JERITAN

Posted by | On | | 0 Comments

Assalamualaikum...

Saya ingin bertanya kepada anda. Bolehkah anda tidur dalam keadaan anda sedang dihantui ngilaian hantu? Pada siapa yang boleh itu memang Superbbbb lah. Tetapi bukan itu yang saya hendak ceritakan. Saya hendak bercerita tentang JERiTAN sebuah makhluk. Tidak perlulah meremang sangat ... makhluk itu kucing saja. Huhu...

Saya tidak berpuas hati dengan jiran sebelah rumah saya ini. Hendak katakan bujang, sudah berkahwin. Hendak katakan tiada pasangan, sudah beisteri dan berusami. Hendak katakan buta cinta, kasih dan sayang, sudah ada anak lelaki. Anehnya, sifat mereka macam masih tidak kenal apa itu sayang, cinta dan kasih. Mereka beli seekor kucing dan membelanya. Sesungguhnya 'Bela' (pelihara) dan 'Bela' (menyebelahi) itu berbeza. Patutkah mereka membela kucing yang dibeli dengan  harga yang mahal tersebut di dalam sangkar sepanjang hari? Membiarkannnya kedinginan di luar? Terdedah kepada embun malam dan pagi? Dibiarkan mengiau nyaring siang dan malam? Katanya sayang. Sayangkah itu? Semalam, seekor daripada kucing mereka bernama Milo mati akibat jangkitan kuman daripada gigitan kucing lain. Ini merupakan kali ke-2 mereka kehilangan kucing. Yang pertama, Boboy dicuri orang. Sejak Boboy dicuri itulah, mereka mengamalkan budaya mengurung kucing sepanjang hari. Adakalanya, kucing ini juga dilepaskan tetapi itu terlalu jarang sekali. Jangan katakan seminggu sekali pun tidak pernah. Saya kasihan melihat kucing yang dikurung itu. Hendak kata tidak makan, cukup. Hendak kata tidak minum, minum. Yang tidak ada itu hanyalah kebebasan. Tambahan, kucing itu sudah dewasa. Mungkin saya tidak patut kata begini. Tetapi hati saya perit mengatakan, tindakan mereka KEJAM ! Saya benci penyeksaan terhadap haiwan tanpa alasan yang munasabah !!

Kucing itu pernah masuk ke dalam rumah saya sebab dia takut dengan tuannya. Dia masuk ke rumah saya dengan tingkah lakunya yang aneh dan menakutkan. Dia mengiau seperti kucing diajak beradu dan matanya terbuka luas seolah kemarahan. Saya cuba mendekatinya untuk menenangkannya. Tetapi lagaknya seakan akan bertindak agresif. Saya takut dan hanya memerhatikan matanya yang biru. Matanya penuh dengan kemarahan dan kebencian. Jantung saya berdegup kencang sewaktu merenung matanya. Hati saya berkata, betapa kasihannya dia! Akhirnya, tuannya dapat mengambilnya dan membawanya keluar dari rumah saya. Saya pula seakan baru terima sebuah tamparan daripada herdik dan sumpahan. Saya beralih ke rak yang berada di dapur. Duduk memeluk lutut dan menangis. Ngiauan kucing itu masih terdengar nyaring di telinga saya. Renung matanya yang penuh kemarahan itu sangat menggerunkan. Mungkin memang ada yang akan mengatakan kalau ini semua sekadar khayalan saya. Tetapi saya percaya, jiwa saya, hati saya, memang berhubung kepada haiwan. Terutamanya kucing.

Kalau ular itu tiada bisanya, saya berani menghampiri dan memegangnya.
Begitu juga lipan.
Kalau buaya itu sifatnya tidak agresif dan karnivor, bagi saya mereka sama sahaja seperti cicak.

Belum tiba masanya untuk saya mendekati mereka-mereka yang liar ini. Tetapi hari itu akan tiba juga nanti. Insyaallah... : )



READ MORE>>

Thursday Crush

Posted by | On | | 0 Comments

Assalamualaikum...

Hmm...hari ini hari apa ? Siapa yang masih belum berganti kalendar, hari ini hari Khamis, 15/03/2012. Hehe... Ok. Saya tahu hari ini hari Khamis dan esok ada Naruto Shippuden di TV3 jam 7 malam. Hahahaha.... Tapi hari ini juga adalah hari yang menyedihkan dan menyakitkan. Hari ini saya teringat kepada ex-bf lah... Macam siot ! Saya bermati-matian hendak lupakan dia tetapi no wonder why and how, dia muncul secara tiba-tiba di fikiran saya. Lawaknya, muncul semasa saya sedang leka menggulung doh untuk buat kuih siput. Tambahan, lagu-lagu di radio menambahkan lagi siot ! Even lagu Hands Up pun sudah tidak dapat buat saya enjoy. Semasa sedang menggulung kuih siput, hati saya rasa sempit dan saya merasakan kepiluan dan kegelapan sedang menghampiri dunia saya. Dalam masa yang sama, hati saya menyebut "Oppa" banyak kali. Pada saat itu, saya memang memerlukan imaginasi saya. Fantasi saya. Saya perlukan Yesung oppa. Saya pejamkan mata dan bila saya buka, bening mata saya basah. Saya tidak menangis tetapi itu tandanya hati saya menangis. Saya pejamkan mata saya semula dan tarik nafas. Saya cuba tenangkan diri. Saya bayangkan Yesung oppa datang memeluk saya dari belakang. Yesung oppa menggosok bahu saya. Dia memujuk saya. Namun itu hanya berhasil buat seketika. Hati saya kembali sakit dan terasa sempit. Tanpa sedar, air mata sudah memenuhi mata saya sampai pandangan saya kabur. Macam mana pun, saya cuba bertahan daripada menangis. Ya. Saya tidak menangis. Tetapi, bagaimana hati saya?

Selepas siap menggulung doh , saya online FB saya. Best Friend saya Farrah /Dyy Dealova(FB) telah menanda saya dalam statusnya. Dia tulis ,


Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....


Kata-kata itu memang menaikan semangat saya semula. YES! Bantuan datang tepat pada masanya ! Huhu... Alhamdulillah... ^^

Semasa rasa sakit dan sempit itu masih bersisa di hati saya, saya telah post status ini,


Aku cuba melawan gambaran akal ...
Cuba menahan tumpahnya rintihan ...
Sedikit demi sedikit ,
aku merasakan kegelapan ...
kesunyian ...
kepiluan ...
Aku menjerit ...
Hatiku memanggil ...
Di mana Putera Awan ku?Aku perlukannya di saat ini....Kesakitan itu kembali ...
dan aku butuh kesembuhan dari curah kasihnya ....
Senyumnya ....
dan renung matanya indah ....
Tiba-tiba...
Bening mataku dibasahi sebutir mutiara ....
Ya !
Aku tersangat membutuhkannya ...Menghindarkan aku daripada dibelenggu kesakitan itu....
Yesung oppa ...


Macam mana pun, sekarang saya sudah okay ! Alhamdulillah... ^^




READ MORE>>

Koyote

Posted by | On | | 0 Comments
Assalamualaikum....

Hmmm...siapa ada tonton National Geography di TV 1 jam 7.00 - 8.00 malam tadi ? Ia berkisarkan tentang Koyote kan ! Rupanya sama macam musang. Hmm.. saya pun bukan tahu apa-apa pasal Koyote. Tapi apa yang saya dapat daripada National Geography tadi , Koyote ini dikenali dengan sifatnya yang takut pada manusia . Tapi dalam siri tadi dia bercerita pasal 3 ekor Koyote yang dipercayai telah memburu dan menyerang seorang gadis muda berumur 13 tahun pada tahun itu. Kejdian berlaku di taman perlindungan haiwan liar bukan ? Hmmm... mesti sekarang ada manusia telah berubah persepsi tentang Koyote dengan mengganggap mereka sebagai pemangsa. Tetapi bagaimana pun, Stan Gehrt (Betul ke saya eja ni?) masih tidak mempercayainya dan masih berasa ganjil. Kerana selama dia mengkaji tentang Koyote, dia mendapati Koyote adalah haiwan yang takut kepada manusia. Saya faham perasaan dia. (hehehe...). Dia mesti kecewa dan sedih sebab dia mungkin juga menyedari bagaimana dunia telah berubah persepsi tentang Koyote. Tetapi saya ... ya. Sudah tentu saya takut kepada Koyote. Tambahan, saya sendiri belum pernah melihatnya di hadapan mata sendiri. Tetapi, saya masih percaya kalau Koyote sememangnya haiwan yang takut pada manusia. Tetapi kenapa mereka menyerang Taylor Mitchel ? Persoalan yang sama bermain di fikiran Stan. Begitu juga saya. Stan seakan masih mahu membela sifat Koyote yang dikatakan takut kepada manusia itu. Dan saya kagum dengan semangatnya. Bangga ! Apapun, sepertimana dipesan oleh ibu Mitchel , Amelia Taylor, ketika berada di Taman Perlindungan Haiwan Liar itu adalah tempat perlindungan bagi haiwan bukan manusia. Jadi berhati-hati lah ya! Huhu... Kalau takut kepada haiwan liar, ambil lah langkah keselamatan apabila pergi ke kawasan-kawasan yang dihuni oleh mereka. Kalau tidak pun, jangan pergi lebih baik. Jangan pula pergi ke kawasan mereka untuk memburu atau membunuh mereka secara salah ya. Ingat Jangan cinta manusia sahaja, cintalah segala hidupan yang ada di dunia ini ! Barulah betul-betul harmoni ! Huhu... ^^

 

READ MORE>>

ELFollowers

midsem break is coming! yehett. -11/03/2019-