Characteristics Of Me


Assalamualaikum....

Hmm...dulu saya seorang yang sangat suka berpuitis. Menyelami perasaan sendiri...menghayati....but then, since saya bernekad untuk berhenti having a crush on my ex, saya buang serba sedikit perwatakan itu. Nowadays, saya kurang dan tidak berapa minat untuk membaca novel yang berunsur cinta. Totally, apa jenis novel pun malas nak menelaah. Saya juga semakin jarang mengarang puisi. Kalau dulu, hampir setiap hari mengunci bibir, berbisik di hati. Huhuhu... Saya juga sudah jarang mendengar lagu-lagu Melayu yang berunsurkan percintaan sama ada dari segi perpisahan atau pertemuan. Totally, I'm not interest! Bukan sebab Kpop, tapi kalau boleh saya nak quit daripada menghayati setiap seni kata lirik lagu tersebut. Jangankan lagu Melayu, lagu Indonesia pun saya dah tak layan.Saya pun dah lama tak dengar lagu Kpop. Entahlah. Terabai sekejap agaknya. Walaupun perwatakan-perwatakan tersebut sudah hilang sedikit daripada diri saya, sifat saya yang agak pendiam pada suatu ketika dan secretive masih ada. Itu memang sifat semulajadi saya. I think. Saya akan berdiam diri apabila sedang berfikir tentang sesuatu yang akan bercambah menjadi panjang dan lebar. Tak pun, ketika saya sedang berfikir tentang sesuatu yang sangat merunsingkan. Sudah semestinya jika hal-hal yang merunsingkan itu merupakan hal-hal yang berkaitan dengan diri saya. Lately, diri saya sedang menghadapi masalah. Tapi sampai sekarang, saya tak share pun masalah saya ini dengan mana-mana BFF saya. Bukan sebab saya boleh selesaikannya sendiri tetapi kerana saya terpaksa menghadapinya seorang diri. Dan masalah saya ini memang agak merunsingkan diri saya sendiri. Saya tak dapat lari daripada terus memikirkannya. Saya mengambil serius mengenainya. Tapi siapalah yang tahu apa yang bermain dalam fikiran saya. No one. Except me and Allah s.w.t.



No comments :