Perasaan ini berbeza,
perasaan ini terlalu istimewa,
kerana ini adalah kali pertamanya,
aku mersakan kehadirannya.
Aku tak menduga,
sekeping potret mampu melakar mimpi di malam
mahapun siangku,
membuat aku beradu bagaikan puteri,
tersenyum sendiri tatkala berfantasi.
Aku tak menyangka,
sepasang mata itu mampu membuat aku sepicing pun tidak ketiduran,
dan ukir senyum itu sesungguhnya amat mempesonakan.
Sejenak hatiku berkata,
"Aku jatuh cinta."
Tetapi ini bukanlah cinta biasa,
barangkali cinta yang teristimewa.
No comments:
Post a Comment