Assalamualaikum...
Berikut antara hal-hal yang wajar dikakukan sebelum tidur :
1. Berwuduk
2. Membaca Surah 3 Qul. Surah 4 Qul pun boleh. Lebih baik.
3. Muhasabah diri/insafi diri.
4. Memaafkan.
5. Bersalawat.
6. Berzikir.
7. Mengucap dua kalimah shahadah. Sebagai advance kalau-kalau kita meninggal dalam tidur, setidak-tidaknya kita meninggal dalam Islam yang benar. Means, shahadah kita betul dari segi harkat dan bunyinya.
8. Membaca doa tidur.
9. Menepuk-nepuk bantal sekurang-kurangnya tiga kali. Sunnah Rasulullah.
10. Membaca ayat Kursi.
Tambahan :
1. Usah bermake-up. Waktu tidur merupakan waktu rehat bagi kulit kita serta waktu untuknya bernafas dengan sempurna. Ini untuk tidur malam ya. Huhuu...
2. Kalau terasa hendak 'berhajat', pergilah. Jangan nanti waktu tidur tahan-tahan pula. Esok pagi bangun tak pasal-pasal tilam basah. Kekeke...
3. Jangan memakai pakaian yang ketat. Itupun menghalang kulit kita daripada bernafas dengan sempurna.
4. Jangan mengikat rambut, sebaiknya. Ini untuk membiarkan pengaliran darah di kepala berjalan lancar ketika tidur.
5. Berus gigi. Colgate ada, Sensodyne ada, Darlie pun ada. Kalau tak mampu, Kodomolion pun boleh la. Hahaa...gurau.
6. Jangan menggunakan bantal yang terlalu tinggi atau tebal. Sakit pula tengkuk nanti. Tak pasal-pasal teleng jadinya.
Ada lagi yang hendak ditambah? Silakan!
Hahaa...Entry pendek saja kan? Actually, mata Farahin pun sudah berat. Huhuu...Mahu tidur sudah.
No comments:
Post a Comment