2025 status-to-be : Single Pro Max Ultra :p - Fri , 15/11/2024 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Kesakitan Si Hawa

Posted by ELFarahin | On September 10, 2012 |


Assalamualaikum...
Selamat Malam, kawan-kawanku! Oh! Sudah tidur nampaknya. Tak apa la biar Farahin merapu seorang diri di blog biru Farahin ini. Ok. Jam sudah pukul 1:30 pagi. Happy tak sebab Farahin still tak tidur? Happy tak sebab Farahin update entry malam-malam buta begini? Siapa happy, boleh baca k. Kalau mata tu tak terlelap time baca and dapat baca sampai habis, minta-mintalah like. Hohhoo...

Aduhh! Sakitnya! Farahin tak sedap badan. Kepala pening. Seluruh badan rasa kebas. Sejuk. Rasa mual pun ada. Hendak tidur pun rasa tak selesa. Well, itulah yang akan dialami Si Hawa apabila tiba masanya setiap bulan kan? Tekak ni rasa haus memanjang. Gurlz, do you realized? Sakit inilah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada kita untuk mengajar kita supaya memiliki KETABAHAN dalam menghadapi setiap perit pedih kehidupan.

Ya. Jiwa Si Hawa sentiasa diwar-warkan bahawa ianya lembut dan rapuh. Maka mungkin inilah sebabnya kita dianugerahkan rasa sakit ini. Biarpun sakit, kita tetap bangun untuk ke sekolah. Biarpun sakit, kita tetap bangun berdiri lama di dapur untuk memasak. Biarpun sakit, kita tetap senyum di hadapan boyfren/suami. Not me. Farahin tak ada boyfren. Biarpun sakit tergolek-golek sampai berjalan pun hampir merangkak, kita tetap answer panggilan boyfren/suami takut-2 nanti boyfren curiga or suami risau. Am I right, gurlz sekalian?

Mungkin kerana kesakitan ini jugalah kita sentiasa berangan-angan untuk tidak disakiti oleh lelaki atau sesiapa sahaja. Mungkin sebab kesakitan inilah kita perempuan sentiasa mengimpikan yang sempurna. Ada perempuan yang hatinya sakit kerana si dia, pasti akan berkata hidupnya bagaikan tidak lama lagi. Well, sebenarnya sakit itu bagaikan sakitnya kesakitan yang kita tanggung setiap bulan kan? Rasa memang macam maut sedang jemput.

Aduhh! Ya. Perempuan memang sudah sentiasa berasa sakit yang teramat. Sebab itu ada di antara mereka tidak peduli biarpun disakiti lebih lagi. Am I right, gurlz? Mengikut pengiraan Farahin, kita Si Hawa ini ada tiga jenis kesakitan. First, Kesakitan Bersalin. Second, Kesakitan yang sentiasa kita alami setiap bulan. Third, Kesakitan kerana disakiti orang yang bagi kita tidak layak menyakiti kita. Memang ada perempuan tidak peduli jikapun hatinya disakiti. Tetapi kita tetap perlu akui, "Tiada sesiapa atau mana-mana perempuan menginginkan kesakitan." Mereka hanya menabahkan diri atau secara kasarnya terpaksa menghadapai atau mengalami kesakitan itu.

P/S : Erkh! Tak larat dah! Selamat Malam. Assalamualaikum.


"Kami mungkin memang sudah lali dengan KESAKITAN.
Namun itu tidak bererti kami sudi menerima PENGANIAYAAN."

Oh, lupa! Entry ini cuma berdasarkan pemikiran Farahin. Melalui iktibarnya kita Si Hawa diberikan kesakitan ini. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.




No comments:

Post a Comment

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin