Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Aku dan Kau

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:
Image result for teddy bear alone
Aku dan kau adalah sama
Sesama kita adalah serupa
Dua insan, Dua jiwa
di antara kita saling melengkapi
Kau adalah cerminku
Dan aku adalah bayang-bayangmu
Kata mereka,
keserasian itu makanan percintaan
tapi keserasian antara kita menghalang berputiknya percintaan
Aku dan kau memang serupa
Tetapi ada yang membezakan kita
Perbezaan itu merupakan tembok besar yang mustahil dapat aku mahupun kau melepasinya
antara aku dan kau tetap teruang sebuah jurang
di antara kita tidak akan melebihi tertib persahabatan.


READ MORE

SJ Opera Japanese Ver.

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:
Assalamualaikum...
Selamat Malam!
Tadi melawat ke blog "chObByryeOwOokielf" and menerawang ke entry INI .
Pergh! Menjerit daku di jam 10: 30 malam ini. Hahaha...
COOL !! HOT !!
Itulah SUPER JUNIOR...
Jangankan INSOMNIA saja, HISTERIA pun boleh dijadikan impak daripada SUPER JUNIOR.
Wuuuuuuuuu~~~
Cuba tengok pic bawah ini.


Baru tunjuk topeng je kot.
Tapi seriously, for me that already tooooooo cool!
Mask semua epik and klasik.
Namapun, Opera kan.
Kyaaaaaaaaaa~~ Tak tahan dibuatnya!

Oh! By the way.
Saya nak komen pada kotak komen Wookielf tapi tak dapat sebab dihalang oleh pic welcome.
Maybe sbb saya guna notebook. Alah. Komputer 1 Malaysia tu. Huhu...
Skrin kan comel. Tu yang tak dapat komen agaknya. Haishh...
Kalau skrin laptop, sure boleh.
Tapi laptop kat bawah. 
Tapi tak apa. Tak tahan punya pasal nak komen.
Saya dah hantar email kepada  Wookielf !!
Hope she'll read it. Hee~~
Nak lebih gambar, klik INI.
Anda akan terus ke dunia  "chObByryeOwOokielf" !
Annyeong! Huhu...


READ MORE

Kamu itu, Sahabatku

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:







maaf, mungkin selama ini aku bukanlah sahabat yang baik.
maaf, mungkin selama ini aku sering melalaikanmu.
maaf juga, mungkin selama ini aku membuatmu rasa sedih tersisih.
maaf lagi, mungkin selama ini ada bicaraku yang pedih.
maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering tidak memahami mu.
maaf, aku hanya hamba yang biasa.
walau siapa pun kamu, kamu itu sahabatku.
yang sering ada menemani di saat aku kecundang.
yang sentiasa meluangkan masa mendengar rintihan ketika aku sedih.
yang selalu memberi semangat di saat aku hampir rebah.
moga Allah selalu menyayangimu:')





READ MORE

Sepertinya

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:


Via : #Shupalula





sepertinya aku ini jalan yang yang kosong
sepertinya aku ini kaca yang bolong

dan sepertinya tak ada siapa yang melihat aku di sini
dan sepertinya ada cahaya bila aku terus terbang tinggi ke atas langit jingga

sepertinya aku ini terhukum oleh tuhan kerna aku ini penuh dgn benci
sepertinya takkan ada sesiapa yang sudi bersama aku untuk memahami

sepertinya aku dipaksa untuk mati dan terus dihempas jatuh tak berkebumi
sepertinya takkan ada siapa pun yang sudi bersama menemani aku sampai pagi

kerna aku mahu sebenarnya ada peneman yang memeluk jiwa aku
yang meneman aku sampai biru

kerna aku begitu ingin merasakan dicinta seseorang itu
sepertinya aku ini bolong, kosong, lohong, semuanya
itu semuanya aku

kenapanya aku ini tak bisa untuk menyedari yang aku ini tetap bukan siapa2?
sepertinya
sepertinya

sepertinya aku ini debu yang tak punya harga apa
sepertinya aku angin yang tiada
sepertinya aku ini wujud tanpa adanya apa makna

maka untuk apa aku di sini?



Cc : FynnJamal



READ MORE

Di Mana Dirimu?

Posted by ELFarahin | On May 17, 2012 | | No comments:

Aku melantarkan tubuhku
lalu ku pejamkan mataku.
Aku mencari kelibatmu dalam gelap itu
Aku cuba mendengar halus bisik suaramu
Namun hampa.
Aku buka mataku
Seolah insan yang baru tersedar dari mimpi ngeri
setitis butir kehibaan mengalir dari bening mataku
Aku menangis.
Sayang,
di mana dirimu?
Hati ini terasa kosong tanpa hadir bayangmu.
Malamku suram tanpa mimpi tetangmu.
Siangku mendung tanpa sinar senyummu.
Aku merinduimu...
Ke mana hilangnya debaran itu?
Ke mana hilangnya keterujaan itu?
Ke mana hilangnya kegembiraan itu?
Hatiku tidak lengkap tanpa hadirmu
Hidupku tidak senang tanpa bayangmu.
Aku tahu engkau ada
Tapi di mana?



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin