Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Boneka

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 |

"Aku sangkakan aku masih boleh bermain-main. Bergurau. Buang dan lepaskan apabila sudah jemu. Berpura-pura dan berlagak manja. Aku lupa. Aku lupa kalau aku bukan lagi kanak-kanak yang bermain di lecak. Tetapi insan yang sedang melewati usia remaja. Dia datang bagaikan permainan baru bagiku. Aku seronok 'bermain' dengannya. Sehinggalah pada suatu ketika itu, aku merasakan dia bukan lagi boneka hidup kepunyaan aku. Tetapi dialah teman. Yang akan buat ketawa apabila sedih. Yang sering membuatku bahagia. Aku tidak jemu bertemankan dia. Namun, tanpa disangka, kami telah berganti watak. Aku adalah boneka. Manakala dialah Tuanku. 

Aku cuba buat dia ketawa dan gembira. Sepertimana yang telah dia lakukan ketika dia merupakan bonekaku pada suatu masa dahulu. Malangnya, dia berhenti tersenyum dan ketawa biarpun aku melakukan aksi-aksi gila di hadapannya. Dia mula bosan. Dia meninggalkan aku. Boneka yang tidak mampu berdiri apatah lagi berjalan ini telah ditinggalkan oleh Tuannya. Aku cuma mentangisi pemergiannya. Dan cuma menanti, tempat di mana aku ditinggalkan. Aku menunggu dan terus menunggu dia untuk membawa ku pulang ke pangkuannya. Akan tetapi, makin lama aku menunggu, aku semakin melusuh. Tubuhku kotor. Mukaku comot. Akhirnya, aku sedar. Siapalah yang mahu berteman apatah lagi bersahabat dengan boneka yang bisu dan tidak bermaya seperti aku. 

Aku membuka mataku dan bangkit dari penantian itu. Aku perlu bangun dari mimpi dan angan-angan ini. Aku bukanlah boneka. Tetapi aku adalah manusia. Seorang remaja yang sedang memahami erti dewasa. Untuk apa aku menunggunya lagi? Semua itu cuma sia-sia. Dan itu sama juga seperti aku membunuh diriku sendiri. Aku bangkit dari kekalahan ini. Bukan cinta yang perluku perjuangkan. Tetapi diriku sendiri. Aku cuba berdiri tanpa ada dasarnya cinta. Aku berjalan tanpa ada namanya angan-angan. Aku berpijak pada duri-duri yang tajam dan melukakan. Sampai suatu ketika, aku terpaksa kehilangan separa hidupku supaya aku dapat meneruskan hidup ini seadilnya."



READ MORE

Berjimat, Jangan Membunuh.

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 |

Assalamualaikum...
Hmm....no story to share. So, it's time for Farahin merungut mengenai hal-hal semasa. Semasa lah sangat. Ehem! Let's start dengan cerita about a little boy names Irfan. Dia anak jagaan my emak. Budaknya ceria, riang but sometimes agak garang. Heh! Garang lagi Farahin. Coz I'm not used with little children. Hehee...Well, sudah 16 tahun hidup sebagai anak tunggal. Hahahaa...

Ok. Irfan telah dijangkiti penyakit kaki, mulut dan tangan. Erkh! Bunyinya pun serius kan? Nak-nak lagi dijangkiti oleh kanak-kanak berusia kira-kira hampir 2 tahun seperti Irfan. Even baru sikit, but ia amat berbahaya bagi kanak-kanak seperti Irfan. Sistem imunisasi dia belum kuat dan kukuh lagi. Apa? Kanak-kanak sepertinya suci? Haihh...Yang suci itu hatinya. Dia terhindar daripada apa-apa dosa. Bukan bererti dia turut terhindar daripada sebarang penyakit.

I don't know apa yang parents Irfan fikirkan. But....Farahin tertanya-tanyalah. Budak ni dah kena penyakit jangkitan kuman. Kenapa still nak bertangguh untuk mendapatkan rawatan?? Farahin tidak tahu apa yang parents Irfan fikirkan. But, kalau sangkaan Farahin betul, memang Farahin BENGANG giler dengan sifat ibu bapa yang terlalu hendak berjimat. I know. Of course ia berhubung kait dengan hal kewangan. Tapi....untuk kanak-kanak sekecil Irfan yang sistem imunisasinya tidak berapa kuat, takkan tak boleh mengalah??

Finally, parents Farahin yang bawa Irfan ke klinik. Hendak bawa ke hospital, nanti hospital minta detail. Dah tu, sah-sahlah Irfan bukan anak kandung my parents. Karang tak pasal-pasal dituduh menculik pula. So, my parents brought him to a nearby clinic. Tsk! Tsk! Tinggal Farahin seorang di rumah. Hahaha...

Sikap manusia sekarang. Suka menunggu. Menunggu sehingga keadaan sudah darurat dan memudaratkan baru hendak bertindak. Bak pepatah Melayu, sudah terhantuk baru hendak tergadah. Hmm.....Melayu~ Melayu. Kalau Irfan tu sudah gedek macam Farahin ni tak apalah kalau nak tunggu berkurap berkudis baru hendak dibawa ke hospital. Berkemungkinan berkudis berkurap semua tu sukar untuk berlaku kalau Irfan sudah besar seperti Farahin. Sistem imunisasi badan sudah kukuh. Sel darah putih berebut-rebut menghapuskan kuman dalam badan. Itulah yang dinamakan cantik dari dalam. Sel darah putihlah yang membantu. LOL~

Kanak-kanak seperti Irfan, sistem imunisasinya masih lemah. Plus, Irfan ada penyakit alergy certain makanan. Hah! Nampak sangat kan sistem imunisasi badannya tak kuat. Farahin dulu ada penyakit alergy makanan laut. Tapi dah lama tak kena gatal-gatal pun. Dah sembuh lah tu. Well, sel darah putih Farahin memang yang terbaikkkk. Hahaha... Ehem! Sistem imunisasi badan yang tak kuat memudahkan kuman serta bakteria buruk untuk menyerang sistem-sistem dalam badan. Kalau sudah terlalu banyak kuman dalam badan, what do you think would happen?? Samalah dengan robot yang telah diserang virus. Tin Tong! Faham, kan?? So, BERJIMAT biar berpada-pada, jangan sampai MEMBUNUH. Nyawa hanya satu dan hanya diberi sekali kepada setiap individu. Wang boleh diperoleh di mana-mana pada bila-bila masa. Kerana Allah S.W.T itu Maha Pemurah. Dia pasti akan meminjamkan kita wang selagi kita hidup di bumiNya. Tapi nyawa? Ia adalah anugerah.

P/S : Sel darah putih Farahin memang terbaikkkk sebab Farahin still tak kena chicken pox. Hahaa...Agak-2 apa masalah eh??



READ MORE

SUPER JUNIOR SPY MV

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 | | No comments:

THE AGENT ALREADY COME OUT!!!
Be Careful...they're PROFESIONAL.
And of course, INTERNATIONAL!!!


READ MORE

Maaf

Posted by ELFarahin | On August 15, 2012 |

Assalamualaikum...
Annyeong! FInally, test TAMAT! HAHA... happy! happy! Ermm....Farahin tak tahu nak post apa. Err...cuma...jom baca ayat-ayat di bawah. Kalau nak baca. LOL~

"Maafkan aku kerana aku tidak dapat maafkan apa yang telah kau beri dan tinggalkan kepadaku. Aku tidak dapat maafkan diriku sendiri juga. Hatiku. Tiada kemaafannya buatnya."

"She give me everything that I need. She know anything that I want. She's perfect. But, I know. I can't ask for more because she had gave me many much. Sorry for this mistake."

P/S : Lepas habis test, jadi tin tong kejap. Otak kosong~ hahaa.... Apa pun, I'm back! hihii....



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin