Rungutanku





"Cinta tidak memiliki. Tetapi cinta memberi. Apakah perlu aku menyedekahkan sepenuh cintaku kepada yang memerlukan seolah-olah aku menyerahkan nyawaku kepada Tuhan? Memberi cinta itu sampaikan aku kehilangan cintaku sendiri? Aku merelakan pemergian. Apakah masih perlu aku merelakan kehilangan? Aku dihadiahi 'cinta' dan aku telah menghadiahkannya kepada yang berhak memilikinya. Namun dihumban ke gaungan penolakan. Apakah masih perlu aku menghadiahkan cinta itu kepada yang telah 'memberi' dan 'menerima' cinta? Aku meletakan keikhlasan di sebalik kemaafan. Dan kemaafan itu berlapikan kerelaan. Namun hakikinya semua itu berada di bawah kepura-puraan. Maka, apakah masih perlu aku meneruskannya? Aku menampakan ramah dan kemesraan. Sedangkan aku sedang kepudaran cinta. Apakah masih perlu aku berlagak ceria? Aku merintih, merenung dalam kepiluan yang suram lagi gelap. Apakah masih perlu aku menampakan kilauan sinar pada air mata? Melayarkan bahagia?"



"Cinta bukan satu. Tetapi hati itu satu. Hati boleh memilih mana-mana cinta yang ada. Kerana cinta ada di mana-mana. Tetapi hati itu satu. Hebatnya hati adalah kerana ia boleh menyemat beribu cinta. Dahsyatnya hati pula, ia boleh berkecai dalam sekelip mata. Andaikan hati yang suci, putih jernih seindah kristal. Terkandung zarah-zarah cinta di dalamnya. Apabila hati itu jatuh lalu pecah, zarah-zarah cinta itu akan turut tumpah bersamanya. Mungkin zarah-zarah cinta itu dapat diisi semula. Tetapi bagaimana? Sedangkan serpihan kaca gelas  tidak dapat dibentuk semula menjadi gelas. Inikan pula serpihan hati? Engkau percaya hati itu mampu dibentuk semula? Katakan padaku seberapa lama perluku menantinya sembuh sempurna? Jahitan pada luka meninggalkan garis. Geseran pula meninggalkan parut. Katakan padaku bilakah kesan-kesan cantuman pada hati itu akan hilang? Yakinkah kau bahawa tidak akan ada sedikitpun zarah-zarah cinta yang menitis keluar dari hati itu? Sedangkan pokok yang disiram ikut waktunya juga melayu apabila ditanam di dalam pasu yang pecah?"



"Cinta itu suci dan mengagumkan. Suci cinta disisi Tuhan. Mengaguminya, karya terindah daripada Tuhan. Namun, layak lagikah aku mengagumi cinta yang gagal lagi cela? Tiada yang indah pada cintaku. Tidak lagi. Nikmatnya apabila aku dianugerahkan sebuah cinta. Bangganya apabila diberi amanah untuk menjaga dan membentuknya. Namun aku gagal. Layakkah aku berbangga kepada kegagalanku? Cuba lagi? Mustahil. Aku sudah kehilangan hatiku yang sempurna yang selama ini menampung segala rupa cinta. Tetapi satu cinta itu sudah tertitis keluar darinya. Aku sudah kehilangan satu cinta itu. Mungkinkah cinta seperti itu akan kembali? Sekali lagi? Biar aku berprasangka.....ia adalah MUSTAHIL."

*maaf. sudah terkunci.*

Memandangkan mood agak down and damn, so saja nak lepaskan geram. Saya 'sakit' hari ini bukan sebab The Past tapi sebab saya rindukan Yesung oppa. Tapi cara saya lepaskan 'sakit' saya melalui The Past. Annoying? Gedik? Fine. True Love dengan The Truth maybe berbeza. Peace~




No comments :