Dirimu bak not-not muzik
beralunan merdu
tiadamu di sisi
hatiku berlagu rindu
iramanya bercelaru
rentaknya tidak menentu
Kini kau pergi meninggalkanku
umpama pelangi
hilang setelah sampai waktu
hatiku mula berlagu sendu
iramanya haru biru
rentaknya penuh keliru
Perlahan-lahan
hatiku tidak lagi berlagu
iramanya terpadam
rentaknya menjadi senyap
kerana hilangnya dirimu
hilanglah lagu-lagu cinta itu
p/s: Happy Belated Birthday Sungmin Oppa!