Quiet Room

Posted by | On | | 0 Comments
Related image
The earth is now all in white
And the sky is no more bright
For you I keep burning the light
By the window of quiet room
I let it open wide in delight
Even now you are out of the sight
And our memories still I hold them tight
Even winter cannot stop my fight
Loving you all my might.













READ MORE>>

Tea Time

Posted by | On | | 0 Comments
Related image
Lips close to the cup
Thin smokes are floating up
Careful the hotness could burn you up
Sweet fragrance and bitter taste
Haven't you wake up yet?
Face up and look up
Watch and let me fill you up
It's tea time.














READ MORE>>

Starter Kit Apabila Depression & Anxiety Ajak Main

Posted by | On | | 0 Comments
Assalamualaikum...
Related image
Hello, peeps! Apa khabar hari ni?
Hujung minggu tak ke mana-mana ke?
Farahin memang dah sah tak ke mana.
Duduk depan laptop, dengar lagu Nowhere sambil buat post ni je. Hehe

Haa hari ni punya post mungkin agak cerah sedikit tapi tetap panjang hahahaha. Geng suka kan tengok at the bright side ni huhu. 2 malam lepas Farahin tak boleh tidur lepas settled dengan my anxiety bedtime. Biasalah aftereffect. Sekalipun mata berat. Malas nak paksa mata tidur jadi Farahin pulun komen dekat group fb geng depression & anxiety. Dah pulun sungguh-sungguh, terperasan sesuatu. Eh! My coping skill.

Pernah bff tanya apa coping skill yang Farahin gunakan bila sedang depressed? Tapi masa ditanya tu condition Farahin lebih teruk daripada sekarang. Dapat je soalan cepumas macam tu terus anxious. Walaupun muka maintain chill garang haha. Sebab pada waktu tu apa-apa usaha Farahin buat pun bagi Farahin tak ada nilai. Rasa sama tak ada nilainya dengan diri sendiri. Sekarang pun masih ada berperasaan sedemikian. Tapi Farahin dah boleh handle sikit (tapi masih susah huhu).

Macam mana Farahin cope apabila depression dan anxiety ajak main sepanjang 6 bulan ni?

Pertamanya, Farahin biarkan diri rasa pelbagai perasaan yang ada pada waktu itu. Tabiat kurang memberansangkan bagi Farahin adalah setiap kali kita rasa perasaan negatif, cepat saja kita tepis tolak tepi macam perasaan ni tak ada faedah dan kegunaannya. Tapi Farahin dah tak nak main tepis tolak tepi atau sorok-sorok ni. Perasaan adalah salah satu tindak balas sistem saraf. Ianya adalah petanda, amaran, pemberitahuan, notifikasi, isyarat. Jadi Farahin selalu ingatkan diri (walaupun kadang-kadang tetap terlupa), Allah kurniakan perasaan adalah untuk dirasa!

Keduanya, dah main rasa-rasa sekarang kita dah boleh beri nama kepada perasaan tu semua. Perasaan juga ada nama. Bukannya semua bantai seluk bawah kelambu "negatif". Nama ni tak semestinya perlu diambil dari buku-buku ataupun video-video ilmiah. Ikut Farahin sendiri nak beri nama apa. Perasaan kita, kita punya, suka hati kita nak buat macam mana. Biasanya, tak semua perasaan pada waktu itu dapat dinamakan. Tak apa. Janji ada. Sebab kita perlukan nama baru boleh lanjut ke langkah ketiga. Mustahil kita nak kenal satu kampung dalam masa sejam dua kan.

Ketiganya, bila dah tahu nama barulah sekarang Farahin ajak sembang dengan perasaan-perasaan tu. Aku dah rasa kau. Kau wujud. Kau bukan khayalan. Jadi sekarang giliran kau pula dengar apa yang aku nak cakap dan fikir. Farahin akan beritahu dekat diri, keadaan tak ada apa. Aku selamat. Dan keadaan akan kembali pulih macam sediakala.

Keempatnya, Farahin tahu depression sedang seronok selak buku lama-lama sambil buat senarai segala macam salah dan kekurangan Farahin dari sejak Farahin janin lagi. Farahin tahu anxiety sedang semangat buat pelbagai analisis pasal masa depan. Jadi apa saja yang tinggal untuk Farahin? Apa lagi kalau bukan masa sekarang. Sekarang, apa yang Farahin mahukan? Sekarang, apa yang Farahin perlukan? Farahin akan cari satu perkara, sekecil-kecil perkara, satu perkara je untuk Farahin lakukan sekarang. Misalnya, rehat? Tidur? Makan? Solat? Atau paling asas sekali, bernafas?

Kelima, Farahin akan ulang kitaran ni sampai depression berhenti buat senarai penuh berkepuk-kepuk. Sampai anxiety off overtime jadi saka penganalisis kelas neraka. Dan setiap kali selesai langkah keempat, Farahin akan tanya khabar diri. Aku dah okey ke? Aku dah okey ke? Aku dah okey? Tanya dan pastikan. Kalau dah okey, biasa Farahin akan proceed dengan berehat dulu sebelum buat apa-apa aktiviti lepas tu. Kalau belum okey, pun Farahin berehat dan ulang kitaran semula.

Lima langkah. Lima langkah saja tapi keberkesanannya tidak selalu sama dan konsisten. Ada masa macam orang normal, Farahin boleh settled dalam masa sejam dua. Ada masa Farahin terpaksa berhempas pulas sampai dua hari. Ada masa pula Farahin terlantar terguling ternangis teraung tergelak tergila sampai seminggu. Sebelum Farahin reka this starter kit untuk diri, Farahin ambil masa dari 2 minggu hingga sebulan untuk pulihkan diri. Boleh jadi atas bantuan ubat dan rawatan doktor Farahin sikit-sikit ada improvement. Berkat sakit ni juga sebab orang sakit Allah memang jaga kan. Apapun, Farahin masih baru dengan sakit ni jadi Farahin masih sedang dalam proses pembelajaran dan pemahaman.

Ya. Kadang-kadang Farahin tersangkut juga. Masa tersangkut ni lah Farahin macam mati mahu, hidup malu. Saka suicide nak mati semua memang kuat sangat sangat. Masa begini Farahin memang dah lelah hilang tenang nak pegang diri sendiri. Rasa macam tangan dah tak kuat nak pegang besi tempat kita bergantung, dan besi tu pula panas berapi membunuh, tapi dekat bawah kita pula ada bara api membakar macam neraka. Nak hidup tak boleh. Nak mati juga tak boleh. Jadi masa macam ni satu je Farahin pegang, selemah-lemah Farahin, Farahin ucapkan dekat diri, "Bismillahi wa Lillahi Taala." Aku mungkin dah lepaskan diri aku, tapi jangan jangan jangan sesekali aku lepaskan Allah.

Jadi, sampai sini saja perkongsian kali ni. Sebelum tu saja nak explain kenapa Farahin kata depression & anxiety ajak main? Sebab Farahin tak nak buat musuh sakit ni macam ramai orang lain kata dan buat. Farahin nak buat kawan dengan sakit ni. Dia mungkin hodoh, jahat, tapi dia juga ada hal-hal seindah-indah yang cuma Farahin dan dia saja tahu. Sebab suka Farahin dengan peringatan yang Farahin dapat dari twitter sejak dua bulan lepas, Allah dah janji yang bersama kepayahan Aku berikan kesenangan. Inshaallah. Alhamdulillah.

Then, thank you for dropping by!
Have a good rest, everyone.
See you. xoxo =)




Support is another language of pray.





READ MORE>>

ELFollowers

assumption is a bad conclusion. -05/01/2020-