Debu


Kau umpama debu yang terhasil dari bakaran.
Apabila angin berderu,
engkau berterbangan di udara.
Tak semena-mena engkau memasuki mata
dan membuat mereka menangis.
Kepedihan.

Kau umpama debu yang berasalkan butiran pasir yang halus.
Apabila angin mengarahkan haluannya,
engkau bergerak sehala.
Tak semena-mena engkau mengguris kulit manusia
dan mencelakannya.
Luka.

Tak kira bagaimanapun engkau.
Biarpun cuma debu yang memedihkan mata,
ataupun yang melukakan,
aku ingin engkau hilang daripada bersawang di celahan hatiku.
Ini bukan tempat bagimu!



P/S : Dah lama tak buat puisi. Selamat Malam!



Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...