Tekanan!!



Assalamualaikum...

Astaghfirullahalaziim...Hari ini saya mengalami tekanan. Mungkin kerana saya asyik memikirkan kalau masih terlalu banyak yang perlu saya lakukan dan saya siapkan. Kerja sekolah yang bertimbun, lukisan-lukisan yang perlu diwarnakan, idea untuk melukis poster. Tugas-tugas itu masih belum siap. Sedangkan masa semakin lama semakin suntuk. Semakin lama semakin cepat berlalu. Saya berharap sangat saya takkan pernah rasa penat dan boleh berjaga untuk beberapa malam dan menyiapkan segala tugas dengan cekap dan cergas. Tetapi apakan daya....manusia tetap manusia. Baik buruk tetap ada padanya. Hmmm....saya masih kepenatan. Itu juga sebab saya mengalami tekanan. Apabila tertekan, saya akan bersendirian di dalam seperti sekarang. Menghadapi tekanan tersebut sendirian. Rasa marah dan hendak menangis bercampur-baur. Terasa lampu bilik yang terang-menderang ini pun seolah tidak menyala. Dunia ini terasa gelap. Pada saat-saat seperti inilah, saya memerlukan kehangatan belaian kasih itu. Hati ini, fikiran ini, akan memanggil "oppa". Hhhmmmm....




Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...