Kesunyian
ini bagai mengajak hatiku bernyanyi
Merungkai
bisik-bisik hati yang tersembunyi
Biar jelas
tertakrif di kepala ini
Apa khabar
sebenarnya hati ini?
Tiap
ada masanya
ingatan ini akan memanggil-manggil dirimu
Perlahan-lahan
terasa
dinding hati yang kering ini diruas-ruas
Makin
ditahan semakin sakit
Bertambah
lagi perit
Hinggakan
suara juga tidak terjerit
Umpama
gergaji menggerigi hati
Bagai
pisau yang menghiris
Pastinya
kalah jari yang terluka
Rasa
ini tidak dapatku raung
Tidak
jua dapatku tangis
Kerana
ianya terlalu azab bagi diri ini
Bohongku
katakan aku tidak rindu
Tidak
terdetik walau sekelumit rasa
ingin menatap lama wajahmu
Sudah
tentunya ada
Mana
mungkin semudahnya aku melupakan
insan yang memberiku rasa
Bukan
cuma manis tetapi jua selainnya
Meskipun
begitu
terpaksa
ku kunci perasaan itu
Biar
sakit pintu hati digoncang
Biarpun
air mata pasti berlinang
Aku
tetap dengan pendirian dan kata-kata ini
Engkau
harus aku lupakan !
'Let bygone be bygone' is never work so it's my job to fix and make it work.
No comments:
Post a Comment