Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Usahawati

Posted by ELFarahin | On September 21, 2012 |
Assalamualaikum...
Usahawati?? Adakah perkataan itu? Haish! Farahin ini buat rojak bahas saja kan? Hehee...Jangan marah~ Actually, 25 September nanti sekolah Farahin akan mengadakan Hari Kokurikulum. Insyaallah. Dan Pergerakan Puteri Islam di sekolah Farahin iaitu unit-beruniform yang disertai Farahin sendiri akan mengadakan jualan dan sekarang kami sedang mengambil pesanan kek cawan. Tetapi hanya untuk warga sekolah sahaja. Kalau orang luar hendak membuat pesanan juga, bodek-bodek lah mereka yang merupakan warga SMK Tengku Aris Bendahara supaya membelanjakan kupon mereka untuk anda. Hihii... Ini iklan bagi makanan dan minuman yang kami jual. Farahin yang edit tahu.

Jeng Jeng Jeng! Surprised!




Cantik tak? For me, ini sudah cantik. Cukup cantik. Farahin berpuas hati dengan hasil kerja Farahin ini. Simple and sweet. Farahin tidak suka dengan iklan yang agak berserabut rupanya. Kalau macam ini sedap mata memandang. Hendak baca pun mudah. Ayat yang digunakan pun Farahin yang buat. Kalau ada broken English itu....faham-faham sajalah ya. Hihii... Hope pada Hari Kokurikulum nanti segalanya berjalan dengan lancar. Insyaallah... Amiin.

Adehh...perut laparlah jam 3:45 pagi macam ni. Ini mesti sebab petang semalam tak makan nasi. Malam...Hah! Malam memang jarang makan. Hendak turun cari Quaker Oat lah. Hahaa...




READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin