2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kawan Itu...

Posted by ELFarahin | On August 31, 2012 |


Assalamualaikum...
Straight to the point! Anda pernah berasa bosan kerana mempunyai kawan tak? Erm..Farahin pernah. Actually, bukan Farahin bosan dengan kawan-kawan Farahin. Tetapi Farahin bosan dengan diri Farahin sendiri yang bagi Farahin adakala seakan membosankan kawan-kawan. Huh...

Tahu tak? Pasti anda sudah tahu malah lebih tahu daripada Farahin bahawa kawan itu samalah seperti peneman. Tetapi for me, kawan bukan sahaja peneman. Malah kawan juga merupakan cabaran, dugaan, ujian buat kita. It's up to ourselves untuk menerima kawan sebagai apa? Kawan boleh menjadi sebagai individu yang akan membuat kita berasa dipersendakan dalam diam(tersirat). Kawan boleh menjadi sebagai individu yang akan membuat kite berasa tercabar dan terdorong. Ia adalah terpulang kepada kita untuk menkelaskan kawan kita sebagai apa.

Farahin maybe mudah berasa tercabar dengan kawan-kawan. And tidak kurang juga berkecil hati. Melihat kelebihan dan kebolehan kawan-kawan yang tidak ada pada Farahin sedangkan Farahin boleh memperoleh kelebihan dan kebolehan tersebut, I just feel too humble and stupid. Disebabkan itu Farahin lebih suka memencilkan diri ataupun menidakwujudkan diri Farahin dikalangan mereka biarpun Farahin ada bersama mereka.

Bagi Farahin, kawan-kawan adalah pengaruh terbesar dalam kehidupan Farahin. Mereka mampu mempengaruhi emosi, hati, fikiran malah tindakan Farahin. Mereka sentiasa hebat bagi Farahin. Dan Farahin sentiasa bercita-cita hendak menjadi sehebat mereka. Akan tetapi, me is me. Entah kenapa? Farahin merasakan menjadi diri sendiri adalah suatu kelemahan yang terbesar dalam kehidupan Farahin. Menjadi diri sendiri bagaikan pemisah antara Farahin dan kawan-kawan. Menjadi diri sendiri bagaikan pemusnah hubungan antara Farahin dan kawan-kawan.

However, I can do nothing. Even sometimes I HATE myself which sometimes make me HATE my friends, I just have to be myself. The real me. Inilah dunia. Tidak semua dapat menerima kita seadanya termasuklah diri kita sendiri. Tetapi yang lebih mengharukan, Allah S.W.T sentiasa menerima kita walaubagaimanapun rupa dan perlakuan kita. Buktinya, biarpun jika kita seorang perogol Allah S.W.T masih menerima kita untuk kembali ke tanahNya. Biarpun jika kita seorang pelacur Allah S.W.T masih melindungi kita. Biarpun kita kekurangan Allah S.W.T sentiasa menghargai setiap kebolehan yang ada pada kita. Tetapi manusia? Tidak semua di antara mereka memiliki sifat-sifat murni yang dimilikiNya.

Dalam kehidupana manusia sentiasa ada perbandingan. Cantik dan hodoh. Pandai dan bodoh. Baik dan Jahat. Namun cuba pula kita melihat dalam sisi perbandingan antara manusia dan Allah. Tiada cantik mahupun hodoh. Tiada pandai mahupun bodoh. Tiada yang baik mahupun jahat. Yang ada cuma '...lebih ___ daripada...'. Allah S.W.T mengangkat darjat manusia dengan tidak mempersendakan atau mencaci hina mereka. Kita mungkin cantik. Tetapi Allah S.W.T lebih cantik daripada kita. Kita mungkin baik. Tetapi Allah S.W.T lebih baik daripada kita. Allah S.W.T tidak memiliki apa-apa kekurangan. Tetapi kita(manusia) memiliki lebih kekurangan daripada Allah S.W.T. Allah S.W.T tidak pernah sesekali menghina kita melainkan kita sendiri yang telah menghinaNya. Sesungguhnya, Allah S.W.T tidak layak dihina dan dicaci. Apatah lagi, diada-adakan kekurangannya sedangkan Dialah Yang Maha Berkuasa.

Akhir kata, ia bergantung kepada kita siapakah kawan bagi kita. Jika memang merekalah punca-punca negatif yang dialami kita, sedarilah bahawa mereka juga sumber-sumber positif yang dapat kita perolehi. Contohnya, mungkin kita berasa cemburu jika kawan kita itu seorang cantik. Tetapi atas sifatnya yang merendah diri ia secara tidak langsung dapat menenangkan diri kita yang berasa hodoh di sampingnya. Kawan mampu memberi tanggapan buruk dan baik terhadap diri kita. Mereka umpama hati dan akal kedua kita. Jika kita tidak akur dengan hati dan akal sendiri, kita pasti akan akur dengan hati dan akal mereka.


"Jika perasaan SAYANG itu melebihi perasaan BENCI, sekaligus KEMAAFAN itu sentiasa timbul di hati."



No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin