Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Persahabatan

Posted by ELFarahin | On July 14, 2012 |

Assalamualaikum.....
Entry ini terinspirasi daripada Skip Beat OST pada malam ini punya episod~

Persahabatan tidak memerlukan percintaan. Tetapi percintaan memerlukan persahabatan. Mengapa? Persahabatan bukan sahaja sekadar menngetahui nama dan alamat mereka yang digelar kawan tetapi ia lebih daripada itu. Kawan itu umpama kenalan. Dia datang dan pergi. Tetapi sahabat...dia datang dan apabila dia pergi kita tahu dia tidak meninggalkan kita. Kawan sudi mendengar. Tetapi sahabat sekaligus cuba memahami. 

Percintaan memerlukan persahabatan. Kenapa? Jarang sekali ada kekasih yang benar-benar setia, yang benar-benar taat kepada kekasihnya atau pasangannya. Melainkan isteri atau suami yang baik. Jujurlah! Girlfriend pasti mahu merungut mengenai Boyfriend kepada sahabat-sahabatnya. Begitu juga Boyfriend. Dia pasti mahu bersungut mengenai Girlfriendnya. Kerana apabila yang dipanggil itu cinta, menjaga hati dan perasaan orang yang dicintainya seakan wajib. Dan untuk terpaksa makan hati itu juga dikatakan wajar. Ish...ish...kasihan. Oleh sebab itu, percintaan memerlukan persahabatan.

Anda tahu tak? Betapa indahnya persahabatan itu, betapa tinggi dan megahnya nilai persahabatan itu apabila hati kita, akal kita, dapat menerima buruk baik sahabat kita? Pernahkah anda merasakan perasaan itu? Farahin ada tiga orang sahabat yang terbaik. Setahun awal mengenali Nuraznie, we still just kawan. Farahin tidak dapat menerima sifatnya yang mudah merajuk dan iri hati. Dan ia asyik merajuk dan terus berperasaan iri hati. Dan setahun awal itulah kali pertama dan kali terakhir dalam tahun 2009 kami bergaduh.

Now, Aznie sudah jarang sekali merajuk dan iri hati. Farahin pun ada lah juga belajar serba sedikit untuk memujuk. Farahin sudah pun dapat menerima buruk baik dirinya. Begitu juga dia. Insyaallah. Kerana kami adalah sahabat.

Raidah Adibah. Dia rakan sekelas Farahin since darjah 5. Dahulu kami tidak bertegur. Malah tidak ramah pun. Tetapi setahun awal mengenali Raidah di sekolah menengah, perlahan-lahan daripada kawan kami menjadi sahabat. Raidah Adibah tidak ada hal-hal yang tidak memuaskan tentang dirinya. Dia seorang yang sederhana dan baik. Farahin terima dia sebagai seorang sahabat bukan hanya kerana baik dirinya tetapi asbab yang utamanya kerana Farahin berasa selesa dengannya. Berjenakan dan ketawa bersamanya amat menyenangkan.

Nur Farrah Farhana. Dahulu dia lebih rapat dengan Raidah Adibah dan Nuraznie. Farahin tidak sedar bilakah masanya hubungan kawan kami berganti persahabatan. Mungkin melalui FB? Alahai~ sudah seperti Cinta Muka Buku pula. Eh, silap! Kawan Muka Buku. Huhuu...

Once she care about my feeling and my heart, Farahin selesa untuk berkongsi apa-apa sahaja dengannya. Be honest, Nur Farrah Farhana merupakan tempat utama untuk Farahin mengadu. Dia memahami dan sentiasa mengambil berat. Dia suka mendengar. Hatinya luas untuk menempatkan pelbagai cerita daripada kawan-kawannya.

Let's back to the past. My own past. Zaman ketika Farahin sedang angau dengan seseorang bernama Muhammad Nursallam. Yang membuat Farahin terikat pada satu hubungan yang dipanggil percintaan sedangkan dia sudah pun menoktahkan percintaan itu. Tetapi Farahin memilih untuk terus menitikkan noktah seterus dan seterusnya seolah-olah percintaan itu belum ternoktah. Menanti. Menanti. Dan menanti.

Pada ketika itu, the right place untuk bekongsi mengenai keperitan percintaan ini ialah Nur Farrah Farhana. Farahin menanggung keperitan dan memikul tangisan percintaan itu hampir 2 tahun+. Tetapi 1 tahun berkongsi, meluahkan segalanya kepada Nur Farrah Farhana, seolah-olah ia merupakan proses penyembuhan yang cepat. Hari demi hari. Akhirnya, Farahin berkeputusan untuk berhenti memanjangkan noktah. Dan kini percintaan itu sudah terhenti. Oleh sebab itu, percintaan memerlukan persahabatan.

So, Farahin nasihatkan hargailah sahabat anda. Kalau memang sakit hati sangat dengan sahabat anda itu, rendahkan diri sesama sendiri and learn to be honest dan saling memaafkan. Insyaallah, anda akan dapat menerima baik buruk dirinya suatu hari nanti. Amiin. Sekarang, kami sudah Form4. Setahun sahaja lagi untuk stay di sekolah dan kelas yang sama. One day, kami akan terpisah juga. Yes. Just accept the facts.

Dahulu Farahin ada sahabat karib bernama Sufina. Farahin tertanya-tanya. Adakah dia sudah tinggi atau masih comel seperti dahulu? Sufina. Ingat lagi tak janji bodoh itu? "Bila kita sudah besar nanti, kita terpisah, bila kita terjumpa, apa kata kita buat bunyi ni?" *bunyi degupan jantung Kanak-kanak...biasalah kann...Huhuu..Rindu awak Sufina. PMR dapat berapa A ya? Gudluck for your SPM next year~ Insyaallah. Suatu hari nanti kita akan dipertemukan semula.










READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin