Padah

Posted by | On | | 4 Comments


Assalamualaikum...

Hmm....Farahin straight sajalah ya. Result Mid-year Farahin teruk sangat!!! Stress jadinya. No 'A'! Hukhuk...Memang salah Farahin pun. Mid-year ini Farahin tak prepared apa-apa pun. Memang tak ready pun. Seriously, mood down sangat! Cikgu selalu ingatkan. "Tak apa. Awak ada banyak lagi peluang. Banyak lagi peperiksaan. Awak boleh improve lagi." Semua cikgu yang mengajar kelas Farahin mesti cakap macam tu. Yup! Kata-kata itu memang membantu Farahin. Tapi...adakah ia membantu parents Farahin????

Seriously, sejak Farahin mula semakin matang, banyak benda yang Farahin fikirkan. Especially parents Farahin. Farahin rasa sempit sangat! Anak tunggal. Anak perempuan. Itulah Farahin. Semuanya atas bahu Farahin. It's toooooo heavy! Too huge for me! Harapan, impian, cita-cita, semuanya bertepek di muka Farahin. Why? Why?! Farahin rasa susah sangat.

Dulu masa kecik-2, selalu tanya parents bila nak sekolah. Tapi bila Farahin sudah bersekolah, begini jadinya. Semuanya diletakan di bahu Farahin. Agak-2 bilalah Farahin belajar dengan perasaan yang bebas dan gembira pun Farahin tak tahu. Overall, since semakin matang, Farahin bukan study untuk diri Farahin, tapi untuk my parents. Teruk, kan? Memang salah kalau begitulah cara Farahin belajar. Then, what? What can I do? Tak mudah untuk Farahin berterus-terang dengan parents Farahin. Dan memang susah Farahin nak memberontak macam remaja-remaja lain. Tekanan, sakit, Farahin tak pernah tunjuk.

Adakah hina jika seorang anak tidak dapat memberi apa yang diharapkan oleh ibu bapanya? Ya. Allah s.w.t percayakan Farahin, seorang anak tunggal perempuan sebab itu Farahin hanya diciptakan seorang dalam keluarga. Tapi...sampai bila Farahin nak percayakan diri Farahin yang hakikatnya menjadikan dalaman Farahin semakin teruk walaupun luaran Farahin semakin baik. Dari dulu sampai sekarang, Farahin memang tak lepas dengan sifat pura-pura ni.


Farahin tak rasa bosan belajar. It's good to know something.
Tapi...memang bosan bila kita sedar yang kita belajar bukan untuk diri kita tapi untuk orang lain.
Tambahan, mereka bukan hanya mengharapkan kita mengetahui sesuatu tetapi turut mencapai sesuatu yang lebih baik. Sebenarnya, Yang Terbaik.





READ MORE>>

ELFollowers

just because i'm a mental illness patient, doesn't mean i'm less human. -06/11/2019-