Walaupun aku tidak dapat menatap wajahmu
namun terbayangkanmu itu sudah cukup buatku
untuk melepaskan rinduku terhadapmu
Wajahmu sering terngiang-ngiang di pandanganku
sehingga terbawa-bawa ke dalam mimpiku
adakah engkau tidak dapat melihat cintaku?
mengapa?sanggup engkau menggelamkan cintaku
cintaku tidak akan pudar sedikitpun demi kamu
tidak sekalipun akan pudar cintaku
Aku melihatmu dari pandangan yang jauh
namun aku berasa gembira
kerana dapat menatap wajahmu
teringin sekali aku tuk luahkan perasaanku
perasaan cinta nan mesra terhadapmu
tapi apakan dayaku?
kelu lidahku untuk luahkannya
walaupin ianya perit dan sakit berbisa
namun ku telan jua dan simpan sahaja
hasratku yang tinggi terhadapmu
Ku simpan cintaku sekian lama
untuk menunggu masa yang sesuai
untukku lafazkan cintaku terhadapmu
cinta yang telah bersarang di sanubariku
menunggu kehadiran jejaka yang dirindui
iaitu kamu...
Kamu!Kamu!
KARYA ASALNINI
No comments:
Post a Comment