KEKASIH

  • Bila dia tersenyum ikhlas di hadapan kita,kita tertanya-tanya mengapa dia senyum?Seikhlas itu?Secantik itu?Mengapa?Adakah kerana kita?Adakah kita yang membuat dia tersenyum.
  • Bila dia merenung mata kita dengan tenang,kita dapat merasakan kerisauan dia.Betapa dia bimbangkan kita.Walaupun kita dapat rasanya,kita pun ikut tenang setenang renungannya.Masa seakan berhenti.
  • Bila dia lafazkan bahawa dia merindui kita,kita dapat merasakan betapa banyak air mata yang ditakung di hatinya sepanjang merindui kita.Dan kita ikut basah merasakan rindu terhadapnya sedangkan dia di hadapan kita.Di dekat kita.
  • Bila dia memeluk kita ketika kita sedang susah dan meronta-ronta macam anak kucing kesakitan,kita berasa selesa dan nyaman.Sedikit demi sedikit,rasa macam nak terlena.Terhapus dari realiti yang menyempitkan.
  • Bila kita menangis dan dia mengesatnya dengan jarinya,kita merasakan hati ini kecut,mengering seakan tiada lagi air mata untuk ditumpahkan.Tapi...air mata tetap berlinang dan kita masih mengharapkan kesatan darinya.
  • Bila dia mengusap kepala kita,kita merasakan segala kerunsingan terlepas dari kepala.Kalaupun terkenangkan kenangan yang pahit dan menyedihkan,kepala kita tetap berasa ringan.
  • Bila dia menggenggam tangan kita dengan kesungguhan,kita dapat merasakan kehangatan tangannya yang seperti mengalirkan haba yang panas kepada kita yang seakan sejuk membeku,putus harapan atau putus asa.Aliran itu memberi kita semangat dan mencergaskan kita.
  • Bila kita mendengar detak jantungnya yang kencang,yang sedang membimbangkan kita,kita tahu kita ada di situ.Dan kita sedar...kita telah menyusahkan dia.Rasa maaf tu buat kita tersenyum bahagia di pelukannya.
  • Bila dia menangis di hadapan kita,kita tahu sebenarnya dia tak nak menangis kerana kita.Dia tahu dia perlu teruskan hidup.Tetapi disebabkan dia terlalu memaksa diri supaya tidak menangis kerana kita,air matanya berlinang seolah tidak akan  berhenti.
  • Bila dia terlena di bahu kita,kita tahu bahawa dia percayakan kita dan cuma kita yang diharapkan untuk melindunginya.
  • Bila dia membohongi kita,kita tahu dia sengaja berbuat begitu dan itu sudah pasti menyakiti hati kita.Tetapi,kita juga patut sedar yang dia juga tidak sengaja melakukan itu.Dia buntu mencari jalan untuk tidak menyakiti kita.Sedangkan jujur sudah melukai.Apa lagi yang harus dia lakukan?
  • Bila dia mengucapkan selamat tinggal pada kita dan pergi,kita pasti berharap untuk tidak mendengarnya di lain kali.Dan berdoa,esok masih ada untuk kita dan dia.
  • Bila dia menangis sambil memeluk erat kita,kita tahu yang kita memang sudah terikat di hatinya.Dan kita patut sedar,dia sedang cuba untuk mengunci kita seorang di dalam hatinya dengan mengosongkan hatinya tanpa air mata.Oleh sebab itu,dia menangis.Dia tahu,hatinya yang kosong akan diisi dengan kebahagiaan oleh kita.
  • Bila dia melutut di hadapan kita,merayu,kita patut tahu yang dia sedang memperhambakan dirinya.Kalau kita tidak menangis melihatnya,jangan pula dengan ego kita memerintahnya.Suruh dia bangun dan menolak rayuannya dengan sopan.Kalau kita menangis,suruh dia bangun dan terimalah dia.Mengakuilah,kita dapat merasakan cinta seorang raja yang bertakhta tinggi di hati kita itu.Yang sanggup meninggalkan takhta dan merendahkan dirinya di hadapan kita.
  • Bila dia memanggil kita 'sayang',kita akan berasa selesa dengan panggilan itu tanpa ada rasa jijik mahupun geli seakan ianya sesuatu yang kotor.Malah,kita tak rasa megah dan bongkak dengan panggilan itu.Kita bahagia dengan panggilan itu kerana kita dapat merasakan kelahirannya dari hati si dia.
         


Lihatlah...kekasih yang dipeluk,menggambarkan betapa mereka
selesa dan tenang di pelukan kekasih mereka.
Dan lihatlah....kekasih yang memeluk,tergambar betapa mereka
bimbang dan kasih kepada kekasih mereka.


                              

Pasangan kekasih bukan muhrim,malah tidak mempunyai apa-apa ikatan halal antara kedua-duanya adalah haram bersentuhan.Tetapi,ketahuilah percintaan tidak semestinya berkaitan bersentuhan kulit,akuilah.Banyak lagi yang boleh dikait sentuhkan.Hati,emosi.
perasaan,mental,hal-hal itu juga boleh disentuh.Juga boleh menghubungkan kasih sayang.
Sedarilah,ada perkara tak usah dizahirkan.Kerana yang batin itu lebih halus dan kukuh buat simpanan di hati.Cinta tidak berbentuk.Tidak tersentuh,tidak terdengar hadirnya.
Cinta itu juga sebahagian daripada kebatinan peribadi manusia.Jangan kotorkan yang
namanya cinta dengan bersentuhan antara bukan muhrim wahai umat Nabi Muhammad s.a.w.

No comments :