Lelaki-wanita

http://wanmuhammadhazem.blogspot.com/2011/07/setuju-dengan-pendirian-waheeda-wassini.html

Assalamualaikum....

Sudah klik link di atas? Itu artikel berkenaan bekas artis dan pelakon Wahidah bukan? Apa yang saya hendak sampaikan dalam entry kali ini ada kaitan sedikit berkenaan artikel tersebut. Di dalam artikel tersebut ada menyebut tentang lelaki yang berperwatakan perempuan bukan? Itulah yang hendak saya sampaikan sekarang ini.

Dalam artikel itu ada menyebut, Wahidah terbatal wuduk akibat tersentuh dengan rakan-rakan lelaki yang berperwatakan perempuan. Jadi, apakah iktibar daripada situ?

Itulah sebabnya haram bagi kita yang Islam mengubah fitrah kita. Jika sudah lelaki, sebaiknya teruslah berperwatakan lelaki. Jika perempuan, kekallah dengan sifat keperempuanannya. Namun kita tahu bukan. Ada yang diberi dua jantina. Itu bergantung kepada perwatakannya lebih kepada siapa? Sama ada wanita atau lelaki. Harap faham lah ya.

Ok. Berbalik soal lelaki yang berperwatakan wanita ini. Ada di antara mereka ini sengaja dibuat-buat, ada yang dikatakan semula jadi maksudnya mungkin dalam keluarganya semua wanita atau majoritinya wanita. Namun, seeloknya yang dibuat-buat itu usahlah diteruskan. Anda itu lelaki. Pemimpin kepada wanita. Bukan pengikut wanita. Harap maaf jika ada yang tersinggung. Saya menegur sahaja.

Bagi yang dikatakan semula jadi pula, biarpun anda lelaki yang berperwatakan wanita, janganlah pula menganggap bahawa diri anda itu seolah-olah sebenar-benarnya wanita. Anda dengan wanita yang tiada pertalian darah, mahram, ajnabi, tetap haram bersentuhan. Jikapun terpaksa, sebaiknya berlapik. Tidak boleh bersentuhan antara kulit dengan kulit. Anda sendiri lebih tahu bukan? Ingatlah, walaubagaimanapun anda tetap seorang lelaki. Biarpun pakaiannya berubah, make-upnya, anda tetap lelaki. Jika sudah berkahwin tetap digelar suami, jika mengetuai jemaah digelar imam, jika merupakan ketua kedua dalam keluarga digelar abang. Ingat. Di mana-mana pun. Anda itu tetap lelaki. Cara pengkapanannya pun nanti mengikut cara-cara pengkapanan lelaki. Nama yang akan disebut turut bersertakan 'bin'. Dosa yang anda tanggung, tetap dosa-dosa isteri dan anak-anak. INGAT! Anda itu lelaki selamanya.

Seperti yang kita tahu, yang kita sedar, kita sedang menghampiri dunia akhir zaman. Tanda-tanda kecilnya, antaranya ialah kaum wanita semakin ramai manakala kaum lelaki semakin berkurangan. Jadi usahlah anda 'menambahkan' lagi kaum wanita ini. Oleh itu, dinasihatkan berubahlah wahai lelaki pemimpin wanita! Bermula dengan niat dan berubahlah secara perlahan-lahan. InsyaAllah...Anda akan berjaya. Selagi kubur belum menjemput, masih belum terlambat. Berubahlah. Dan bangkitlah sebagai lelaki yang akan memimpin wanita-wanitamu ke jalan yang benar. InsyaAllah....

No comments :