Jangan 'Engkau' Marah

Assalamualaikum...

Jangan marah-marah nanti cepat tua. Cikgu saya kata, orang yang mengeluarkan aura negatif akan mudah berasa penat kerana untuk mengeluarkan aura negatif tersebut, ia memerlukan banyak tenaga berbanding orang yang mengeluarkan aura yang positif. Jadi, senyum-senyum selalu! *peringatan untuk diri sendiri sebenarnya*

Lagi sekali saya terbaca entry yang berhikmah ketika blogwalking....huhu...



RASULULLAH dalam satu hadis diriwayatkan Abu Hurairah: “Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad lalu berkata: ‘Berwasiatlah kepadaku ya Rasulullah’. Lalu baginda bersabda: ‘Jangan engkau marah’. Baginda mengulanginya tiga kali.”

Setiap manusia mempunyai sifat marah dan sabar sebenarnya adalah penghalang sifat itu. Bagaimanapun, kesabaran ada had dan batasnya, apabila hilang sabar maka timbullah kemarahan.
Sebenarnya sifat marah itu tidak menjadi kesalahan jika kena pada tempatnya dan dengan tujuan yang baik iaitu untuk menyedarkan orang yang melanggar perintah Allah SWT dan Rasul-Nya.

 Ada lima kategori marah :

  • cepat marah atau marah tidak bertempat
  • marah pertengahan (mampu mengawal marahnya atau marah bertempat)
  • marah sederhana
  • tidak tahu marah
  • marah keterlaluan.
Imam al-Ghazali mengatakan, ada 10 punca menjadi penyebab sifat marah iaitu ;
rasa bangga diri, takjub kepada peribadi sendiri, berlebihan dalam gurau senda dan melampaui batas, bercakap perkara sia-sia selain gemar membuat fitnah,gemar berbantah dalam sesuatu perkara, khianat, tamak kepada harta juga pangkat, gagal mengendalikan nafsu dan emosi serta hasad dengki selain iri hati.

 Oleh itu agama Islam telah mengajar kita bahawa jika kita marah, maka lekas-lekaslah kita mengambil wuduk supaya kita merasa tenang dan tenteram. Di samping itu, kita hendaklah bersifat sabar dan mudah memberi maaf kepada orang yang melakukan kesalahan.

Marah yang dipuji adalah marah pertengahan iaitu marah bertempat. Contoh, seorang bapa marah kepada anaknya yang tidak mahu bersolat atau menutup aurat.Marah kepada mereka yang memusuhi Islam sehingga kita boleh mengisytiharkan berperang. begitu juga dalam mencegah kemungkaran. Kita perlu ada marah dalam hal itu.


Sama-sama kita renungkan di mana kategori marah kita selama ini untuk kebaikan masa akan datang.

Credit : IslamItuIndah.my





No comments :