Mr.White

rindu cik abangku seorang ini..

Aku duduk berbual kosong dengan seorang kawan. Tiba-tiba datang seorang lelaki membawa senyuman berserta jajan durian di tangan. Dengan selamba, dia duduk di hadapan aku sambil mengunyah jajan durian.

Aku kenal dia. Dia kenal aku juga. Tapi kami tak pernah bersemuka. Apatah lagi, bersapa. Tak pernah sekali duduk bersama. Hanya bertegur di FB sahaja. Dia mencelah perbualan kami dengan tiba-tiba. Seolah-olah dia dah duduk bersembang lama.

Aku melilaukan pandangan tanpa arah tuju. Entah kenapa rasa segan untuk memandang lelaki itu. Aku malas nak layan perasaan aku yang aku sendiri tak tahu. Dia galak bersembang kosong dengan kawan aku. Sedikit sebanyak, aku mencelah konon tunjuk peramahlah gitu.

Dia mempelawa kami menjamah jajan durian. Aku mungkin segan dengan dia tapi pasal jajan durian apa aku heran. Tangan demi tangan bersilangan menjamah jajan durian. Masing-masing mengikut giliran. Sebungkus makanan ringan dikongsi tiga sekawan. Kawan?

Hanya sekejap dia duduk bersama kami. Tak lama itu dia ingin mengundurkan diri. Dengan murah hati, jajan durian diberikan kepada kami. Aku teruja dapat junk food free. Maklumlah, durian runtuh di tengah hari.

Lelaki itu sebaya kami. Calon SPM, sama-sama terima badi. Kawan-kawan suka ketawakan wajah dia yang tak menarik hati. Apabila aku dengar semua itu, aku cuma senyum diamkan diri. Aku tak rasa wajah dia kurang sana sini. Wajahnya sama cantik, sama padan dengan anggota-anggota yang telah Tuhan beri.

p/s:
Kalau kacak, akhlak tiada, tiada gunanya.
Kalau manis bicara, hati tiada, lebih baik mati sahaja.
Haha


1 ulasan :

Balqis Sarah berkata...

saengi pun rindu jugak dgn abg Yesung.. goodluck for your SPM, eonnie. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...