagipun, bukan selalu ada lelaki nak ajak aku keluar. He he he." Sengih. Sengihlah panjang-panjang. Asal air mata tak jatuh.
       "Kau buat aku terkejut. Kau dah lain sekarang. Banyak senyum. Banyak cakap. Banyak melawan kata. Garang lagi. Berbanding dulu kau ni lebih pendiam dan jarang senyum."
       "Kau kutuk aku ke?"
       "Mana ada. Aku pujilah. Aku suka perubahan diri kau."
       Tengok tu. Mudahnya dia ucapkan perkataan 'suka'. Nampak sangat aku seorang sahaja yang sensitif tak tentu pasal. Aduhai, hati.
       "Aku suka kau juga." Tak. Bukan itu yang aku maksudkan. "Kau masih sama macam dulu. Peramah dan pandai bergurau. Tapi macam dah bertambah nakal pula. Mulut tu pun dah macam longkang. Sakit kepala aku melayan."
       "Amboi! Seronoknya mengutuk orang."
       Aku ketawa. Ya. Apa lagi yang aku boleh buat? Kalau aku tak ketawa, aku akan menangis. Aku tak nak menangis. Bukan depan dia. Tak nak!
       "Oh! Bas dah sampai." Dia bangun dari duduknya. Aku mengikut. Masanya makin hampir.
       Aku berjalan ke arah bas. Kelihatan pintunya terbuka luas mempersilakan penumpang untuk masuk. Makin hampir aku dengannya, makin berat kaki aku melangkah. Apabila menoleh ke belakang, dia tiada bersama aku tetapi masih berdiri di tempat yang sama.
       "Kau tak nak naik ke? Bas kita kan sama." Kenapa dia tak beranjak dari situ? Kenapa dia pandang aku sambil senyum  begitu? Aku tak suka!
       "Aku ada janji dengan kawan lepas ni. Aku balik dengan dia." Kenapa? Kenapa mesti berpisah sekarang? Aku fikir dapatlah balik sama-sama dengan dia. "Oh! Hampir terlupa." Dia melangkah ke arah aku. "Nah!" Sebuah kotak kecil diserahkan kepada aku.
       "Apa benda ni?" Aku terima bulat-bulat kotak kecil tersebut.
       "Hadiah. Bukalah bila dah naik bas nanti. Jangan risau. Murah aje. Tak mahal pun."
       "Terima kasih." Ucap aku dengan berat hati.
       "Bye." Dia mengangkat tangan sambil senyum dan beredar.
       Akhirnya, dia tetap membelakangkan aku. Membiarkan aku membaca gerak-gerinya. Membuatkan aku tertanya-tanya apa yang difikirkannya. Bagaimana perasaannya. Kenapa hanya aku yang berperasaan begini?
       Mungkin aku juga harus membelakangkannya. Di antara kami tiada masa hadapan bersama melainkan kisah silam. Pershabatan kami. Cinta kami. Hubungan kami. Segalanya sudah lama berakhir.
       Masuk sahaja ke dalam bas dan duduk, kotak kecil itu aku buka. Ada sebentuk cincin besi berukirkan 23.01.16 di atasnya. Ukiran ini sama dengan ukiran yang ada pada cincinnya. Jadi dia belikan juga cincin untuk aku. Tipu! Apa maksudnya semua ni?
       Bas mula bergerak. Serentak dengan itu, telefon bimbit aku berdenting tanda ada mesej masuk. Tetapi itu mesej online di Messenger.
               
                Assalamualaikum.
                Maafkan aku. Maafkan aku sebab pernah menyakiti kau.
                Aku tahu semuanya dah lepas.
                Tapi selama ni aku tak sudah-sudah menyesal dengan apa yang pernah berlaku.
                Beruntungnya aku sebab pernah mengenali dan dicintai kau.
                Maafkan aku. Sebab biarkan perasaan kau tak berbalas.
                Aku hargainya. Tapi aku tak dapat nak balas.
                Niat aku ajak kau keluar dengan aku sebab aku nak pastikan kepada diri aku.
                Aku nak pastikan perasaan aku terhadap kau.
                Tapi macam manapun ia tak sama seperti mana kau rasakan terhadap aku.
                Aku tak nak tipu diri aku cuma sebab aku rasa serba salah dengan kau.
                Maafkan aku.
                Cincin tu tanda perpisahan kita.
                Tanda kau pernah mencintai seorang lelaki.
                Tanda aku pernah dicintai.
                Bila diingatkan balik, kita tak pernah keluar macam ni masa sekolah dulu.
                Sebab masing-masing segan dan malu.
                Jadi anggaplah ini kita punya date.
                Yang pertama. Dan juga yang terakhir.
                Aku tak rasa kita patut berjumpa lagi.
                Aku tak nak kau sakit dan terluka lagi.
                Aku tahu kau masih ada perasaan terhadap aku.
                Aku boleh nampak dan rasakannya. Sebab kau ikhlas.
                Terima kasih.
                Aku doakan pintu hati kau akan terbuka untuk menemukan cinta yang baru.
                Cinta yang lebih baik. Cinta yang lebih istimewa.
                Aku cuma sebahagian dari cerita lama.
                Kau layak untuk mendapatkan cinta yang setanding dengan kau.
                Jujur aku kata, kau hebat. Cinta kau kuat. Pasti ada yang setanding.
                Akhir kata, moga kau kuat dan bahagia menjalani hari-hari yang mendatang.
                Aku akan mendoakan.
                Sekian, cinta pertama.

       Tak guna! Aku tak tahu dia reti tulis benda macam ni. Surat-surat yang aku tulis untuk dia dulu tak pernah pun berbalas. Tak guna! Cinta pertama wak lu. Tak sanggup aku nak mengaku yang aku pernah jatuh cinta dengan dia.
       "Waalaikumussalam." Ucap aku dengan perlahannya sambil menangis. Aduhai, hati. Menangislah. Menangislah sepuas-puasnya. Kali ini sahaja. Mungkin kali ini sahaja kau dapat menangis disebabkan dia. Mungkin selepas ini tiada lagi. Selamat tinggal, cinta pertama.




p/s: that's it! THE END. Terima kasih sebab sudi baca ^^






Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg. 5)

Assalamualaikum...


APA perasaannya apabila kau berjumpa balik dengan bekas teman lelaki kau? Dia bukan teman lelaki biasa. Dia bukan bekas teman lelaki yang dapat kau lupakan hanya sebab hubungan kalian sudah berakhir. Lebih teruk, kau masih mencintainya biarpun kau tahu tiada lagi peluang untuk kembali bersama. Setelah lima tahun berlalu, aku dan dia berjumpa kembali.
          "Aduhai. Hujanlah pula." Dia mengeluh.
          "Kau punya pasal lah ni." Aku menuduh.
          "Aku pula?"
          "Yalah. Gatal nak pergi taman tema. Sekarang ni hujan. Stesen bas dah lah jauh." Aku membebel. Menyesal sebab mengikutnya ke taman tema. Sekarang kami terpaksa menunggu hujan reda sebelum hendak menapak ke stesen bas. Tetapi bukan itu yang aku rasakan sebenarnya.
          "Sabarlah. Sekejap lagi redalah ni." Dia cuba menyedapkan hati sendiri.
          Tidak. Hujan. Jangan reda. Jangan reda dan biarkan aku bersamanya begini. Sekejap. Sekejap sahaja. Aku masih belum mahu pergi. Berikan aku sedikit masa untuk rakamkan segalanya dalam hati ini. Senyumnya, tawanya, suaranya, gayanya, wajahnya, segala tentang dirinya.
          "Tak boleh. Aku nak gerak juga." Aku keluarkan payung lipat dari beg petak aku. Tak boleh! Aku tidak patut berperasaan begini. Aku harus pergi. Mesti. Aku memang tidak membencinya. Tetapi aku tidak pernah lupa apa yang pernah berlaku. Parut di hati ini masih terasa sakit setiap kali mengingatinya.
          "Nantilah. Hujan lebat sangat ni. Kau pakai payung pun sia-sia aje." Dia cuba menegah. Tak boleh! Kalau aku lebih lama bersama dia, mungkin aku yang akan sia-siakan diri sendiri. Tak nak! Aku tak nak sakitkan hati sendiri. Aku tak nak terluka lagi. Aku patut jaga diri sendiri. Diri aku!
          "Aku tak rasa hujan ni akan reda sebelum hari gelap." Kenapa ni? Tangan aku rasa lemah. Kenapa aku tak buka payung ni? Bukalah! Hoi! Kenapa dengan aku ni?
          "Tak apa. Duit aku cukup lagi kalau nak tempah hotel."
          "Jangan berguraulah!" Spontan aku meninggikan suara. Tolonglah. Tolonglah jangan bergurau. Tak lawak. Semua ni tak lawak!
          "Oi. Maaflah. Aku gurau aje."
          "Tak. Aku yang patut minta maaf. Panik tak tentu pasal." Mesti dia terkejut. Aku sendiri pun terkejut. Kenapa aku cemas sangat ni? Rasa macam nak menangis pun ada.
          "Nak dengar lagu tak? Aku ada earphone. Tapi handphone aku baru lepas format beberapa hari lepas. Jadi tak ada banyak lagu. Boleh aje kalau guna handphone kau."
          "Okey juga tu. Tapi aku tak ada lagu melayu."
          "Okey aje." Dia menyerahkan earphone kepada aku.
          Aku sambungkan earphone dengan telefon bimbit. Kami sumbatkan earphone ke telinga. Aku mainkan sebuah lagu.

                You're not alone
                Togeteher we stand
                I'll be by your side
                You know I'll take your hand
                When it gets cold
               
                And it feels like the end
                There's no place to go
                You know I won't give in
                No, I won't give in

                Keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
                Just stay strong
                'Cause you know I'm here for you
                I'm here for you
                There's nothing you could say
                Nothing you could do
                There's no other way when it comes to the truth
                So keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
               
                So far away
                I wish you were here
                Before it's too late
                This could all disappear
               
                Before the door close
                And it comes to an end
                With you by my side, I will fight and defend
                I'll fight and defend
                Yeah, yeah

                Keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
                Just stay strong
                'Cause you know I'm here for you
                I'm here for you
                There's nothing you could say
                Nothing you could do
                There's no ther way when it comes to the truth
                So keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
               
                Hear me when I say, when I say I believe
                Nothing's gonna change
                Nothing's gonna change destiny
                Whatever's meant to be will work out perfectly
                Yeah, yeah, yeah, yeah

                La da da da
                La da da da
                La da da da da da da da da

                Keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
                Just stay strong
                'Cause you know I'm here for you
                I'm here for you
                There's nothing you could say
                Nothing you could do
                There's no other way when it comes to the truth
                So keep holding on
                'Cause you know we'll make it through
                We'll make it through
               
          Bertahanlah. Bertahanlah, wahai hati. Kuatlah. Bersabarlah. Sedarlah. Dia bukan sesiapa. Perasaan ini cuma impak dari luka yang lalu. Sebab dia orang pertama yang pernah membuatkan kau berperasaan begini. Sebab dialah orangnya kau kenal apa itu cinta pertama. Sebab tidak kira macam manapun, berapa lama sekalipun, mustahil kau dapat melupakannya. Sebab dia yang teristimewa.




p/s: lagi satu bahagian! tunggu taw!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...