20/09/11,Tak terduga hari ini akan berlaku sesuatu yang dahsyat.Hari ni saya nampak awak dengan dia sedang mesra berdating.Saya cuma pandang sekilas.Tak sanggup untuk pandang lagi.Saya rasa 'DOWN' giler waktu tu.Elok-elok bersandar dekat dinding,saya menyangkung bersembunyi di sebalik kawan-kawan saya yang berdiri.Saya terpinga-pinga macam orang bodoh.Saya rasa macam saya cuma bermimpi tadi.Saya kata pada hati,"tadi tu bukan dia.Kan?".Tapi.....apa yang saya lihat sekilas pandang tu terus bermain di kepala saya.Diputar dan diputar.Jelas itulah kenyataannya.Bukan mimpi.Saya rasa macam nak nangis.Tapi saya kawal emosi saya.Saya tahan dan tahan,sakitnya terpendam di dalam.Di hati saya.Saya terfikir,3 hari sebelum ni saya asyik rindukan awak.Rindu sangat.Tak tahu kenapa.Mungkin sebab ini.Mungkin rindu tu adalah tanda pada peristiwa pada hari ini.Sebab peristiwa pada hari ni.....nampaknya akan buat saya rindukan awak selamanya.Kesian saya.
READ MORE
"Senyum aku kerana dirimu bahagia.
Menangis aku kerana hati terluka."