RK TIN TONG!!!

Hari ini telah berlaku perkara lucu dalam kelas RK.Saya dan rakan-rakan perempuan sekelas enggan menyertai lumba lari 100 meter.Jadi kami hanya duduk di astaka dan tidak menghiraukan acara tersebut.Sehinggalah datang seorang guru perempuan memaksa kami supaya menyertai acara tersebut.Kami dah penat berpura-pura dan berbohong lalu hanya menurut arahan guru tersebut.Saya dan 7 orang rakan saya merupakan kumpulan terakhir yang berlumba lari.Kami dilabelkan sebagai,"ORANG YANG TAK NAK LARI TAPI NAK LARI".Teruk kan gelaran tu.Tapi saya lebih suka gelar kami sebagai ''PELARI PAKSA RELA".Pendek sikit.Acara lumba lari lebih kepada katogeri 'DENDA' sebenarnya.Sebaik sahaja tiba di garisan penamat,kami semua ketawa terbahak-bahak.Masing-masing merasakan acara pada tahun ini sungguh melucukan.Nak kata penat memang penat.Tapi kami ketawa tak tersekat pun tau.Ha ha ha!Memang sejarah baru dalam kelas kami.

No comments :