Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Variasi Hidup

Posted by ELFarahin | On March 18, 2013 | | 2 comments:
Hidup ini tak selalu indah. Apabila kita rasa rindu, kadang-kadang kita akan menangis, kadang-kadang kita  akan tersenyum sendiri. Kalau hidup ini selalu indah, mungkinkah manusia akan lupa diri ? Bodoh. Untuk apa aku berfikir begini ? Bersyukurlah dengan apa yang telah dianugerahkan. Sama ada sakit atau sebaliknya, bersyukurlah kerana hidup ini pelbagai. Setiap apa yang diciptakan, dijadikan, pasti ada sebab dan alasan. Mungkin juga menjadi akibat kepada sesuatu. Hati manusia memang tidak pernah puas. Fikiran manusia seringkali ingin melampaui batas. Seperti pelukis yang sifatnya diumpamakan membandingkan hasil imaginasinya dengan ciptaan terhebat Tuhan. Manusia mengeluh apabila penat. Sebenarnya, itulah suara-suara ingin putus asa. Keluhan itulah yang membuntukan akal dan mematikan hati. Menyesatkan. Walau bagaimanapun, hari ini lain, esok lain. Hidup ini sentiasa mengalami perubahan. Sama ada dari faktor luar mahupun dalam. Kerana hidup ini memang pelbagai. Maka, renungkanlah hidup ini dengan lebih terperinci dan teliti. Sebenarnya, ia tidak selalu sama.




Emo sekejap selepas tonton Kdrama "Postman To Heaven". Jae Joong sangat kool ! Rasa hendak tampar lelaju. Huhu. Apapun, hati terasa sunggul sekarang ni. Hoho. Selamat Malam !



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin