SJ goodies !!

Assalamualaikum....

Hari ini saya telah pergi shopping dengan mak saya. Haishh....sudah lama tak berjalan, naik lenguh kaki pusing-pusing dekat bandar tu ha. Huhuhu.... Nawaitu saya hendak ke bandar sebab mahu beli buku rivision fizik. Alamaklum....otak saya ini lambat sikit hendak pick up apa yang cikgu ajar di hadapan. Tambahan, modul yang cikgu berikan pun dah tak berupa modul. Hahahaha... So, I need a rivision book.

As usual, sebelum balik, saya akan bersinggah ke kedai serbaneka berdekatan dengan stesen bas, iaitu Sinajaya dan Jovial. Firstly, saya pergi ke Sinajaya. Fikir mahu beli komik tapi tiada yang menarik. So, beli makanan saja di situ. Then, saya singgah pula ke Jovial. Untuk mencari komik. Jumpa! Tajuknya, "Anak Kucing Ketua Pelajar". Nampak macam kelakar saja ceritanya. Alang-alang sudah singgah ke Jovial, apa salahnya kalau kita godeh-godeh kpop goodies yang terjual di situ. Dari penanda buku, pencil case, key chain, diaries, semua saya belek. Kyaaaaa~~ banyak sungguh yang menarik!! Of cozlah yang menarik itu Super Junior. Ada diary dengan cover Leeteuk oppa. Ada pencil case dengan gambar SuperShow 4. Ada bookmark dengan gambar Yesung A-Cha padanya !! Yep! Saya beli yang itu! Huhuhu... Ada juga button yang tertulis di atasnya, "I  Super Junior! YES! Saya beli yang ini juga!! Hehehe...


Sebaik saja sampai rumah, saya asyik belek saja goodies ini. Hehehe...Sampai mak saya ketawakan saya sebab saya asyik balik-balik tengok benda ini. Hahahahaha...

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...