Longkang 2

Assalamualaikum. Eh! Tak cukup Longkang, sekarang dah ada Longkang 2? Jom ushar apa ceritanya. Hari ini planned nak hadir ke wedding cikgu. Start tunggu bas jam 11:15 pagi. This time dah tak duduk di longkang. Tunggu punya tunggu, 12:20 tengah hari bas baru datang.

Selamat sampai di bust station, naik teksi untuk ke wedding di Tasek Kluang. RM 7 tambang perjalanan. Secara car pool 5 orang semuanya including driver teksi. Masuk ke dalam dewan, fuyhh! Grand gilos! Nampak cikgu ayu bersanding dengan hubby. Tema wedding is blue. My favorite tu!

Makan-makan ala-ala awek cun Melayu terakhir. Hakikatnya rasa macam nak meratah sampai air liur mengalir. Haha. Sudah kenyang, santap pulak desert sambil berdiri. Come on la. Orang lain pun nak duduk jugak. Habis desert, dengan selamba letak di meja pencuci tangan. Hehe. Ada catering whatt.

Tunggu punya tunggu, bila cikgu nak terjun dari pelamin? We wanted to meet you! Yet bejam-jam lamanya penantian menjadi hampa. Cikgu gilos busy dengan mertua dan saudara-mara. Kami blah tinggalkan kiriman salam sahaja. Sedih. Kami tak puas hati dengan wedding cikgu yang terlalu formal.

Keluar dari dewan, tayang muka dan baju kurung yang tak seberapa glamour di tepi jalan raya besaq. Bas oh bas. Cepatlah datang. Kami mahu pulang. Zohor sudah pun menjelang. Tunggu tunggu sambil meratah gula-gula kapas. Yumm. Manis je. Macam kami juga. Ups!

Penat sudah menunggu. Dengan wedges yang dipinjamkan Ana serta perut yang senyap-senyap sudah memboroi dengan nasi minyak, kaki sakit sudahh. Oh! Untungnya ada longkang. Duduk di situ. Kemudian diikuti Zue. Raidah pun join sebulu. Ana start on mood photographer. Keluar handphone, amek gambar Farahin dan Zue. Raidah sengaja duduk jauh. Jual mahal lettew.

Snap punya snap, ada kenderaan kotak panjang lalu di hadapan. Farahin ternganga. Zue terlopong. Raidah dan Ana blurr. Itu bas!! Oh tidak! Terlepas sudah. Hukhuk. Sudah Ana katakan sebelumnya. Jangan duduk di longkang. Nanti ada bala. Puihh! Lu punya mulut masinn tahap karmalah Ana.

Kami gelak-gelak sambil sorok rupa bengang. Macam mana boleh terlepas bas tadi?!! Lastly decided jalan kaki sampai ke bus stop yang betul-betul berada di hadapan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kluang. Kereta motor yang lalu-lalang tengok kami macam budak dari kebajikan. Oh tidak! Kami masyarakat yang berkemampuan. Ha?

Ini semua gara-gara duduk di longkang. Gelak-gelak teringat pasal hal terlepas bas di bus stop. Tak lama selepas tu, bas lalu. Sekali lagi. Masing-masing tercengang. Mujur Ana jerit panggil bas dan diikuti oleh Zue. Bas berhenti jauh di hadapan. Ana jerit, "Farahin lari!!" Lari? Watchaaa! Dengan wedges 2 inci Farahin angkat kaki langkah seribu kejar bas. Pak cik! Jangan tinggalkan kami!

Masuk je bas, gelak kuat-kuat. Tak sangka Farahin kejar bas dengan wedges 2 inci. Ini my first time lari guna wedges you know! Actually, keluar rumah tadi pakai sandal. Di rumah Ana, dia offer me try wedges. Okey. Nak juga try buat first time. Then, ini rupa-rupanya makna Farahin ditakdirkan pakai wedges. Oh tidak! I feels like in Korean drama lari kejar bas dengan baju kurung bersama wedges putih 2 inci. Luckily I wore track bottom inside. Melindungi auratlah katakan.

Setibanya di bus station, laksanakan zohor di surau stesen bas. Then jenjalan sekejap di mall sambil hirup aircond sampai berdiri bulu hidung. Me and Ana were separated with Zue and Raidah. Mereka ada hal sendiri. Sudah penat pusing-pusing, of coz kami nak balik. Bas takde. Terpaksa bakar dompet RM 8 naik teksi. Sampai rumah, Alhamdulillah!

Ana. Kenapa selalu je ada insiden lawak di antara kita? Wah! Farahin dapat rasakan betapa Allah sangat menyenangi persahabatan kita. huhu. Zue. Ini your first experience with us right? Simpan elok-elok dalam ingatan. Susah nak rasakan semua ni dengan kawan-kawan yang lain. huhu. Raidah. Kenang-kenangkanlah peristiwa-peristiwa sebegini kalau awak rindukan persahabatan kita. Peace yo!






p/s: Will there be the next Longkang 3? lol

Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...