Alhamdulillah. I'm back to dropship. Do check out my igshop everyone! - Sun, 12/11/2023 -
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Novel Pendek: Kita Punya Date (Bhg.4)

Posted by ELFarahin | On February 01, 2016 | | No comments:
Assalamualaikum...



"MANISNYA!" Aku pejam mata menahan manisnya gula-gula kapas biru yang aku beli di gerai gula-gula di tepi jalan tadi. Sudah lama tidak merasa gula-gula kapas, manisnya mengilukan gusi.
        "Macam budak-budak. Dah 20 tahun pun makan gula-gula kapas."
        "So what? Makanan juga. Dan makanan untuk dimakan. Aku peduli apa kalau gula-gula kapas sekalipun." Aku mencubit kecil gula-gula kapas tersebut lalu suapkan ke dalam mulut. Manis!
        "Sikit." Belum sempat aku menghalang, dia mencubit sedikit gula-gula kapas aku dan makan.
        "Oi, pencuri!"
         Dia jelirkan lidahnya, mengejek. Aku balas yang sama.
        "Bosanlah. Kita buat apa kat sini?" Aku tarik muncung. Elok kami tawaf pusat beli-belah tadi, sekarang beralih ke taman tema pula. Tiada apa-apa yang menarik pun. Sekadar taman permainan, tasik buatan dan gerai-gerai kecil di tepi jalan. Panas lagi.
        "Eii mak cik ni. Kau yang kata ikut aku nak pergi mana sekalipun. Dah tu. Ikut aje lah."
        "Yalah, tuan muda." Aku menjawab malas. Menyesal pula sebab kata sedemikian tadi. Apapun, ini lebih baik daripada dia heret aku ke hotel macam yang dia cakapkan di kedai makan tadi. Meskipun cuma bergurau, tak lawak langsung.
        Kling kling! Tiba-tiba ada bunyi loceng dari arah belakang. Kami serentak menoleh. Ada sebuah basikal menghala ke arah kami. Aku terkejut. Penunggang basikal tiada tanda mahu menekan brek. Aku tak rasa aku sempat mengelak.
        "Jaga-jaga." Dia menarik aku dekat kepadanya. Aku selamat daripada dilanggar basikal tadi. Penunggang basikal itu juga selamat berlalu.
        "Terima kasih." Tak! Aku tak selamat. Jantung aku berdegup kencang semacam. Badan aku jadi menggigil. Nafas aku sesak. Peluh aku rasa sejuk. Tak boleh! Aku dah tersilap masuk zon ni!
        "Kau okey?" Dia mengundur setapak ke belakang.
        Aku mengangguk sahaja. Suara aku tak nak keluar! Lidah aku kelu! Kalau aku buka mulut, mesti aku terketar-ketar. Kenapa dengan aku ni! Tolonglah!
        "Berguna juga kau pakai beg ni." Dia menepuk beg petak yang aku galas di bahu. "Kalau tak, aku tak tahu macam mana nak selamatkan kau." Beg. Jadi beg ini yang berjasa. Macam mana kalau beg ni tak ada?
        "Yalah. Kalau bukan sebab beg ni. Berjasa juga dia." Bodoh! Aku cakap apa ni! Apa yang aku fikirkan? Sedarlah! Hoi!
        "Kalau beg ni tak ada pun, masih ada cara lain." Tidak! Apa dia cuba katakan? "Mungkin aku boleh tendang kau jauh-jauh sebelum basikal tu langgar kau." Tak guna! Mulut longkang! Kenapa asyik aku yang terkena? Yalah. Apa lagi yang boleh aku harapkan keluar dari mulut lelaki tak ada insurans ni?
        "Ha ha ha ha..." Ketawalah. Ketawa dan sembunyikan apa yang kau rasakan. "Bijak. Itu memang bijak." Bijak. Dia bijak. Cuma aku yang fikir bukan-bukan.
        Kami kembali berjalan. Tetapi kali ini tiada apa-apa yang dibualkan. Dia berjalan sambil sebelah tangannya diselukkan ke dalam poket hadapan seluar. Aku perasan dia asyik buat macam ni sejak awal kami berjumpa lagi. Memang gaya dia ke? Tak. Mesti ada sebab. Mungkin untuk mengelakkan tangan kami berlaga? Hebat! Kejap. Aku fikir yang bukan-bukan lagi. Sudahlah! Hentikan!
        "Aku rasa dah masanya kita balik. Dah pukul enam petang ni." Dia bersuara.
        "Oh! Okey." Balik. Itu bermakna waktu untuk kami berpisah sudah hampir. Kami akan balik ke jalan masing-masing. Terpisah. Berjauhan. Aku tahu jarak di antara kami tidak akan berubah. Tetapi rasanya aku masih belum puas bersamanya. Cepatnya masa berlalu.





p/s: cuma tinggal dua bahagian aje lagi. internet pula lambat. Haihh



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin