RIMBUNAN CINTA SILAM

Rimbunan itu,
rimbunan yang menjadi tapak semaian cinta
antara aku dan dia,
rimbunan yang rendang ketenangan,
yang menjadi tempat aku dan dia berbalas cinta;

Rimbunan itu,
rimbunan yang membawa kekusutan dalam cintaku,
umpama dedaunnya yang menutup sinar mentari
dari mencecah ke akarnya,
rimbunan yang membuahkan banyak persoalan
yang menggugat ketulusan hati,
rimbunan yang rendang namun berduri,
andai tidak berjaga tatkala belindung di bawah dedaunnya
pasti ada yang terluka;

Rimbunan itu,
rimbunan  itu masih kekal begitu,
rendang dan masih menghijau,
persis kenangan aku dan dia,
sama ada pahit mahupun manis,
kedua-duanya kekal di ingatan
biarpun kisah cinta ini telah tamat;

Rimbunan itu,
rimbunan yang mengenangkan aku akan cinta silam,
seindah namanya yang masihku cinta,
kenangan itu masih 'sejahtera' di ingatan.

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...