Kecil


Kala ketawa riang menggegar langit
diri ini terasa kecil
kerdil
walau kesedihan ini mencurah
tiada terisi lopak yang cetek
bagai pari-pari tanpa sayap
aneh
terpinggir
bukan dunia tidak adil
tapi terlalu berat untuk diterima
terasa langit menghempap kepala.




Seronok tengok Kejayaan. Sayangnya, diri ini bukan di antaranya. Mungkin suatu hari nanti pasti. =) *positive thinker






Tiada ulasan :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...