JoDoh P3rSaH@bAtaN ^^

Nuraznie binti Ibrahim. Beliau merupakan salah seorang rakan karib saya. Saya mula mengenali beliau pada tahun 2009. Sebuah aturan takdir daripada Allah sw.t telah menjodohkan kami dengan persahabtan ini...

Tahun 2009.Itu adalah tahun yang untuk kali pertamanya saya jejakkan kaki ke sekolah menengah. Nuraznie binti Ibrahim merupakan rakan baru yang pertama saya kenali. Pada waktu itu,saya beratur berdua dengannya. Tanpa kenal siapa, dia menyapa saya. ^^ Saya yang pendiam ni cuma senyum sahaja. Dia bertanyakan nama saya dan saya bertanyakan namanya kembali.Apabila kami masuk ke kelas,kami duduk bersama di bari hadapan.No wonder,tergerak hati untuk duduk bersama.Pada waktu rehat,saya bersama Raidah Adibah berjalan menuju ke kantin. Saya terlihat akannya yang sedang makan seorang diri di kantin. Sangka saya di rehat bersama rakan-rakannya. Di saat itu,Nuraznie dan Raidah Adibah mula berkenalan. Hubungan kami semakin akrab dan akrab sehingga terbentuk sebuah nama buat kami iaitu RAF's GIRLS. RAF adalah gabungan antara nama kami bertiga. Raidah,Aznie dan Farahin.

Tahun 2010.Tahun kedua di sekolah menengah yang sama.Dan kami masih berada dalam kelas yang sama. RAF's GIRLS adalah nama yang masih dibanggakan oleh kami. ^^ . Namun dalam tahun tersebut , saya dan Nuraznie mengalami pertelingkahan. Pertelingkahan kami agak lama berlanjutan. Akibat pertelingkahan kami juga,Raidah Adibah terkapai-kapai memilih antara kami berdua. Saya sentiasa berharap kalau Raidah Adibah akan bersama Nuraznie pada waktu rehat namun Raidah Adibah menghendaki untuk menemani saya sedangkan pada saya adalah biasa untuk bersendirian. Saya tak ingin Nuraznie sendirian jika boleh. Namun pertelingkahan kami akhirnya berakhir dengan sebuah janji. Janji Nuraznie kepada Farahin dan persetujuan Farahin kepada Nuraznie, "Kita takkan bergaduh lagi". Yep ! Kami pegang pada janji persahabatan kami. Dalam tahun yang sama,berlaku krisis antara rakan sekelas kami yang merupakan antara pasangan rakan karib iaitu Nur Farrah Farhana dan Siti Shazwani. Pertelingkahan antara mereka turut berlanjutan lama. Namun akhirnya mereka berbaik semula. Sayangnya,mereka tidak seakrab dulu. Nur Farrah Farhana mula mendapat perhatian kami. Sejak itu,kumpulan kami bertambah seorang lagi ahli. Hubungan kami berempat semakin akrab dari hari ke hari. ^^

Tahun 2011.Tahun ketiga di sekolah menengah.Kami akan menduduki PMR pada tahun itu.Kami masih sekelas. Pada tahun itu,datang 2 orang rakan sekelas baru dalam kelas kami. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Suhaiza Amirah yang kali pertama saya menegurnya pada waktu itu adalah untuk meminta maaf kerana takut dia berkecil hati dengan tindakan saya yang sebelum itu telah memilih dia untuk menjawab soalan guru di hadapan. Beberapa minggu kemudian, Suhaiza Amirah menyertai kumpulan kami. Gadis pendiam dan pemalu ini mula menjadi sebahagian daripada kami. Pada tahun yang sama,berlaku sebuah lagi pertelingkahan antara Zuhairah dan Syazwani,rakan karib sejak sekolah rendah lagi. Pertelingkahan mereka berlanjutan lama. Zuhairah menjadikan kami sebagai tempat untuk dia mengadu dan menitiskan air mata. Gadis ini,hatinya dapat saya selami. Sepertimana saya sangat menghargau sebuah persahabatan,begitulah dia. Sepanjang pertelingkahan itu,Zuhairah turut serta bersama kami berlima. Apabila hubungannya dan Syazwani kembali pulih,dia masih tetap turut serta bersama kami. Yep!Dia adalah sebahagian daripada kami. Hubungan kami berenam menjadi akrab sehingga tertubuh sebuah lagi nama kumpulan iaitu SUHINAZRA. Gabungan daripada nama kami berenam. SUHaiza,FaraHIN,FarhaNA,AZnie,ZuhaiRAh dan RAidah. Nama yang dicipta dalam keadaan terdesak itu,mula menjadi sebati dengan kami. ^^

Tahun 2012. Kini. Saya,Nuraznie,Raidah Adibah dan Nur Farrah Farhana masih sekelas. Namun,Zuhairah dan Suhaiza Amirah sudah terpisah daripada kami. Kini. Kami seakan kembali kepada tahun 2010 di mana kami hanya berenpat. Zuhairah kini kembali bersama Syazwani. Dan Suhaiza Amirah kini sedang serasi dengan rakan barunya. Namun begitu,SUHINAZRA dan RAF's GIRLS masih hidup. Zuhairah dan Suhaiza masih sebahagian daripada kami. ^^ Dalam bulan Januari ini, Zuhairah,Nur Farrah Farhana,Raidah Adibah dan Nuraznie berusaha menggambarkan kasih sayang mereka terhadap saya.Keempat-empat mereka telah memberi hadiah sempena Hari Jadi saya.Hadiah pertama adalah daripada Raidah Adibah.Beliau memberi saya cermin mata lamanya untuk dipakai oleh saya ketika belajar memandangkan saya takut untuk meminta ayah saya untuk membuat cermin mata baru.Hadiah ini diterima pada hari kedua kami di sekolah. *saya tidak pasti sama ada saya diberi pinjam atau...apapun,saya menghargai pemberian beliau*.Hadiah yang kedua adalah daripada Nur Farrah Farhana iaitu sebuah jam rumah.Beliau berharap setiap detik kami bersama akan selalu diingati saya. ^^ Hadiah ketiga pula daripada Zuhairah yang berupa sebuah bingkai gambar berwarna merah jambu. Beliau berterima kasih kerana saya sudi menjadi sahabatnya. *Terima kasih kembali awak* Dan hadiah yang ke-4 adalah datangnya daripada Nuraznie. Sebuah rantai berloket hati. *Alamak~dia tak tahukah saya tak pakai rantai?huhuhu...tak mengapa.Saya akan simpannya sebaik-baiknya.* Nuraznie berharap persahabatan kami akan berpanjangan. Yep ! Saya akan jadi kawan awak selagi Allah mengizinkan persahabatan kita. ^^

Baiklah.Itu adalah cerita persahabatan saya. Kawan-kawan semuanya baik dan layak menjadi Kawan Baik. Mereka tiada pengaruh buruk tapi ada di antaranya berpengaruh Kpop seperti saya.Hahahaha....oklah tu.Huhuhu...Oklah.Sudah kebas jari menaip lagi lenguh pinggang membongkok.Tata~Assalamualaikum...sayang semua ! mmmuuuuuahhhh~ ^^

No comments :