Koyote

Assalamualaikum....

Hmmm...siapa ada tonton National Geography di TV 1 jam 7.00 - 8.00 malam tadi ? Ia berkisarkan tentang Koyote kan ! Rupanya sama macam musang. Hmm.. saya pun bukan tahu apa-apa pasal Koyote. Tapi apa yang saya dapat daripada National Geography tadi , Koyote ini dikenali dengan sifatnya yang takut pada manusia . Tapi dalam siri tadi dia bercerita pasal 3 ekor Koyote yang dipercayai telah memburu dan menyerang seorang gadis muda berumur 13 tahun pada tahun itu. Kejdian berlaku di taman perlindungan haiwan liar bukan ? Hmmm... mesti sekarang ada manusia telah berubah persepsi tentang Koyote dengan mengganggap mereka sebagai pemangsa. Tetapi bagaimana pun, Stan Gehrt (Betul ke saya eja ni?) masih tidak mempercayainya dan masih berasa ganjil. Kerana selama dia mengkaji tentang Koyote, dia mendapati Koyote adalah haiwan yang takut kepada manusia. Saya faham perasaan dia. (hehehe...). Dia mesti kecewa dan sedih sebab dia mungkin juga menyedari bagaimana dunia telah berubah persepsi tentang Koyote. Tetapi saya ... ya. Sudah tentu saya takut kepada Koyote. Tambahan, saya sendiri belum pernah melihatnya di hadapan mata sendiri. Tetapi, saya masih percaya kalau Koyote sememangnya haiwan yang takut pada manusia. Tetapi kenapa mereka menyerang Taylor Mitchel ? Persoalan yang sama bermain di fikiran Stan. Begitu juga saya. Stan seakan masih mahu membela sifat Koyote yang dikatakan takut kepada manusia itu. Dan saya kagum dengan semangatnya. Bangga ! Apapun, sepertimana dipesan oleh ibu Mitchel , Amelia Taylor, ketika berada di Taman Perlindungan Haiwan Liar itu adalah tempat perlindungan bagi haiwan bukan manusia. Jadi berhati-hati lah ya! Huhu... Kalau takut kepada haiwan liar, ambil lah langkah keselamatan apabila pergi ke kawasan-kawasan yang dihuni oleh mereka. Kalau tidak pun, jangan pergi lebih baik. Jangan pula pergi ke kawasan mereka untuk memburu atau membunuh mereka secara salah ya. Ingat Jangan cinta manusia sahaja, cintalah segala hidupan yang ada di dunia ini ! Barulah betul-betul harmoni ! Huhu... ^^

 

No comments :