Takut Berhijrah. Masih Sempatkah Nanti?

Assalamualaikum...

Doa seorang hamba :
"Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan syahid."

-Mampukah itu berlaku? Bagaimana mungkin itu berlaku jika aku sendiri sentiasa lalai dalam menegakkan tiang agamaku?-

Doa seorang hamba :
"Ya Allah, dekatkanlah aku dengan segala macam kebaikan."

-Mampukah itu berlaku? Bagaimana mungkin itu berlaku jika aku sendiri sentiasa asyik dengan duniawiku yang sia-sia lagi mempersiakan?-

Adu seorang anak :
"Ya Allah, aku ingin solat berjemaah bersama kedua-dua ibu bapaku.
Ya Allah, aku ingin melihat, merasa dan mendengar ayah menjadi imam bagi solatku.
Ya Allah, aku ingin melihat dan merasa emak cantik bertelekung berdiri sebaris saf denganku.
Ya Allah, aku ingin melihat, mendengar dan merasa ayah berkata kepadaku dengan penuh kasih sayang dan ikhlas, "Wahai anak, basahi anggotamu dengan berwuduk kemudian ikut solat bersama."

-Mampukah itu berlaku? Bagaimana mungkin itu berlaku jika aku sendiri tidak menyuarakan hasratku ini?-

*Masih Sempatkah Nanti?*





Welcome To Zone 1434H !!




2 comments :

Nanie said...

oh ya ke ? kalau mcm tu takpa join je :)

Nanie said...

mmgtak ada lah . takpa