Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kesunyian Yang Tak Terbendung Lagi

Posted by ELFarahin | On July 20, 2012 |

Aku kata aku kesunyian. Tetapi mereka mengatakan itu biasa. Tetapi tidak bagiku. Kesunyian aku membuat aku lemah. Lemas. Rimas. Kesunyianku membuat aku berputus asa. Lelah. Jemu. Kesunyianku membuat aku berasa cemburu. Iri. Malah berkecil hati. Kesunyianku bukan kerana tiada yang menemani. Bukan kerana tiada yang memahami. Bukan kerana tiada yang menghampiri. Tetapi kesunyianku kerana satu hal itu. Hal yang berat untukku katakan pada semua. Kerana ia adalah peribadi tetapi hal itulah yang aku butuhkan tempat untuk berkongsi. Saban hari hatiku mentangisi kesunyian ini. Saban hari akalku memikirkannya. Kesunyian ini membuat aku terkilan. Tertekan. Kehilangan ketenangan. Kesunyian ini membuat aku gila. Kesunyian ini bukan kerana lelaki. Bukan kerana sahabat. Bukan kerana diriku sendiri. Kesunyian ini kerana.... Bagaimana dapatku katakan kesunyianku ini? Siapalah yang dapat menggambarkan kesunyianku ini? Allah s.w.t Yang Maha Tahu sahaja punca sakitnya kesunyianku ini. Bagaimana dapatku hilangkan kesunyian ini? Bagiku cuma satu cara. Aku ingin berada sesaf dengannya. Aku ingin diimami olehnya. Aku ingin menghidu haruman keluarga yang dirahmati Allah s.w.t. Kesunyianku akan hilang biarpun aku tidak diimami olehnya. Kesunyianku akan hilang jika dia tiada di rumah kerana di saat dia pergi meninggalkan rumah dengan pakaian yang segak dan wangian yang menyegarkan demi bertemu denganNya di rumahNya. Kesunyianku akan hilang jikapun aku tidak sesaf dengannya tetapi dia cantik berpakaian putih membantu aku mendirikan tiang agama. Ya, Allah. Panjangkan umurku dan kedua-duanya. Sempatkan aku dan kedua-duanya untuk saling membantu dan bekerjasama untuk mendirikan tiang agamaMu, Ya Allah. Sempatkan aku untuk merasakan nikmatnya haruman keluarga yang dirahmatiMu. Amiin.

P/S : Astaghfrullahalaziim. Bukan niatku untuk membuka aib. Tetapi di mana lagi untuk ku kongsikan kesunyian ini. Jika yang hidup lagi bersuara tidak mampu mengerti. Ada baiknya aku kongsikan kesunyian ini bersama yang mati lagi bisu ini. Yang cuma mengeluarkan satu bunyi yang sama biarpun aku menaip huruf-huruf yang berbeza. Astaghfirullahalaziim....


Ramadhan telah melebarkan senyumannya,
mendepakan pelukannya,
Moga Ramadhan ini Ramadhan yang bahagia buat kita,
dilimpahi keberkatan, rahmat serta kesejahteraan dariNya Yang Maha Esa.
Insyaallah...Amiin Ya Robbal Alamiin.





READ MORE

Understanding & Regrets

Posted by ELFarahin | On July 20, 2012 |


"Jangan terlalu gembira, nanti menangis"
-Jangan terlalu gembira. Ingatlah suatu hari nanti kita pasti akan menangis.-

"Jangan terlalu gembira, nanti ada yang menangis"
-Seronok menyakat, bergurau-senda, biarlah berpada-pada. Siapa tahu yang disakat, dipersendakan sedang menangis.-

Assalamualaikum...
Hmm...quote di atas bunyinya sedih sahaja, kan? Huhuu...Actually terfikirkan kata-kata itu semasa dalam perjalanan balik ke rumah dari sekolah tadi. Hari ini Farahin bertugas di library. And...sebelum tadi Farahin ada menyakat seorang kawan lelaki lembut ni. Pokoknya, Farahin memang sakat dia habeh gilerlah. Tapi Farahin tak adalah gelak tak henti-henti macam junior Farahin yang seorang tu. Farahin tengok kawan lelaki tu marah nampaknya. Muka dia masam saja. Mesti dia kecik hati. Hmm...salah Farahin terpengaruh sangat dengan ajakan kawan Farahin yang seorang tu suruh sakat dia. Huh~ Farahin faham bila masa orang tu sedih, kecik hati, Farahin boleh nilai dari raut wajahnya. Begitulah yang Farahin nampak di wajah kawan lelaki tu. Farahin faham dan Farahin rasa serba salah pula. Maaf, kawan. Nanti kalau jumpa di sekolah, Farahin minta maaf ya.

P/S : Hari ini ada Naruto. Jam 7 malam nanti. Tengok jom! Hehhee....


Langit semakin gelap,
tirai syaaban semakin jatuh,
sebentar lagi Ramadhan akan datang,
bersama sinar yang baru.
Insyaallah....


Ahlan Ya Ramadhan!
Moga berjumpa lagi Syaaban!






READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin