Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Yay! We Won Again!

Posted by ELFarahin | On June 27, 2013 | | No comments:
Assalamualaikum. Hey, guys! Hari ini Farahin hendak berkongsi cerita berkaitan Hari Sukan yang telah diadakan di sekolah hari ini. Hmm Hari Sukan tahun ini agak kurang menyeronokkan tetapi Farahin masih enjoyed the celebration. Well, sama seperti tahun-tahun yang lalu, menyertai pertandingan perbarisan kawat kaki sudah menjadi sesuatu yang seolah wajib bagi Farahin. Lagipun Farahin memang meminati kawat kaki. Huhu.

Semasa dalam perbarisan, tiba-tiba tandas sekolah memanggil Farahin. Adoiii. Ini mesti kes minum air susu berkultur sebelum makan sarapan. Tambahan pula, Farahin sarapan roti bakar berinti planta. Perghh! Memang wrestling giler lah kan. Minyak kelapa sawit vs. apel hijau. Omaigoddd! Seorang rakan di belakang Farahin pula sudah pening-pening lalat. Baru berdiri tak sampai 30 minit sudah rasa hendak tumbang. Mana tidaknya, dia sendiri tidak sarapan pagi. Adoiii. Padahal, kebiasaannya dialah yang menyedut susu Dutch Lady sebelum masuk ke kelas. Hmm. Alamatnya, kami berdua ini tahan sajalah dengan kesukaran yang dihadapi.

Apabila lintas hormat dijalankan, Farahin memang tidak puas hati dengan cara kami membelok. Kalah sawa. Sudah kita pekikkan kecilkan langkah, makin beso pulakk dia. Tetapi hendak buat macam mana lagi, hadap sajalah. Kita yang konon-konon professional ini pun terpaksa meng-ular juga. Haha. Layann. Selepas tabit hormat, tangan semua cincai macam kaki gonggok. Luckily, kami semua sudah agak mahir dalam membetulkan langkah jika salah. Hihi

Tamat sahaja perbarisan, kami copet makanan dan terus pergi salin pakaian. Kemudian, duduk rilex rilex di astaka sambil ushar peserta-peserta balapan. One of my bestie joined banyak acara lumba lari. Majoriti, 1st place memang sudah dicop terlebih dahulu. Huhu. She's a great athelete in Stabk. Then, dia telah dianugerahkan sebagai olahragawati terbaik bawah 18 tahun. Wah! Mahsyukkk. Chukkahamnida, chingu-ah!

Selepas acara penyampaian hadiah untuk para peserta, tiba pula acara penyampaian hadiah untuk pertandingan perbarisan. 1st place was conquered by Kadet Polis. Well, I'm not shocked. Mereka kawat tangan memang tip top laju macam dayung sampan. Mengah uii kalau diikutkan daya diri ini. And guess siapa peroleh 2nd place?? Hihi. 2nd place disandang oleh kami! Pergerakan Puteri Islam Malaysia Stabk! Yay! This was second year kami menang. Last year pun kami peroleh tempat kedua. Well, sh*tlah kan kalau hendak lawan Kadet polis. Boleh tercabut tangan kami. haha. Okey, just kidding.

Alright. I'm done here. Petang ini inshaallah Farahin hendak ikut my friends pergi shopping stuffs untuk Pertandingan Dikir Barat sempena Hari Puteri 2013 Peringkat Daerah this Saturday bertempat di Tasik Kluang. Mai lah datang ushar kami. Ups! Haha. Okay, bye! Happy Blogging!

Bukan hendak takbur atau berbangga diri. Tapi sejak awal lagi kami dah expected kami akan menang. Bukan hendak kata kami over konfiden. But we know we've do the best. Plus, selepas raptai semalam ramai puji PPIM kawat cantik. Hee. Terima kasih semua! Alhamdulillah :)


ps: duhh! I'm fucking tired. But also happy! :D
READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin