Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Pagi Ini

Posted by ELFarahin | On July 12, 2012 | | 6 comments:


Pagi terasa terlalu sunyi. Aku berasa tidak sedap hati. Sebaik sahaja bangun dari tidur, bersyukurnya aku kerana masih hidup pada hari ini. Namun malang pula rasanya apabila memikirkan hal itu. Dia sudah tahu. Bagaimana? Apa yang harus aku jelaskan? Aku mencapai tuala mandi kemudian kembali berbaring di atas katil...Skip . . . . .

"Aku terdengar deringan handphone Emak tanda ada mesej diterima di bawah sana. Aku ingin melihat siapakah yang menghantarnya? Aku cuba mencari ikhtiar. Botol air! Aku mengambil botol air dari dalam beg aku dan membawanya turung bersama. Sebenarnya aku mencari alasan untuk melihat peti masuk handphone Emak ku. Mengapa aku mesti mencari alasan yang kuno seperti itu? Aku meletakan botol air di dapur kemudian pergi mengambil handphone Emak ku. Bukan. Bukan dia. Aku sangka dia yang menghantar mesej. Sebentar lagi jam akan menunjukan pukul 2 petang, dia perlu kembali ke sekolah untuk menjaga library. Sendirian. Mungkinkah dia akan mengajak aku? Mengapa aku berfikir begitu??"

...memandangkan masih tinggal 10 minit lagi hendak 5: 30 pagi. Tidak lama kemudian, aku bangun dan terus ke bilik mandi. Air terasa dinginnya. Namun aku layankan saja. Sesudah mandi, masa untuk bersiap-siap hendak ke sekolah. Subuh? ABC daa. Aku melihat diriku di cermin. Seorang remaja perempuan. Seorang sahabat. Aku tidak boleh terus begini. Aku menyiapkan buku-buku mengikut jadual pada hari ini. Sangkaku sudah lengkap semuanya. Rupa-rupanya buku Sucess Oxford Biologi aku tertinggal di rumah. Barangkali ini gara-gara aku asyik memikirkan dia. Aku menyedari ketiadaan buku Biologiku itu sebaik sahaja tiba di sekolah.

Seperti biasa, melangkah masuk ke kawasan sekolah dan terus ke astaka untuk beratur. Seperti sediakalanya juga, dia akan beratur di belakang aku. Hari ini aku terpaksa berpura-pura. Aku tidak menegurnya mahupun kawan-kawan yang lain. Sebenarnya, pagi ini aku tidak bad mood seperti adakalanya tetapi aku terpaksa kerana aku ingin mengelak daripadanya. Mengapa???

Sebaik sahaja tiba ke kelas, aku dan dia tidak bertegur. Aku mula merasakan seolah-olah ada ketegangan di antara kami. Kawan-kawan yang duduk selang satu di belakang aku kedengaran ketawa riang mereka berdua. Kelihatannya, mereka tidak merasakan seperti ada yang tidak kena di antara aku dan dia.

Sekarang merupakan waktu matapelajaran Matematik. Sayangnya, guru kami masih bercuti akibat baru melepasi pembedahan baru-baru ini gara-gara penyakit apendix yang dihidapi. Aku buntu. Apa yang harus aku lakukan? Homework! Aku membawa keluar buku latihan Bahasa Inggeris lalu menjawab beberapa soalan yang dapatku jawab.

Yeah! Sudah. Aku malas hendak menyiapkan yang selebihnya. Aku menyimpan buku Bahasa Inggeris dan berikhtiar hendak melakukan apa lagi. Biologi! Aku bangun dari tempat dudukku dan pergi ke meja kawanku yang berdua itu. Kelihatan yang seorang itu sedang sibuk membuat homework Biologi.

"Baru buat satu?"Aku bertanya kepadanya.

"Haah. Baru satu."

"Alah~nak pinjam. Awak tengah buat pula."

"Ini. Ambil Yana punya."Aida memberi aku dua helai kertas kajang bertulis milik Yana kepadaku. Aku hanya mengambilnya tanpa memprotes apa-apa. Aku terdiam seribu bahasa.

Aku kembali ke tempat dudukku bersama kertas-kertas itu. Aku memerhatikan kertas-kertas itu seketika. Tulisan yang cantik. Bentuk dan rupanya juga hampir sama seperti tulisan milik aku. Aku berhenti mengelamun dan bersedia untuk membuat homework Biologi. Aku menyalin semula apa yang tertulis di atas kertas kajang milik Yana itu. Aku menyalinnya dengan khusuyuk dan penuh teliti. Namun begitu, siapakah yang tahu betapa sempitnya hatiku pada ketika itu? Pagi ini aku merasakan hubungan aku dan dia seakan menegang tetapi aku pula lagi sedang membaca hasil tulisan tangannya.

Waktu matapelajaran Matematik sudahpun tamat. Aku juga sudah selesai menyalin. Bagaimana? Mahu memulangkannya sekarang? Atau...Aku berkeputusan untuk menyimpan kertas-kertas milik Yana terlabih dahulu. Cadangku mahu memulangkannya ketika waktu Biologi nanti. Aku mengemas alatan tulisku. Beg sekolah dizip rapat kemudian disandang di belakang. Sekarang ialah waktu Pendidikan Jasmani. Perlu turun ke bawah untuk bermain.

Aku berjalan di belakang Aida, Nana dan Yana. Namun apabila Aida dan Nana mula berjalan beriringan di hadapan, aku dan Yana tertinggal di belakang. Aku menjarakan jarak antara aku dan Yana. Tidak bagus untuk aku mendekati dia. Tambahan pula dengan keadaanku sekarang ini. Aku mempercepatkan langkahku. Tidak semena-mena, aku mula berjalan beriringan dengan Nana.

Ketika menuruni bukit hendak ke padang, Nana berpusing-pusing mencari kelibat aku yang sebenarnya cuma berada bersebelahan dengannya. Yana ketawa melihat gelagat Nana. Dia sempat juga menyakat Nana dan aku.

"Kau kenapa Nana? Pusing-pusing? Tergolek beru tahu. Nanti tak pasal-pasal bergolek sekali dengan Ain macam nangka busuk."

"Amboi!"Aku bersuara. Patutkah aku bersuara??

Aku duduk di tangga sebaik sahaja tiba di astaka. Nana mengadu hendak ke tandas. Begitu juga Yana. Kedua-dua mereka pergi ke tandas bersama. Aku masih sedang sibuk berfikir. Guru Pendidikan Jasmani mengarahkan kami turun dan bermain. Aku buntu. Bak kata orang, tiada mood hendak bermain. Ke mana Yana? Ah! Mengapa aku mencari dia?? Anak-anak lain sudah mula bermain. Manakala aku, Aida dan beberapa orang pelajar sahaja tidak bermain. Aku cuma mendiamkan diri. Mereka sudah balik. Yana dan Nana sudah pun balik.

Cikgu membawa kami yang enggan bermain ke gelanggang bola keranjang yang berada tidak jauh dari astaka. Aku dan Yana tertinggal di belakang. Sekali lagi. Aku cuba menjarakan jarak antara aku dan Yana. Namun tanpa aku sedar, sebenarnya aku semakin dekat dengannya dan kami berjalan beriringan. Kami hanya berbual sedikit. Aku mula merasakan kerenggangan itu semakin hilang.

Kami bermain dia gelanggang bola keranjang. Sekadar melakukan aktiviti ringan iaitu melontar bola jaring hingga masuk ke dalam jaringan. Hubungan aku dan Yana terasa kembali rapat. Kesuraman yang aku rasakan pagi ini semakin terasa cerah sepertimana matahari sedang sibuk menampakan sinar siangnya.

Sebaik sahaja sesi Pendidikan Jasmani tamat, kami sekelas berpindah ke makmal Kimia pula. Encik Dino menunggu di sana. Sesi pembelajaran berlancar seperti biasa. Setelah tamat waktu matapelajaran Kimia, waktu rehat pun tiba.

Aku, Aida, Nana dan Yana. Keempat-empat kami berjalan ke surau bersama beg masing-masing hendak meletakan beg sekolah kami di sana. Selepas waktu rehat ialah Biologi kemudian Pendidikan Islam di surau. Oleh sebab itu kami meninggalkan beg kami di surau.

Setelah tamat waktu rehat, kami berjalan pergi ke makmal Biologi. Sesi pembelajaran pada hari ini 2 waktu. Baiklah. Sebaik sahaja lepas satu waktu, mataku sudah mula merah menahan rindu akan tilam dan batal. Aku mengantuk. Nana yang berada di sebelahku sudahpun lena bertapa di dalam mimpinya. Aku tersengguk-sengguk di dalam makmal. Yana juga kelihatannya sudah mengantuk. Cuma Aida yang terkecuali.

Di makmal Biologi Yana datang ke tempat aku dan membelek fail biruku. Kertas Biologinya ada di dalam. Aku disuruh untuk memulangkannya pada esok hari. Baiklah. Insyaallah aku tidak akan lupa.

Akhirnya, waktu Biologi sudah pun tamat. Kami keluar dari makmal Biologi dan berjalan kembali ke surau untuk sesi pembelajaran Pendidikan Islam. Topik kami pada hari ini ialah Sirah. Tajuknya berkenaan Imam Malik dan Imam Syafi'i. Sepanjang di dalam kelas Pendidikan Islam, aku dan Yana banyak berbual. Kelihatannya hubungan kami semakin memulih. Kami tidak bergaduh malah tidak pernah pun. Tetapi aku yang merasakan seolah-olah ada jurang di antara kami pada pagi ini.

Ketika hendak balik, aku sempat bertanya kepada Yana sama ada dia bertugas di library atau tidak pada hari ini? Jawabnya ya. Aku berniat hendak menemaninya di library nanti memandangkan Nana, rakan setugasnya sibuk dengan kelas Guru Muda.

Aku berjalan menyeberangi padang sekolah yang luas sambil berfikir masak-masak. Perlukah aku menemaninya pada hari ini? Aku takut jika dia bertanyakan tentang hal itu. Oleh sebab itu, aku membuat keputusan hanya untuk menunggu pesanan darinya jika dia memerlukan pertolongan aku. Gara-gara itulah aku turun ke bawah tadi ketika telefon bimbit Emak menerima mesej. Aku sangkakan itu pesanan darinya. Sebaliknya, tidak.

P/S : Nama watak hanya rekaan semata, scene realiti. 









READ MORE

#3 Part Of My Family

Posted by ELFarahin | On July 12, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...
Fuyhh~! Sudah terlalu lama skip about Part Of My Family ini. Bagi yang belum baca bab yang pertama & kedua, boleh klik SINI & SINI. Terima kasih!

Marrie semakin sihat. Bulunya  gebu dan seronok untuk dibelai. Kira-kira 2 bulan sudah berlalu. Mungkin juga lebih? Hmm...Marrie masih kekal dengan Bapak. Amboi~ cinta mati nampak. Hahaha...Once again, tidak lama itu Marrie bunting lagi. Uit~ Uit~! Power betul Marrie ni.

Untuk kali kedua, Farahin dan sekeluarga menyambut kehadiran ahli baru~! Marrie telah melahirkan 3 ekor anak. Sayangnya~ seekor daripadanya lemas kerana lambat keluar. Mati...Jadi, hanya tinggal dua ekor.

Pada keesokan pagi, Farahin bertanyakan di mana Marrie. Ya~ada di dalam bilik sedang menyusukan bayinya. Comel~~ Geram~! Telinganya kecil. Hidungnya kecil. Kaki dan tangannya kecil. Comel sangat! Kalah patung pooh. Huhuu...


Marrie kerap singgah di dalam kotak untuk menjenguk bayi-bayinya. Oh~ such a very caring mummy...hihii..Yang bagusnya Marrie tidak punggah anaknya ke sana ke mari. Yalah. Ada certain kucing akan bawa anak-anak dia pindah ke tempat. Tak selesalah kononnya. Huhuu...

Hendak diringkaskan cerita, sebaik sahaja anak-anak Marrie semakin membesar. Sudah pandai berjalan. Mata pun sudah terbuka. Yeah! Dapat detect sudah jantina mereka! Fuhh~! Dua-2 hero. Ayah asyik tanya saja hendak beri nama apa kepada mereka. Farahin pun that time blurr. Hehhee...So, ayah decided untuk beri nama Boy and Nik. Mentang-mentanglah that time cerita BioNik lakonan Kamal Adli sedang hangat disiarkan di TV3 dalam slot Aksi. Hahaha...

Menariknya melihat adik-adik kecik ini membesar. Baru sahaja beberapa minggu, mentang-mentang sudah pandai berjalan laju, tak padan kecik, dua beradik ini melompat dari atas meja dengan jarak yang jauh. Apa dia ingat terjun kolam renang? Syok je dia main lompat-2. Huhuu...


Bila sudah penat bermain, kedua-duanya tertidur. Huhuu...
adik..adik...



BERSAMBUNG LAGI...




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin