Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Begitulah Cinta

Posted by ELFarahin | On October 18, 2012 |



Assalamualaikum....
Farahin tahu ramai yang sedang nyenyak diulit mimpi. Tak apalah. Pagi-pagi nanti bangun, buka blog, baca entry Farahin ini and bolehlah jawab salam Farahin ini ya. Huhuu...Ok. Keyboard Farahin still 'bengong' entah bila hendak elok pun tak tahu. So, guna On-screen keyboard sajalah gayanya. Hahaa...padan muka. LOL.

Ok. Tajuk kali ini ialah "Begitulah Cinta". Ups! Tajuk yang menjadi tumpuan ramai. Hohhoo..perasan entry terbaiklah tuu. Hee...Haa..anda yang sedang baca entry Farahin ini niat asal hendak ap ha? Hendak tahu pasal percintaan Farahin kah? Usahlah dipersoalkan lagi. Percintaan Farahin sudahpun jelas lagi menjelaskan yang kalau cintaku itu miliknya Super Junior saja. Ahaks! Ter-slang Indonesia sudahh. 

Maaf ku hulurkan, sengih ku lebarkan. Entry ini bukan tips cinta or about my love. It's about OUR love. Siapa OUR itu? Takkan tak tahu? Tak faham? Tak apa. Let me open the dictionary. OUR=Kita. Eh! Apa kena mengenanya dengan OUR love, kan? Jom ke perenggan ke-4.

Jam 1.00 a.m tadi Farahin terbangun dari tidur petang. Act, tidur mati 7 jam tanpa bangun. Hahaa....buruk perangai. Turun 'saham'. LOL. merepek So lepas bangun straight pergi bathroom basuh muka and gosok gigi. Then dengar bunyi tv di bawah. Ada yang belum tidur. So lepas basuh muka and gosok gigi Farahin turun bawah. Apa ayah sedang buat itu? Menampal alphabets?? Yang mainan huruf petak-petak tu. Farahin tanya, ayah kata supaya tak nampak banyak dan tak berapa bersepah sangat nanti bila Irfan main. Hmm...yelah ayah.

Then nampak ada dokumentari di tv. OhYeah! Jom tengok. Hmm..Pada asalnya Farahin tak dapat catch up pun apa yang dia cuba sampaikan. Maklum, tengok tengah ceritalah katakann. But then, dia asyik sibuk bercerita pasal molekul oksigen(O2). Katanya, berjuta-juta tahun dahulu kandungan O2 ialah 37% tapi menurun kepada 12%. Perghh! Besar betul penurunan. Cuba fikir. Agak-agak sekarang O2 tinggal berapa %? Bila-bila masa kita boleh kehilangan punca hidup yang terbesar ini. So, kumpul amal solehah banyak-banyak. Bila-bila masa saja bumi ini berkemungkinan menjadi bulan ke-2. No oksigen.

Lepas tu dia ada sebut yang oksigen mempengaruhi tumbesaran benda hidup. Dia ada tunjuk replika dragonfly(pepatung) yang besar. Panjangnya kira macam separuh lengan kita. Sampai ke siku. Itu replika dragonfly berjuta-juta tahun dahulu. Tapi akibat penurunan O2, tumbesarannya terbantut dan hasilnya...tengok dragonfly sekarang. Tepek sekali, pengsan. 

Ada masa tu Farahin nampak translation 'Belacak'. Belacak? Ada ke ikan Belacak?? Farahin tanya ayah and ayah ikan berudu. Ohh..berudu rupanya. Then ayah bercerita pula, katanya ikan haruan itu asalnya adalah katak. So for my conclusion, ikan haruan terhasil akibat tumbesarannya yang terbantut memandang kandungan O2 menurun. Plus, O2 bukan hanya terdapat di udara tapi turut di dalam air, H20. So it may be a factor. But later beritahu yang cerita pasal ikan haruan itu cuma cakap orang kampung. LOL. (-..-") Apalahhh ayah ni.

Selain itu, O2 turut membantu dalam pewarnaan kain. How? Cuba lihat. Ketika kita mencelup pakaian ke dalam nila biru bercampur air, warna biru pada pakaian tidak kelihatan kan. Tapi selepas kita jemurkannya dan terdedah kepada udara, barulah warna biru itu kelihatan. Ini kerana pewarna tersebut bertindak balas dengan O2 di udara. Hmm...pasal ini Farahin tak tahu nak kata banyak sebab bab ini Farahin tak berapa faham. Hehee...Maklum, it most tu pelanggaran antara atom and something what which most tu CHEMISTRY sector. OhMen! Lemah rasanya when it is about kimia. Hahaa.

Then, ayah tanya whether Dinosaur itu benar-benar wujud atau tidak. Farahin pun tak berapa pasti. Apa yang Farahin tahu, tulang-tulang yang dijumpai 'mereka' yang berasal dari tempat yang berasingan dicantumkan sehingga membentuk rangka penuh sesuatu organism. Then, 'mereka' buat kajian dengan lebih mendalam dan memberikan nama kepada 'organism' itu. Dinosaur ini ada maksudnya tapi Farahin lupa apa dia. Hihii...

Ok. Done. Itu saja. About my science knowledge. Hahaa...Farahin suka kata-kata akhir sebelum dokumetari itu habis. ".....dialah pemusnah. Tetapi kita juga tidak boleh hidup tanpanya." Ya. Itulah oksigen buat kita. Tanpanya, kita mati. Dengan adanya ia, pelbagai fenomena dan keajaiban dunia mampu tercetus. Persis seperti CINTA. Dia boleh menjadi pemusnah bagi kita. Tapi tanpanya masih manusia lagikah kita?? Oksigen untuk jasad kita. Cinta untuk rohani kita. Adoiiii....berjiwang pulak kite ni. Hahaa.

Actually Farahin terbangun dari tidur mati itu pun sebab Farahin termimpikan Boy. Farahin mimpi dia dilemaskan di dalam sebuah balang berisi air bersama beberapa ekor kucing yang sama warna dengannya. Dalam mimpi itu, Farahin melihat sendiri kucing-kucing itu dilemaskan sekaligus dan ia menyukarkan bagi Farahin untuk mengesan yang mana satu Boy. Tapi bil Farahin nampak ada dua ekor kucing tenggelam hati Farahin rasa sebak like one of them is Boy. It was a NIGHTMARE for me. Mungkin Farahin terlalu rindukan Boy. Huhh....


READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin