Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Sarung Tangan Untuk Pekerja Malaysia

Posted by ELFarahin | On August 19, 2012 |

Assalamualaikum...
Amacam Hari Raya anda? Superb? Alhamdulillah. Superb tak superb, yang penting hari ini jasad masih bernyawa. Ya dakk? Huhuu... Err..tajuk hari ini macam bosan je bunyinya? Well, it's up to you all lah. Pagi-pagi Raya Farahin sudah terfikirkan sesuatu. Of coz bukan rendang or ketupat. Tak ada lah macam orang tuu. Hahaa...

Actually, Farahin terfikir kalaulah setiap seorang pekerja di Malaysia ini ditetapkan dan diwajibkan supaya memakai sarung tangan sewaktu bekerja. Why? Ermm....untuk keselamatan. Keselamatan yang bagaimana? Keselamatan dunia dan akhirat lah. Yalah. Sekarang nie, cuma pekerja kilang and buruh sahaja kan ditetapkan supaya memakai sarung tangan. Tapi...untuk pun still tak cukup. Mereka pakai sarung tangan demi keselamatan dunia. Yalah. Setakat untuk melindungi tangan mereka daripada tercedera di dunia. Walhal, bagaimana pula dengan akhiratnya??

Haa...cuba anda bayangkan kalau semua pekerja di Malaysia ini ditetapkan supaya memakai sarung tangan ketika mereka bekerja? Tak kiralah sama ada India, Cina dan Melayu. Semua! Setiap seorang mesti ditetapkan. Kenapa Farahin berkata begitu? Subhanallah! Kalaulah semua pekerja Malaysia yang berbilang kaum ini memakain sarung tangan, setidaknya kita yang beragama Islam ini terhindar daripada dosa menyentuh kulit yang bukan muhrim. Happy tak? Setiap hari-hari kita, kita terhindar daripada dosa tersebut. Tidak kiralah yang bertudung ke atau yang tidak menutup aurat ke. Right?

Sekarang ini, sarung tangan hanya dipakai untuk keselamatang dunia sahaja. Doktor pakai sarung tangan hanya ketika sesi pembedahan supaya kuman pada tangannya tidak bercampur dengan darah sewaktu pembedahan. Buruh memakai sarung tangan supaya tangannya tidak luka ketika mengangkat kayu dan besi. Pekerja kilang memakai sarung tangan pun untuk menghindarkan kuman tangan mereka daripada mencemari barangan yang mereka hasilkan. Apatah lagi kalau makanan. Namun begitu, adakah mereka masih terhindar daripada 'virus' api neraka? Apakan mereka masih terhindar daripada 'virus' dosa-dosa??

Kalau hendak mengharapkan hanya rakyat yang beragama Islam sahaja yang memakai sarung tangan, alamatnya tidak semualah memperoleh hal yang sama. Bagaimana pula dengan pekerja Islam apabila bersentuhan dengan orang bukan Islam? Bagaimana pula nasibnya dengan pekerja lelaki atau perempuan Islam apabila bersentuhan dengan orang lelaki atau perempuan Islam?? Bak kata pepatah Melayu, susah senang kita bersama. Ya dakk?

Mungkin cara ini kedengaran selfish. Tapi...tak ada lah selfish sangat kowt. Hal ini tidak mengganggu pun mana-mana penganut agama bukan Islam untuk melaksanakan kewajipan agama mereka. Yalah. Negara Malaysia ini kan negara yang membebaskan rakyatnya untuk melaksanakan agama masing-masing. So,I don't think so this thing akan menyekat kebebasan tersebut. So, how's that? Adakah kita hendak tunggu kerajaan menetapkan kewajipan kepada setiap pekerja Malaysia supaya memakai sarung tangan? Atau biar kita yang mulakan dulu?? Sebaiknya memanglah kita yang mulakan dahulu. Tapi...macam Farahin kata tadilah. Tidak semua mendapat manfaatnya. Anyway, ini sekadar cadangan dan pendapat Farahin sahaja. Plus, kalaulah hal ini benar-benar dilaksanakan, I'm sure this thing will like an 'advance' for us untuk berubah ke arah yang lebih baik. Yalah. Tidakkah kita malu sedangkan yang bukan Islam cuba melindungi kita daripada mendapat dosa kerana menyentuhnya yang berdarah bukan Islam tetapi kita?? Pasti hal ini akan mempercepatkan lagi proses hijtah kita terutamanya kepada yang Islam kan?? Insyaallah.

P/S : Anda tonton tak Melodi Raya tadi? Michelle cantik bertudung. Dia menutup aurat. Andai saja jika dia berdarah agama Islam. Subhanallah! Insyaallah. Kalau sudah kehendak Allah S.W.T., hidayahNya tetap tidak ke mana kan? So, for those yang still open, how do you feel bila tengok Michelle yang non-muslim itu cantik bertutup litup seperti wanita Islam malah berpanas juga di tanah perkuburan yang lapang itu?? Mualakan dengan Bismillah. Niatkanlah dalam hati. Insyaallah. Anda akan mudah untuk berhijrah. Amiin.


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin