Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Cintai dia atau...

Posted by ELFarahin | On May 19, 2012 | | No comments:


Assalamualaikum...

Hari ini saya hendak mengajak anda berkhayal sekejap. Boleh atau tidak? Bolehlah ya.
Andaikan anda mencintai seseorang. Yang sempurna dirinya sebagai seorang manusia.

Diringkaskan cerita,
pada suatu hari datang seorang perempuan kepada anda.
*Yang ini untuk yang berjantina perempuan ya.
Lalu perempuan itu menyatakan bahawa dia ialah kekasih anda.
Dia mencintai dan menyayangi anda.
Dia menyatakan bahawa dia ialah teman lelaki anda yang telah bertukar tubuh dengan seorang perempuan.
Bermaksud, rohnya seorang lelaki telah merasuki tubuh seorang perempuan dan roh seorang perempuan telah merasuki tubuhnya seorang lelaki.
Okey.
Sudah puas ketawa? Saya tahu bunyinya agak kelakar.
Tetapi apa yang ingin saya tanyakan kepada anda,
Adakah anda akan mencintai perempuan itu sepertimana anda mencintai teman lelaki anda yang dahulunya bertubuh lelaki?
Adakah anda akan menerima dia seadanya dia yang bertubuh perempuan tetapi berohkan lelaki?

Ini cuma khayalan. Sengaja saya hendak anda merenungkan sesuatu.
Jika dikaitkan dengan hal agama,
bagi yang tidak kuat pegangan, pasti kes ini merumitkan, bukan?
Peace~

P/S: Saya dapat idea untuk buat entry ini daripada Kdrama Secret Garden.





READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin