Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

MENCARI

Posted by ELFarahin | On January 21, 2012 |
Image result for alone images city night
Sejak hari pertama aku jejakan kaki di sekolah,4 Januari 2012,hati aku dah mula mencari kau?Dia asyik menanyakan pasal kau.Dia sentiasa ingin peka akan kehadiran kau.Tapi aku cuba melawan.Aku perluka sokongan akal aku.Dalam hatiku sibuk berharap untuk melihat kau,akal aku....aku akan berdoa.Berdoa moga Allah s.w.t tak perlihatkan kau di mata aku.Aku berdoa supaya Allah s.w.t butakan hati aku daripada merindui kau.Aku berdoa supaya Allah s.w.t matikan akal aku daripada fikirkan kau.Aku berdoa supaya Allah s.w.t gelapkan pandangan aku daripada melihat kau.Cukuplah.Aku tak nak hati aku sakit lagi.Aku tak nak dia menangis lagi.Aku nak dia sembuh.Aku nak dia pulih seperti biasa.Aku sayangkan hati aku.Sangat sayang.

Dalam bulan Januari ni dah dua kali aku terlihat kau.Ketika terlihat akan kau,aku dapat rasakan betapa aku sangat merindui kau.Tapi aku kena LAWAN ! cukuplah aku pandang kau sekali(tak sengaja) ! aku takkan pandang lagi.Baru-baru ni,hari jumaat,20 Januari 2012,aku ternampak kau masa dalam usrah kat sekolah.Aku mengaku! Mata aku mencari kau ! Hati aku tertanya-tanyakan kau ! Aku mengaku ! Aku tak kuat untuk melawan ! Mata aku asyik meliar mencari kau di bahagian lelaki ! Aku mengaku ! Tapi bila aku nampak kau,apa yang aku boleh kata,"Astaghfirullahalaziim".Aku beristighfar harap aku takkan toleh ke arah kau lagi.Sebab waktu tu aku memang tak ada sokongan.Kawan-kawan aku duduk jauh daripada aku.Mereka tak ada untuk halang aku.Kiri kanan aku pelajar-pelajar yang kurang aku kenali.Waktu,memang aku sangat goyah.Aku toleh untuk kali kedua.Ya!Toleh ke arah kau.Tapi waktu tu,seorang pelajar lelaki dah lindung kau.Aku cuma nampak songkok kau.Apa aku boleh kata masa tu,"Astaghfirullahalaziim..Alhamdulillah....."Alhamdulillah sebab aku sedar yang Allah s.w.t sedang mengingatkan aku supaya tak memandang kau.Sebab tu Allah s.w.t takdirkan pelajar lelaki tu untuk melindung kau daripada terlihat di mata aku.Alhamdulillah....Lepas tu,aku dah tak toleh lagi.Aku tahu.Aku yang salah.




No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin