Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kenapa Dengan Kawan Awak Ni?

Posted by ELFarahin | On August 09, 2012 |



Assalamualaikum...
Tsk! Tsk! sob...sob...What I have done? It was my fault?? Really? Jinjja?? Aishh...michilgetta~! Chingu~ mianhae...jebal~mainhaeyo....

Dia menangis dan pergi, meninggalkan aku, Ana dan Ida. Pada mulanya, kami bertiga hanya menganggap ringan tentang hal itu. Akan tetapi, bohonglah jika tiada sedikitpun rasa gusar di hati kami. Kerisauan.

Ketiga-tiga kami keluar dari makmal Biologi dan berjalan kaki hendak ke suarau. Sekarang masa subjek Agama. Ke mana dia? Tandas? Maybe. Di surau, dia sudah siap bersama beg Billabong digalas di belakangnya. Aah~! Suasana semakin dingin! Dia melangkah keluar dari surau dan meletakkan bukunya di balkoni di luar. Kuat. Dia seakan menghempas bukunya. Dia marah. Keadaan sememangnya semakin dingin.

Para pelajar diminta duduk di kantin berhadapan dengan surau kerana surau sedang digunakan untuk acara bertadarus bagi guru-guru. Di situ, aku tercari-cari juga kelibatnya. Ah! Di mana dia? Aku meletakkan beg dan pergi mengambil buku dan kertas yang telah disediakan oleh guru. Ah! Ke manakah dia? Rupa-rupanya dia cuma berada di hadapan aku. Membelakangiku. Huh~fikiran dan hatiku terlalu bercelaru sehingga aku tidak melihat kalau dia cuma berada beberapa jengkal dariku. Aku duduk di belakangnya. Membelakanginya. Dan membuat latihan yang diberi oleh guru.

Ah! Apa yang telahku lakukan?? Aku menyalin soalan dan jawapan yang betul tanpa berselang. Latihan tersebut sudah persis karangan rupanya. Kemudian aku berhenti menulis. Aku terfikirkannya. Aku bimbangkan hati dan perasaannya. Dia asyik diam dari tadi. Aku tidak mendengar suaranya berbual-bual bersama kawan-kawan yang lain.

Di kepalaku ligat mencari cara untuk memujuknya. Ah! Segala cara serba tidak kena bagiku. Aku bukannya mahir apatah lagi berbakat dalam memujuk. Aduh! Bagaimana ini? Apa yang harusku lakukan?? Fikiranku buntu. Aku mengambil pensil picit biruku lalu menulis sesuatu di atas kertas latihan tadi. Aku menulis namanya dalam tulisan berangkai. Ala-ala tandatangannya. Dan di sebelahnya aku menulis, "Kitew dah janji...Awak ingat, kann..." Laluku lukis wajah senyum. Ah! Aku yakin dia pasti ingat!

Aznie. Mianhae. Janganlah merajuk. Awak tahu kan kelemahan kite.
Awak. Janganlah kecik hati lama-lama. Awak tahu tak kenapa kite cakap macam tu tadi??
"Kenapa dengan kawan awak ni?"
"Siapa kawan dia?"
Kite sume selalu bergurau macam tu kan?
Sebab kite sume yakin yang kita berempat sentiasa kawan.
Tiada sitilah "dia bukan kawan saya" dalam persahabatan kite.
Aznie. Kite kan dah janji...
Kite takkan gaduh lagi kan??
Awak ingat, kan??
I'm sure of coz you remember.
Well, kalau kite still kawan,
esok pagi beratur dengan kite eh macam biasa.
Kita kawan kann...
Muahhh sikit lalink kite ni.




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin