Sensitif Macam Termometer

Good morning, peeps!
SENSITIF MACAM TERMOMETER.
Okay. Tajuk memang nampak mengarut.
Kalau rasa nak mengarut pagi-pagi ni,
teruskan membaca. Huhu

Buka je mata, nampak kipas 3 sayap berpusing kat siling.
Then ada benda terbang kat pendaflour sambil kena sapu dengan kipas.
Langau kot. Bunyi berdengung je. Haha.
Macam aku kisah.

Dari baring, tukar posisi kepada meniarap.
Pagi masih mendung.
Memang sedap kalau sambung tidur.
Tapi tak juga sambung tidur sebab langau tu memekak je.

Bangun, mata terkebil-kebil.
Alhamdulillah. Hidup lagi Farahin rupanya.
Then capai tuala oren yang memang dah sedia ada kat atas tilam.
Picit hidung kuat-kuat then hembus hingus.
Tahu sangatlah Farahin kalau pagi ni sangat sejuk.

Farahin memang sensitif dengan suhu sejuk.
Recently, you know, Johor asyik mandi hujan je.
Pagi ni pun gerimis sekejap.
Makin tersumbat hidung Farahin dibuatnya.

Same like hari-hari yang sebelumnya.
Disebabkan suhu sangat sejuk bagi tubuh Farahin,
I got bundle of mucus in my nose. Haha

Baju sejuk jangan cakap.
Kita orang dah macam isi dengan kuku. Haha
Stokin? Tetap menjadi teman tapi mesra.
Sejak tadika Farahin memang pakai stokin dalam rumah.
Yeah. Kaki Farahin paling sensitif pada suhu.
Hanya ketika dia berpeluh dan rasa panas,
stokin akan dibuka.

Farahin ada penyakit hyperhidrosis.
Kaki dan tangan sentiasa berpeluh.
Jangan tanya peluh yang macam mana atau rasa apa.
I even don't know. Tapi time makan, tak ada pula rasa masin. Haha
Okay. Itu memang selekeh.

Disebabkan hyperhidrosis, Farahin juga sensitif dengan emosi sendiri.
Sometimes when I'm angry or sad, nervous, etc, tangan dan kaki Farahin akan berpeluh.
Nampak tak betapa akrabnya Farahin dengan dua anggota ni?
Korang ada? Huhu

This shown that Farahin juga sensitif pada nature.
Animals, plants, sky, cloud, Farahin tak pernah puas menghayati kewujudan mereka.
Mereka makhluk yang senyap tapi Farahin macam faham-faham je apa yang diorang rasa.
Okay. Agak-agak tampoi ada tempat kosong tak?
Mesti korang rasa Farahin dah gila. Haha

Okeylah. Done here.
Pagi masih mendung.
Oh! Johor dah macam negeri tadahan hujan pula. Hihi
Tak apa. Hujan tu rahmat. Being positive.
Assalamualaikum. Bubye.



p/s: Hachoooo!! I'm still having my flu~

4 ulasan :

nanalee caramelo berkata...

rasanya nana mcm faham jer apa yang nak disampaikan,hehe :)
sensitif bila tengok alam semulajadi..

ELFarahin berkata...

@nanalee caramelo hihi...nana memang sangat memahami... (^_^)

Farihah Syahmina berkata...

kakak sy sebiji macam awak xD

ELFarahin berkata...

@Farihah Syahmina Really? Ingatkan saya yang paling ganjil. Huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...