Tuan blog masih bernafas ya haha - 31/5/2025
Avatar
Avatar
Hi! (•◡•)
Welcome to District'15.
I'm the mistress, Farahin.
Jan '96 is my sacred date.
I think and feel too much.
So I write. Feel free to
navigate around. Thank you
for coming ya.
header

Jangan Malu...Awak Gentlemen...

Posted by ELFarahin | On August 03, 2012 |

Assalamualaikum....
Farahin nak story sikitlah pasal hal yang berlaku di sekolah pagi tadi. Hari ini hari Jumaat. Di sekolah ketika slot Bimbingan Rohani diadakan, sekolah ada buat solat hajat. Memang setiap hari Jumaat akan ada Bimbingan Rohani setengah jam sebelum masuk kelas. Pelajar-pelajar yang non-muslim akan dikumpulkan di satu tempat. Kitorang panggil astaka lama. Kiranya tempat perhimpunan lah jugak. Tapi astaka sekolah ada dua. Yang lama dan yang baru. Kami yang nak buat solat hajat ni di astaka baru sebab situ lebih lapang dan luas. Astaka kami terbuka. Jadi, terasalah embun pagi yang sejuk tu.

Sebelum sesi solat hajat dimulakan, Ustaz ada beri amaran. Beliau tanya ada tak pelajar lelaki yang tak ada wuduk. Beliau kata tak payah malu. Ini urusan mereka dengan Allah s.w.t. Malu mereka sepatutnya kepada Allah s.w.t. Bukan dengan awex-2 yang berada di saf belakang tu. Hihii.... Banyak kali Ustaz ulang soalan yang sama. Lastly, seorang pelajar lelaki bangun dan cepat-cepat keluar dari astaka. Haa~ kantoi dah awak... Then, diikuti oleh 2 orang lagi. 3,4,5... Owh~ ramai rupanya. Mostly, mereka berada di saf belakang. So, adinda-2 di belakang ni dapatlah cam wajah-2 Adam tuu. Tapi Farahin tak pandang pun. Well~ memang itu pun yang diorang mahukan. Diorang malu nak bangun mostly sebab kita yang perempuan ni pandang diorang. So, ada baiknya kita tak pandang diorang dan menghalang rasa serba salah dan malu mereka kepada Allah s.w.t kan?

Tak apa. Tahniah kepada awak-awak yang bangun dan pergi ambil wuduk tu! Setidaknya, pahala yang awak peroleh, berkurang dosa-dosa awak semua. Insyaallah~ Bukankah mereka yang sempurna wuduknya akan terhapus segala dosa-dosa kecilnya? TAHNIAH lagi sekali! Jangan malu...tindakan awak semua tu gentlemen. Farahin sendiri bangga dengan tindakan awak-awak yang daring tu. Next time, jangan buat lagi ya. Kalau masa nak duduk tulah katakan terbatal, cepat-cepat bangun dan ambil wuduk ya. Buat yang wajib saja. Sekali untuk setiap anggota. Sekejap je tu. Huhuu....

P/S : Tadi kata nak story sikit. Tapi dah lebih ni rasanya. Hehee....




READ MORE

Super Junior Spy Teaser

Posted by ELFarahin | On August 03, 2012 | | 3 comments:

The Superb Asian James Bond! LOL~
Yesung! My focus is Yesung! Hahaha...


READ MORE

Berpenyakit sudaa...

Posted by ELFarahin | On August 02, 2012 |


Assalamualaikum....
Ehem! Farahin ada bad news untuk korang. Tak ada lah bad sangat. Simply bad saja. LOL~ kekekeke... Farahin ada menghidapi sebuah penyakit since kecik lagi. Nak tahu sakit apa? Penyakit ini dipanggil Hyperhydrosis. Tak silaplah itu namanya. Tahu tak itu sakit apa? Macam ni. Penyakit ni melibatkan tapak tangan dan tapak kaki yang sentiasa basah. Or bahasa selekehnya is berpeluh. That's why lah penyakit ini diberi nama Hyperhydrosis. Hyper as 'keterlaluan' atau 'keterlampauan'. And Hydrosis ialah gabungan antara Hydrogen(Air) dan Sistem(Sis). Apabila digabungkan dalam Bahasa Melayu, Sistem Air yang Melampau. Mereka yang menghidapi penyakit ini aktif berpeluh di bahagian tapak tangan dan kaki. Sekarang ni pun tapak tangan dan tapak kaki Farahin sedang basah. Berpeluh. As I know, penyakit ni tiada kesan sampingan dalam badan pun. Rancangan Nona pernah menyiarkan mengenai penyakit ini. The only way untuk mengurangkan keaktifan berpeluh pada tapak tangan dan kaki is melalui pembedahan. Bahagian-2 or tisu-2 yang bertanggungjawab or berperanan menghasilkan peluh ini perlu dibuang sedikit. Hmm...itu apa yang Farahin tahu. Tapi lain pula ceritanya sekarang. Kenapa? Jom ke perenggan kedua.

Semalam. Kawan Farahin yang turut menghidapi penyakit yang sama dengan Farahin minta Farahin menunjukkan kedua-dua belah tangan Farahin. Rupa-rupanya dia hendak tengok whether ada tak mana-mana jari Farahin yang menggigil. That time memang tak ada lah. Dia kata kalau menggigil, means Farahin menghidapi penyakit thyroid gland. Farahin tak tahulah whether Farahin eja betul ke tidak. Plus, katanya lagi antar simptom thyroid gland ialah berpeluh tapak tangan dan kaki. Farahin pun tak tahu banyak pasal thyroid gland ni. Untuk tahu, bolehlah klik SINI dan SINI. Farahin pautkan setakat mana yang sempat saja. Nak lebih, bolehlah ask Mr. Google. Ok. Disitu ada nyatakan kerap berpeluh dan sering berasa sejuk. Ermm...Farahin tak selalu. Tapi Farahin memang senang detect hawa sejuk. Honestly, di rumah ni Farahin berstokin memanjang. Hee~ 

So, today! Masa dalam class agama, Farahin and the gang kena present about Imam Bukhairi. That time lah, tangan sebelah kiri Farahin sakit. Sakit macam kaki bila baru lepas berlari jauh. Anda tahu kan sakitnya bagaimana? Kebas dan terasa agak kejang? Jangan kan tangan. Farahin maksudkan lengan Farahin. Tangan Farahin menggigil dan terasa kebas. Buku yang Farahin pegang pun tak kuat. Pokoknya, lengan kiri Farahin tak boleh ada daya atau pressure. Then, Farahin tengok tangan Farahin. Jari Farahin menggigil and gigilan tu agak ketara. Tak macam yang kawan Farahin. Perlahan dan tak berapa nampak. Oh! Is this really thyroid gland?? Hope sangat dapat jumpa mana-mana doktor untuk pastikan. Tapi mestilah kena tanya parents. Macam lah parents nak bawa Farahin jumpa doktor semata-mata untuk buat pemeriksaan mengenai thyroid gland. Huh~

Kawan Farahin kata thyroid gland macam ada ketumbuhan pada thyroid gland itu sendirilah. Dia dapat tahu semua ni pun masa dia buat pemeriksaan di klinik. Doktor tu sendiri yang beritahu. Kita kena tunggu ketumbuhan tu membesar baru boleh buat pembedahan. Yalah. Kalau buat pembedahan sekarang, alamatnya tamat sudah hayat. Sebab kondisi sekarang tak berapa serius dan kiranya thyroid gland still dalam keadaan normal. Halus seperti urat tunjang leher yang biasa. Kalau nak bedah sekarang, namanya bunuh diri lorh~ By the way, hal ni belum pasti lagi selagi belum ada info yang sohih dari pakar. Tapi Farahin rasa macam sure je ni thyroid gland. Subhanallah... Oklah. Dah nak buka ni. Entry pun dah pepanjang sangatttt. Bye! Assalamualaikum. Kalau korang ada simptom-2 thyroid gland or hyperhidrosis, cuba rujuk pakar atau mana-mana doktor. Sometimes, tenet ni pun cerita je lebih. Hahaha....







READ MORE

Yay! Syllabus Tamat!

Posted by ELFarahin | On August 01, 2012 |

Assalamualaikum...
Annyeong, chingu! How are you? Perut sudah penuh? Alhamdulillah....kejap lagi melepaslah tuu. LOL~ kekeke...Tonight, Farahin hendak beritahulah kan pasal one this good news. Syllabus Pendidikan Sivik Form4 Farahin sudah tamat! Yeyeyeye! Congratz! Congratz! Masalahnya, Sivik ja kowt. Rasanya tiada beza pun. Homework tetap berduyun-duyun tunggu official signature ala-ala dokumen penting dari Farahin. Hahaha... Talk about homework, latihan Sejarah Farahin tak siap lagi~~ OMO~ eottoeokhae?!! Esei pulak tuh! Grrr~ Jumaat ini cikgu hendak buat test! Hendak buat TEST ke hendak buat TENSION....LOL~ hohhoo... By the way, dapat beritalah kan cikgu subjek Kimia Farahin udah dapat baby donk. Aduh! Pantasan kelmarin itu bapak enggak hadir ke sekolah. Ceyh~ lagi dodoin cahaya mata ya. Hahaha...apa cer guna slang Indonesia ni. Well, I'm INTERNATIONAL! Macam SJ oppa kitew~Hehee...perasan. Apapun, chukkahae, sensai-nim! Esok kita tanya dapat baby gurl ke baby boy eh. Hee~ Hmm....buat entry yang bernada riang ni membantu juga untuk mengembalikan mood kan? Yalah. Farahin bad mood sebenarnya ni. Badan letih sangat. Huh~ Oklah. Done. Thanks for reading! Jalja~!



READ MORE

Debu

Posted by ELFarahin | On August 01, 2012 |

Kau umpama debu yang terhasil dari bakaran.
Apabila angin berderu,
engkau berterbangan di udara.
Tak semena-mena engkau memasuki mata
dan membuat mereka menangis.
Kepedihan.

Kau umpama debu yang berasalkan butiran pasir yang halus.
Apabila angin mengarahkan haluannya,
engkau bergerak sehala.
Tak semena-mena engkau mengguris kulit manusia
dan mencelakannya.
Luka.

Tak kira bagaimanapun engkau.
Biarpun cuma debu yang memedihkan mata,
ataupun yang melukakan,
aku ingin engkau hilang daripada bersawang di celahan hatiku.
Ini bukan tempat bagimu!



P/S : Dah lama tak buat puisi. Selamat Malam!



READ MORE

ELFollowers

Check out and support my igshop @lomophoto.my @shopbyfarah.my

Powered by Blogger | Designed by ELFarahin