Via: Nur Farrah Farhana
~ AKHLAK , ADAB DAN ETIKA ~
- Katakanlah perkara yang benar, sekalipun kepahitan yang akan kamu temui. Ini kerana kejujuran akan membawa kepada kebaikan, sedangkan kebaikan membawa ke syurga.
- Hindari daripada mengucapkan kata-kata keji dan kotor kerana ianya bagaikan merokok. Mudah dibiasakan tetapi sukar dihilangkan.
- Buangkan bibit kesombongan di hatimu walau sekecil manapun. Sebabnya tidak akan masuk syurga seseorang yang ada kesombongan di hatinya walau sebesar zarah .
- Jika seseorang marah dalam keadaan berdiri, maka duduklah.Jika masih marah, maka berbaringlah. Dan jika masih marah juga, berwuduklah lalu lakukan solat sunat dua rakaat.
- Sebelum seseorang berlaku zalim atau menyakiti orang lain, cuba renungkan bagaimana seandainya orang lain melakukan sedemikian terhadap dirimu.
- Sesungguhnya hanya dengan berzikir kepada Allah, hati kita akan menjadi tenteram.
- Sedekah yang dikeluarkan pada jalan Allah bagaikan sebutir benih yang pada masing-masingnya terdapat seratus biji.
- Ikhlaskan niat dalam setiap kali beramal kerana ia akan membawa kebahagiaan yang sempurna.
- Jangan berlebihan dalam bergurau kerana banyak ketawa akan mematikan hati dan melalaikan diri pada Allah S.W.T.
- Sesiapa yang bersabar maka Allah akan bersamanya dalam segala keadaan.
No comments:
Post a Comment