Cinta? It's not My Type~~

Assalamualaikum....

Semalam sebelum balik ke Kluang, saya sempat beli sebuah buku di Pusat Islam Johor setelah mendengar ceramah Ustaz Asyraf dan lunch di sana. Buku itu bertajuk Terimalah Pinanganku. Saya fikir buku itu berkenaan rumah tangga seperti cara-cara menghormati suami dan sebagainya atau mungkin cerpen-cerpen pendek berkaitan suami isteri. Tetapi apabila saya baca ringkasan di bahagian kulit belakang buku tersebut malah di muka surat pertamanya, ia menyentuh berkaitan percintaan. Madah-madah cinta dan makna percintaan?!! Saya terus tawar hati untuk meneruskan pembacaan. Di kulit belakang ada tertulis, "Cinta itu menyembuhkan." Ya. Mungkin. Mungkin benar Cinta itu menyembuhkan. Tetapi biarlah buat masa ini saya sembuh tanpa cinta. Biarpun sukar, setidaknya ia tanpa Cinta. Cukuplah adanya Cinta Allah s.w.t. bersama saya. Cukuplah ada Yesung untuk menjadi penawar saya. Cukuplah ada kawan-kawan untuk saya lupakan kedukaan saya. It's enough.

No comments :