Hari ni telah berlaku satu lagi peristiwa kepada saya.Ia masih tetap berkenaan dgn 'ex' saya.Hari ini saya telah menemani rakan saya untuk mencari seorang guru.Kami merancang untuk mencari guru itu di makmal sains yang terdapat di blok kami.Malangnya,guru itu tiada.Dan apa yang lebih malang,atau mungkin suatu perkara untuk diri saya,saya dan rakan secara kebetulan telah berlalu di hadapan makmal sains yang merupakan tempat pembelajaran dan pengajaran kelas 'ex' saya.2 kali saya berlalu di hadapan makmal itu,2 kali juga saya telah terdengar akan suara seorang pelajar lelaki dari makmal itu,
"****,mak we kau!Tu dia lalu!"
Saya tersentak mendengar kata-kata pelajar lelaki itu.Terasa seolah sejarah beulang kembali,waktu berundur semula.Beginilah permulaan 'CINTA monyet' itu 3 tahun lepas.Bermula dari gosip dan cakap-cakap budak.Lalu saya bertanya,mencari kepastian.Dan ia bermula.Namun perpisahan kami tiada kepastian.Ia seakan TERGANTUNG.
Jadi hal yang berlaku pada hari ni telah merunsingkan hati saya.''Aku tak nak terkejar lagi.Sekarang ni,perlahan-lahan aku cuba untuk berpatah balik.Tapi kenapa tiba-tiba terdengar geseran jejak kaki seolah menuju ke arahku?Adakah engkau sedang curi-curi mengekoriku dari belakang?TAK!! TIDAK!!Aku tak boleh berharap lagi!Aku tak nak berlari lagi!Tapi adakah kau sedang mengejar aku pula???"Begitulah BISIKAN HATI saya.Keliru,tanda tanya,ingin berharap,segalanya bercampur baur.
SEKALI LAGI
Apakah petanda ini?
mengapa peristiwa itu berlaku lagi?
seakan waktu berundur kembali
namun sakit tetap tak terperi
dan terpaksaku tanggung seorang diri
Mengapa namamu berseru tika aku berlalu
petanda apakah itu?
mengapa seperti itu?
adakah engkau dalam perjalanan kembali?
atau ini sekadar khayalanku semata?
sekali lagi?
Engkau membuat aku bertanda tanya
siapakah aku kini?
mengapa aku bergelar lagi panggillan itu?
siapakah aku di mata mereka?
siapakah aku di hati kamu?
Adakah aku perlu berlari lagi?
mengejar engkau demi mencari jawapan pasti?
aku harap tidak sekali lagi
walau aku hanya berdiam
hakikatnya aku masih menunggu
SEKALI LAGI....
No comments:
Post a Comment